Jumat, 12 April 2013

Eksplorasi #6 - Empangan Hulu Selangor


Daerah Hulu Selangor...Itulah daerah dimana tempat aku tinggal. Sebuah daerah di utara Negeri Selangor yang luas dan masih banyak kawasannya yang belum lagi di majukan. Eksplorasi kali ini ke Kuala Kubu Bharu. Sebuah pekan kecil dimana pusat bagi daerah ini. Jika anda ke pekan ini dan terus menyusuri jalan menghala ke Bukit Fraser anda akan melalui sebuah empangan yang sungguh indah. 

Empangan Sungai Selangor telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu. Empangan ini di punyai oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Spash) untuk membekalkan air terawat kepada Syabas

Empangan inilah yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Berikut beberapa gambar menarik Empangan Sungai Selangor untuk tatapan anda semua... 

eksplorasi empangan hulu selangor 
eksplorasi empangan hulu selangor
Nikmati kehijauan alam dan keindahan empangan ini. Persekitaran dan pemandangan di kawasan empangan ini amat menarik dengan tasik, bukit-bukau serta flora dan fauna yang terpelihara. 

eksplorasi empangan hulu selangor 
eksplorasi empangan hulu selangor
Kawasan di loji rawatan juga amat terjaga dan bersih oleh Splash Hulu Selangor. Anda akan merasai kesegaran udara dari angin yang berhembus membuatkan anda seakan ingin terlena. Tasik buatan manusia yang luas terbentuk hasil dari empangan sungai ini juga merupakan syurga bagi kaki pancing. 

eksplorasi empangan hulu selangor 
eksplorasi empangan hulu selangor
Berehat seketika di tebing empangan setelah letih memandu pulang dari Bukit Fraser amat menenangkan. Keindahan pemandangan tasik yang di pagari oleh bukit-bukau yang menghijau saujana mata memandang sungguh mengasyikkan.

eksplorasi empangan hulu selangor 
eksplorasi empangan hulu selangor
Ketenangan dan kedamaian yang membuatkan jasad dan minda relaks seketika... Di sini di awal pagi atau selepas hujan, suasana sungguh sejuk dan nyaman. Awan bergerak rendah membentuk kabus yang memukau pandangan. 

eksplorasi empangan hulu selangor 
eksplorasi empangan hulu selangor
Keindahan alam ini harus dipelihara kerana bukan sahaja keindahannya tetapi fungsinya yang menjadi tadahan air semulajadi untuk keperluan untuk setiap makhluk yang bernyawa. Cintai alam sekitar, hindari pencemaran dan kemusnahan. 

Jangan lupa jika anda ke Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Empangan Sungai Selangor ini merupakan lokasi wajib untuk anda jejaki. Eksplorasi yang pasti memuaskan hati.

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar