Tampilkan postingan dengan label Bunga dan Buah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bunga dan Buah. Tampilkan semua postingan

Minggu, 24 November 2013

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung


Pulang ke Kampung

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan sayur-sayuran kampung, itulah yang menjadi kisah kali ini. Apa yang menarik? Anda saksikanlah sendiri. Sebelum itu, ampun maaf kepada semua sahabat kerana tidak dapat meluangkan masa untuk blogwalking. Kesibukan membataskan masa untuk on line...

Alhamdulillah...hujung minggu ini dapat juga meluangkan sedikit masa pulang ke kampung. Selain dari memenuhi jemputan majlis perkahwinan dapatlah juga merehatkan minda. Untuk entri kali ini, tiada bunga-bunga menawan MIL untuk tatapan anda tapi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda semua nikmati.

Apa yang menarik di kampung kali ini adalah tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh subur yang menanti masa untuk dipetik dan dijamah. Ya...ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung yang subur menghiasi disekeliling rumah MIL. 

Ulam-ulaman Dan Sayur-Sayuran Kampung

Anda saksikanlah sendiri, betapa rajinnya MIL aku ini berbudi dengan tanah. Semuanya tumbuh subur dan menghijau. Apa lagi...untuk anak-anak menantu dan cucu-cucunya yang rajin pulang makan free ni le... 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Rimbunan pegaga yang subur menghijau. Sungguh menawan, merata-rata pula tumbuhnya. Ini bukan lah di tanam tapi tumbuh sendiri. Bila dah tumbuh tu...dijagalah oleh MIL dengan penuh kasih sayang. Memang menyentap seleraku...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Bunga betik ini pula kebetulan sedang-sedang elok hendak berkembang. Sedap kalau di makan ni. Teringat petua emak, kalau nak hilangkan rasa pahit bunga betik ni, rebus dengan air beras bersama asam keping...Insyaallah, hilang pahitnya dan enak dimakan begitu sahaja...cubalah. 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Pucuk ubi juga seperti sedia menanti masa untuk di petik. Banyak juga MIL aku tanam pokok ubi ni dan sememangnya dia amat faham akan kegemaran menantunya yang seorang ni, suka makan ubi kayu...hehe. Bukan setakat ubi...pucuknya pun di gemarinya.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ulam raja yang sedang mula membesar dengan suburnya. Dulu memang banyak, tapi dah tamat tempoh...ini generasi kemudiannya pula yang tumbuh. Sedap pucuk ulam raja ni...terliur mengenangkan rasanya yang masam-masam dan baunya yang mampu menambat selera.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Keladi sayur yang mula membesar. Sebulan lagi bolehlah tuai hasilnya. MIL kata, ramai juga jiran-jiran yang datang nak membeli ubi dan batang keladi ni. Kalau di pasar, harga ubi keladi ini agak mahal juga. Hampir sekeliling rumah jugalah ditanam dengan pokok keladi. Tapi malangnya aku sedikit alah dengan keladi, cepat je naik gatal-gatal...huhu.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Pokok keledek juga sedang tumbuh subur. Dalam 2 minggu lagi adalah ubinya, kata MIL. Pucuk keledek ini juga boleh dimasak dan MIL pernah memasaknya tapi tidak kenalah dengan selera ku. Mungkin ada daripada anda yang menggemarinya.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Anda kenal pokok apakah ini? Inilah pokok bebuas. Pucuknya enak di buat ulam atau di masak lemak. Baunya...hanya yang memahami dan meminatinya sahaja yang tahu...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ini pula sayur meranti yang sedang subur membesar. Ini adalah bekas tanaman pokok terung dimana sebelum itu ditanam kacang bendi. Dah puas makan terung dan kacang bendi, MIL kata...tukar selera dengan sayur meranti pula. Lihatlah...sungguh subur tumbuhnya dengan daun yang lebar-lebar sekali. Habis meranti nanti, pokok apalah pula...tunggu dan lihat.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ini pula adalah pokok gajus. Tapi kali ini belum berpucuk baru pula, jika tidak pucuk gajus inilah antara ulam kegemaranku. Bau dan rasanya yang masam-masam dan rangup dikunyah begitu menaikkan selera. Setiap kali balik kampung, tak sah kalau tak menjengah ke sini... 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Sebelah kiri tu pokok cekur. Saya kurang minat dengan rasanya tapi boleh je layan.
Sebelah kanan pula pokok daun manis. Enak dimasak lemak.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Buah limau dan cili padi pula sedang meriah berbuah dengan lebatnya.

Apa lagi, semua bahan sudah terhidang di depan mata. Segar dan menanti masa untuk di petik. Jangan buang masa, menu dalam fikiran sudah terbayang jelas...apa dia? Sudah tentulah kerabu... 

Pegaga, bunga betik, pucuk ubi dan daun cekur di gaul bersama dengan cili padi, udang kering, kelapa parut, garam dan perahan limau. Sungguh menyelerakan makan tengahari ku... Gambar tak perlulah letak, nanti ada pula yang kecur air liur...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung

Sebelah petang pula...mengerjakan pula pokok tebu ni. Tak perlu mesin...gigit jer, lagi 'feel'...hehe

Kedamaian Di Kampung

Itulah serba sedikit yang dapat ku hidang buat tatapan anda selama 2 hari di kampung MIL. Ketenangan berada di kampung sungguh mendamaikan. Hilang seketika segala keresahan dan kegusaran. Dapat juga merehatkan diri dengan kesegaran udara yang nyaman. 

Terima kasih bersama Relaks Minda...



Admin...

Sabtu, 19 Oktober 2013

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman


Cuti Hari Raya Aidiladha tempohari berkesempatan pulang ke kampung mertua di Tg. Karang. Pulang ke kampung adalah saat yang sungguh menenangkan. Awal-awal pagi sesudah subuh, mesti saya akan keluar ke halaman rumah untuk menikmati kesejukan suasana sehingga mentari terbit. Suasananya sungguh nyaman, tenang dan menyegarkan di samping mendengar pelbagai irama kicauan burung. Itulah nikmatnya di kampung halaman, tidak akan dapat dinikmati di tempat lain.

Pabila berada di luar rumah pastinya meronda pusing-pusing sekitar halaman rumah sampailah ke rumah jiran sebelah. Kalau di sekeliling rumah, yang pasti menarik perhatian adalah pepohon bunga MIL. Dah lama tak cerita mengenai pokok bunga kesayangan MIL saya ini. Kali ini saya perlihatkan anda satu kelompok pokok -pokok bunga yang dilonggok bersama.

sekelompok pokok bunga setenang kampung halaman

Kenapa di longgokkan? Senang saje jawapan MIL... "Senang nak siram." Betul juga... Sejak dari dulu lagi sekelompok pokok-pokok bunga ini di biarkan terlonggok di satu tempat. Untuk pengetahuan anda, bukan hanya ada satu kelompok tapi ada beberapa lagi.

Nampak biasa dan tiada apa yang menarik pun. Dalam satu kelompok ini ada pelbagai pokok bunga. Namun ianya tidaklah berbunga serentak. Oleh kerana saya mempunyai koleksi pokok-pokok bunga ini di kala ia berbunga, maka anda lihatlah jenis-jenis bunga yang ada di dalam kelompok ini.

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung HalamanSekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung HalamanSekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung HalamanSekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung HalamanSekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman

Ini belum lagi di tambah dengan pokok yang tidak berbunga dan pokok ubi... Selalunya kalau ada pokok lain yang tumbuh melainkan rumput...biasanya MIL biarkan sahaja. 

Ini baru satu kolompok pokok-pokok bunga. Ingin lihat kelompok yang lain...Hmmm kena minta izin MIL dulu. MIL tidak terlalu mengikut susunan yang tertentu. Biasanya beliau meletakkan pokok-pokok bunga kesayangannya di lokasi yang dirasakan sesuai. Tiada teknik susun dan hias. Tapi ia biasanya mesti sesuai untuk pokok-pokok tersebut terutamanya untuk mendapat sinaran matahari. 

Begitulah sekelompok pokok-pokok bunga, menjadi penyeri halaman rumah. Di suasana kampung yang menenangkan jiwa dan minda. 


Admin...

Rabu, 16 Oktober 2013

Hobi Belek Bunga Rumput...Koleksi 2


Di dunia ini, setiap yang di ciptakan Allah amat sempurna, unik dan cantik. Mungkin sesetengahnya di cipta dengan sedikit kekurangan namun di beri pula kelebihan yang lain. Kita harus bersyukur dan redha dengan setiap kurnian dari Allah kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi. 

Hobi ku ini mengajarku banyak perkara yang sebelum ini aku kurang ambil perhatian. Aku menjadi seorang yang lebih peka dan teliti dalam melihat sesuatu perkara. Jika kita sentiasa melihat sesuatu perkara dan benda dengan positif dan menarik, pasti hidup anda sentiasa indah dan ceria disamping penuh dengan pengalaman baru yang pasti mengejutkan, menyeronokkan dan memberikan ilmu yang amat berharga.

Koleksi Bunga Rumput

Panjang pulak celoteh... Anda belum puas?...kini tatapilah pula koleksi gambar seterusnya... 

bunga rumput relaks minda
Rumput ini semakin jarang di temui. Bunganya cantik sekelompok bagaikan di hujung tanduk. Jika tidak di zoom gambarnya, pasti tidak terlihat bahawa ianya mempunyai banyak kuntuman bunga.

bunga rumput relaks minda
Sukar di nyatakan yang mana satu bunganya...rasanya yang ada bintik2 putih itu.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Kalau dulu...paling tidak suka denga rumput ini kerana buahnya akan melekat di seluar. Tidak pernah perasan pun yang ia juga berbunga. Lihatlah betapa cantik bunganya seperti bunga raya...Jika tidak kerana saiznya yang kecil, lebih kecil dari syiling 5sen pasti ada yang mahu menanamnya di pasu.

bunga rumput relaks minda
Rumput ini mungkin biasa anda lihat kerana ianya mempunyai daun yang berwarna kemerahan dan sering di tanam sebagai rumput hiasan. Ianya juga berbunga...lihatlah betapa unik bunganya... 

bunga rumput relaks minda
Ini juga salah satu rumput hiasan yang mengeluarkan bunga2 halus yang banyak. Ianya sungguh cantik.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Ini pula salah satu jenis rumputyang merayap...bunga cukup halus, tapi bila di zoomkan...sungguh cantik, seperti bunga orkid.

bunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini pun seperti bunga orkid...kerana ianya kecil, maka kecantikan nya tersembunyi dari pandangan mata kasar.

bunga rumput relaks minda
Bak bunga matahari...tapi berwarna putih...

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Ini mungkin biasa anda lihat...lagi pun bunganya sedikit besar dan mudah di lihat. Bunga rumput semalu ini sungguh cantik sekali bentuk dan warnanya. 

bunga rumput relaks minda
Tidak semua bunga itu mempunyai kelopak, lihat bunga rumput ini yang berbentuk unik sekali. Berhati2 dengan daunnya yang sedikit tajam bak mata pisau...bisa menghiris tanpa di sedari.

bunga rumput relaks minda
Lihatlah betapa halusnya bunga rumput ini...lebih kurang sama saiz dengan semut hitam itu.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini cukup banyak dan subur sekali di tepi parit di hadapan rumah. Bunga berkembang pabila mentari mula bersinar hinggalah tegak di kepala...selepas itu ia pun kuncup. Umpama titik2 kuning di celah kehijauan daun bila di lihat dengan mata kasar. Rupa dan bentuk bunganya sungguh cantik seperti orkid desa.

bunga rumput relaks minda
Sukar sekali untuk mendapatkan focus yang tepat bunga rumput ini kerana ianya sungguh halus. Jika di perhatikan...bunganya mempunyai bentuk yang sangat menarik, sungguh unik sekali.

bunga rumput relaks minda
Spesis rumput yang biasa kita lihat di padang2. Bunganya cukup mudah melekat di pakaian.


Jika anda ada kemahiran atau hobi yang unik dan pelik...jangan merasa malu, teruskan ia selagi ianya adalah hobi yang tidak mendatangkan kesalahan dan kemudaratan dari segi kesihatan, undang-undang mahupun agama. 

Ingatlah...kelainan yang anda buat akan membawa anda lebih jauh kehadapan kerana....anda unik! Satu dalam sejuta. Jadikan ianya satu aktiviti yang anda lakukan dengan penuh minat dan tanpa paksaan.... dan akhirnya ia akan memberikan kenikmatan, keseronokan dan impak positif dalam diri anda...

Jika ada lagi koleksi terbaru bunga2 rumput...nanti akan aku kongsikan lagi bersama anda....

Hobi Belek Bunga Rumput...Koleksi 1
Hobi Belek Bunga Rumput..??

p/s: Entri edited...published on 10/12/2012 14:24
Admin...