Senin, 30 September 2013

4Shared Mp3 Terbaru Indonesia


4Shared alternatif untuk mendownload Mp3 Terbaru Indonesia secara gratis sebanyak yang kamu inginkan, jadi katakanlah bisa mendownload file dari 4shared unlimited. 4Shared merupakan sebuah situs yang berisi berbagai macam file game, mp3, video, dokumen, dll yang siap
untuk di download secara gratis. 



Tetapi anda terlebih dahulu harus
mempunyai sebuah akun 4shared jika anda ingin mendownload

4shared Tempat Download Lagu Gratis


4shared merupakan sebuah situs sebagai tempat untuk download lagu secara gratis. anda semua pasti sudah takkan asing lagi dengan situs yang satu ini. karena apa? karna setiap kita mencari lagu yang disukai, ataupun juga mencari file game, maka secara tak sengaja sering kali kita mengklik situs ini yang berada pada posisi pencarian google yang paling atas, dan kita pun dapat mendownlaod filenya

Permintaan Review Blog


Assalamualaikum...

Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.Kini saya ingin tunaikan beberapa permintaan yang mahukan blog mereka di review oleh saya melalui permintaan anda dari Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.

Terus terang, saya bukan seorang yang arif dan layak untuk membuat review. Oleh itu review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan saya cuba lari dari review biasa kerana anda pun sudah sering di review oleh orang lain. 

Saya lebih mengutarakan pendapat dan pandangan saya agar anda dapat melihatnya secara positif untuk anda meningkatkan lagi blog anda untuk lebih berjaya dan mendapat perhatian enjin carian supaya blog-blog anda menjana trafik yang tinggi. Ianya dapat mengetengahkan blog anda yang rata-ratanya mempunyai kisah, topik dan ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat yang sepatutnya di kongsi dan diketahui oleh ramai orang.

Mungkin ada pandangan yang sedikit telus dan mengusik hati tetapi cubalah lihat ia dari sudut positif, lagi pun anda yang minta di review dan anda perlu bersedia menerima sebarang kritikan. Sudah saya katakan...ianya hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya benar, tepat dan perlu diikuti. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, saya cuba juga sebaik mungkin. Semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari review ini.

1.Blog Dunia Kecil


Pemilik blog ini Mizz Aiza. Seorang blogger peramah yang rajin blogwalking. Ramai yang dah review blog ini, tapi kenapalah nak minta saya review lagi ye. Tagline yang tepat, menjurus kepada perkongsian dari pengalaman beliau dan kisah-kisah kehidupan yang begitu dekat dengan kita. Niche yang biasa bagi seorang blogger namun beliau amat bijak mempelbagaikan dengan tip kesihatan dan kecantikan serta kisah pemanggang ajaibnya yang menjadikan tarikan sampingan yang menyerlahkan keistimewaan Blog Dunia Kecil ini. 

Blog yang sentiasa meriah dengan kunjungan dan komen ini mempunyai rangking yang amat baik. Bermula pada April 2011, sudah cukup banyak pengalaman beliau di dunia blogging ini. Layakkah aku yang baru setahun jagung ini nak memberi komen? 

Keistimewaan Mizz Aiza mengolah cerita amat mengagumkan. Ayat yang mudah di fahami dan dengan bahasa serta ayat bahasa Melayu yang baik. Teknik penulisan perlu dipertingkatkan agar mesra SEO untuk mendapat lebih perhatian enjin carian. 

Kerajinan beliau blogwalking menjadi tunjang kekuatan blog ini. Entri yang sentiasa berterusan juga menjadikan blog ini mendapat perhatian. Dari segi teknikal, blog yang simple dan tidak menyesakkan pandangan. Potensi yang amat besar untuk menjadi blogger yang berjaya cuma perlu belajar teknik yang betul dan mendalami ilmu blogging

Tidak banyak yang dapat saya kupas kerana anda sendiri sudah pasti dengan perjalanan blog anda. Cuma anda belum cukup menyerlah dengan topik atau niche yang boleh menjadikan anda seorang yang terbaik di sesuatu bidang. Nasihat saya perbanyakkan entri mengenai pemanggang ajaib sehingga anda menjadi 'master' di dalam topik tersebut. Dapatkan sehingga keyword pemanggang ajaib menjadi milik anda di enjin carian. Itulah cara termudah untuk anda menyerlah dan menjadi lubuk trafik yang berterusan.

p/s: Tahniah dan semoga berjaya!

2. Blog Cik Matahari


Sebuah blog yang sering mengutarakankan tips dan panduan. Seorang guru yang amat berminat membicarakan luahan rasa, kehidupan dan panduan menanganinya disamping persoalan dan informasi mengenai blog. Amat kagum, walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang guru tapi masih berusaha mempelajari dan mencuba untuk mempertingkatkan ilmu blogging.

Kesukaran mencari info kerana tiada arkib blog atau sitemap untuk melihat entri-entri beliau. Hanya mengikut kehendak tuan blog dengan apa yang terhidang di carian/shortcut yang sediakan. Penampilan blog sederhana tetapi nampak sedikit sarat mungkin sebab background kot. 

Cara karangan anda masih tidak menepati ciri-ciri SEO dan kadang kala tajuk terlalu panjang. Perlu belajar menulis di blog menepati cara penulisan di blog, bukannya cara karangan di sekolah. Namun saya dapati beberapa entri amat baik dan menepati cara atau teknik yang betul. Kenapa ianya tidak konsisten ya? 

Seseorang yang masih mencari tempat di dunia blogger tetapi ianya amat sukar bersaing jika mengharapkan entri berkaitan blogging kerana ianya sudah di pelopori oleh blogger terdahulu yang sudah ternama. Tidak salah namun jika anda mengharapkan blog anda berjaya dan menjana trafik, anda perlukan sesuatu faktor yang dapat menyerlahkan blog anda di enjin carian. 

Apa yang saya lihat, anda berupaya jika terus memberikan entri mengenai penjawat awam dan pendidikan. Perbanyakkan entri-entri sebegini agar ianya menjadi satu niche tetap yang menjadi rujukan dan kekuatan blog ini yang menyerlahkan setiap keyword mengenai topik ini akan terus ke blog anda. Tidak bermakna anda perlu berubah, teruskan dengan apa yang anda lakukan sekarang. 

Itu hanyalah satu contoh...mungkin ada topik lain yang menjadi kemahiran anda dan ianya relevan sebagai carian. Itulah cara untuk kita yang di peringkat permulaan blogging...Jangan bersaing dengan mereka yang sudah establish tetapi berusaha membawa sesuatu yang baru dan jadikan ia identiti anda di enjin carian.

p/s: Semoga terus bersemangat dan mencapai impian

3. Blog kakiblog


Sebuah blog yang mula-mula sekali saya jejaki ingatkan blog mengurut kaki (maaf ya...tapi itulah realitinya). Logo blog tu biasa terlihat di pusat-pusat urut kaki. Jangan marah ya! Sebuah blog yang sarat membicarakan dunia blogging ini mempunya rangking yang baik dan bertuah kerana dikelilingi oleh rakan-rakan blogger dikalangan mereka yang cukup ternama dan establish di dunia blogging.

Bila nama blog 'kaki blog' dengan tagline 'blogger kaki blogwalking', maka pasti ramai akan menganggap beliau adalah seorang blogger tegar sepenuh masa dan selalu blogwalking. Tetapi...beliau bukanlah seorang blogger tegar seperti Ben Shaari yang mampu menerbitkan entri 3~5 entri sehari. Blog ini aktif cuma entrinya tidaklah diterbitkan setiap hari.

Blogwalking....Ya beliau boleh dikatakan rajin blogwalking, tambahan pula ketika ini beliau sedang menjalankan kajian tentang backlink dan blogwalking. Begitu juga dengan setiap komen anda, pasti akan dijejaki semula. Namun begitu sering di katakan oleh beliau, masa sering menjadi halangan untuk blogwalking.

Disinilah letaknya kesesuaian nama sesebuah blog. Nama blog dan tagline anda amat rapuh dan boleh dipertikaikan. Perlukah anda terus membawa beban dengan nama yang tidak sepadan dengan kemampuan anda? Maaf jika ianya teguran yang terlalu terus dan tidak sepatutnya saya pertikaikan kerana ianya adalah hak anda.

Dari segi teknikal, blog ini simple dan mesra pembaca. Tuan punya blog iaitu Mr. Hanafi adalah seorang yang cukup berilmu tentang blogging dan SEO. Banyak maklumat mengenai blogging yang boleh anda dapat di blog ini. Seorang blogger yang mesra dan dapat menerima pandangan dan pendapat. Sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan ilmu blogging dan saya dapat rasakan yang anda boleh menjadi seorang blogger yang berjaya jika mempunyai masa dan sedikit lagi usaha serta sokongan rakan-rakan disekeliling anda.

p/s: Semoga anda berjaya dan maaf jika review ini terlalu sinis dan kritikan yang bagaikan merendahkan kebolehan anda. Harap anda ambil positif. Saya juga ingin menunaikan permintaan anda yang terakhir iaitu ingin menjadi penulis jemputan untuk blog ini. Inilah masa untuk anda kenakan saya balik...hehe Topiknya bebas tetapi tidak boleh menyentuh mengenai isu agama, perkauman, politik, hiburan dan apa sahaja yang boleh menimbulkan kontrovesi dan menggugat undang-undang dan keamanan negara. Anda boleh e-mail kepada saya bila-bila masa sahaja. 

4. Blog Minus SKA 


Macam manalah nak review blog ni. Terus terang, saya kurang pasti kaitan header dan pengisian blog anda walaupun ianya sudah diterangkan oleh anda sebelum ini. Sebaiknya tagline tersebut di ubah sahaja kerana walaupun ada kisah mengenai sukan tapi ianya tidak menjadi tunjang utama kepada blog anda sekadar menunjukkan ianya adalah minat anda. Ha! tu la...sapa suruh minta di review...kan dah kena, maaf ya Fais.

Dari segi rupa blog, ianya tidak menjadi masalah. Penulisan juga mudah di fahami dan tidak terlalu formal. Jika anda ingin berjaya, anda perlu mendalami ilmu blogging untuk menyerlahkan blog anda di enjin carian. Saya dapati banyak artikel anda yang sangat berilmu dan baik cuma cara karangan masih tidak menepati teknik yang betul.

Seorang blogger yang rajin blogwalking dan rajin komen, ianya amat bagus sekali. Ramai pengunjung setia dan meminati artikel anda dan mungkin juga ianya hasil dari blogwalking anda. Kisah anda mendapat simpati terutama dari akak-akak yang cukup menyayangi anda...sungguh bertuah sekali! 

Bukan mengambil kesempatan, tetapi jadikan ianya satu artikel yang menjadi entri istimewa anda seperti artikel terbaru mengenai maklumat tentang kaki patah. Perbanyakkan artikel seperti ini dan buatkan ianya seperti satu sumber maklumat untuk pencari mendapat maklumat. Suatu hari nanti pasti keyword kaki patah menjadi sisonim dan menjana trafik yang tinggi untuk blog ini kerana blog anda akan berada di muka pertama di enjin carian. Anda juga mendapat amal jariah darinya.

Bukan bermakna anda perlu menetapkan niche tapi anda perlu ada artikel yang menjadi tunjang kekuatan blog ini. Sekadar pandangan sahaja... Anda boleh buat topik lain yang anda rasakan anda mahir tetapi pastikan ianya unik dan relevan menjadi carian sepanjang masa.

p/s: semoga anda segera pulih dan teruskan blogging.

 5. Blog Kakikerja


Pasti ramai yang mengenali blogger ini. Blog yang putih dan simple amat mudah di akses. Tiada yang menyesakkan pandangan. Fizi zaidi, blogger yang banyak mengutarakan pandangan dan pendapat beliau tentang permasalahan kehidupan dan emosi. Pandangan beliau sungguh menarik dan bernas. 

Suatu yang menarik, istimewa dan unik tentang blog ini adalah entri beliau berkaitan dengan belajar bahasa Thailand. Ianya menjadi satu trademark yang sangat bagus dan menyerlah blog ini di enjin carian. Inilah yang saya maksudkan...Jika anda tiada niche tapi anda perlu ada satu topik yang menjadi tunjang kekuatan trafik dan menjadi identiti unik anda di enjin carian. Tahniah! Jangan hentikan artikel ini...teruskan ia sebagai selingan diantara entri-entri lain.

Anda cuma perlu belajar menulis dengan teknik yang mesra SEO iaitu yang betul bagi sebuah artikel di blog. Penggunaan backlink juga perlu untuk meningkatkan keberkesanan entri anda di indek oleh enjin carian. Sesekali anda perlu membalas komen kerana ianya memberi semangat buat pengomen untuk terus memberikan komen walaupun anda mempunyai cara tersendiri dengan mengunjungi pengomen tersebut tetapi sesekali cubalah lakukan. 

Nampaknya anda semakin aktif berblogging. Teruskan... Setkan satu matlamat untuk anda capai. Ianya dapat memberikan anda lebih bersemangat. Apa kata sebelum anda menyambut ulang tahun pertama blog anda mesti mencapai Alexa rank anda di bawah 300K! Bila anda ada target...ianya dengan sendirinya memacu anda untuk berusaha mencapainya. Ada berani!?

p/s: semoga anda telah mempunyai impian dan target :) sila beri komen...anda akan saya masukkan dalam "Bloglist Sahabat"


Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.Terima kasih anda semua kerana menyertai Segmen Khas - Setahun bersama Relaks Minda. Semoga permintaan anda untuk di review ini telah tertunai hendaknya. 

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf jika review ini tidak menepati kehendak anda mahupun mengguris hati. Saya cuba sejujur yang mungkin...tapi selalunya kejujuran itu memberi kepahitan namun itulah yang terbaik dari terus menipu dan berkata baik tetapi realitinya tidak.

Kepada mereka yang masih belum tertunai permintaannya....Harap bersabar ya. Terima kasih kerana setia bersama Relaks Minda.


Admin...

Jumat, 27 September 2013

Kata Kata Romantis Sedih Galau Patah Hati


Kata Kata Patah Hati sering ketara cinta penyair mengait novel. Biasanya, apabila seseorang enggan kepada orang-orang yang ingin merasa, menjadi kesedihan yang amat menyakitkan. Atau bagi mereka yang telah menamatkan teman wanita atau teman lelaki mereka pasti kasihan.Kata kata lucu untuk menggambarkan seseorang yang adalah perasaan terdesak injap jantung yang rosak seperti yang dinyatakan di

Jadwal Liga Champion Hari Ini Terbaru 2013 - 2014

Jadwal Liga Champion Hari Ini Terbaru 2013 - 2014 Bola sepak Liga Juara-Juara adalah menunjukkan besar pertandingan di Eropah, dia sentiasa menunggu sabar oleh peminat sukan bola sepak di seluruh dunia. Liga Juara-Juara adalah tahun pertama bagi tempoh masa, dan di mana para peserta adalah tanah Kelab Juara Eropah.

Perlawanan bola sepak adalah sangat menarik untuk melihat, terutamanya bagi

Cerita Motivasi Hidup Cinta Kerja Islami


Cerita Motivasi Hidup Cinta Kerja Islami Cerita ini adalah sangat orang motivasi diri yang diperlukan banyak. Apabila seseorang telah terperangkap lulus pada pekerjaan, pemandu salah satu perkara yang orang boleh kembali bekerja adalah sukar untuk mendengar atau membaca kisah motivasi diri.

Jika anda salah seorang dari orang-orang dalam kedudukan yang miskin untuk melakukan pekerjaan, dan

Kumpulan Puisi Sahabat Sejati Terbaik


Kumpulan Puisi Sahabat Sejati Terbaik - Siapakah yang akan sentiasa memahami keadaan semasa kami, kami sedih atau tengah gembira memang kawan yang benar. Rakan anda adalah seorang kawan yang sebenar yang tidak akan meninggalkan sahabatnya, sahabatnya beberapa jenis akan sentiasa dijana sampinngnya. Jika kita mempunyai ungkapan yang kawan-kawan cepat? Bukan hanya seorang gadis cantik berkata,

Petua Imam Syafie


Assalamualaikum... Bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Nikmati dan rebutlah ganjaran berganda di hari penghulu segala hari ini yang hadir hanya seminggu sekali. Ganjaran di Hari Jumaat.

Orang-orang tua dulu-dulu cukup banyak petuanya. Segalanya di kutip hasil dari pengalaman dan kejadian. Kini ianya menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Ada yang mempunyai maksud tersurat dan ada yang tersirat. 


Para ulama juga tidak terkecuali dalam memberi petua buat kita. Namun ianya adalah hasil dari ilmu mereka yang begitu arif dan pakar mendalami agama Islam. Ianya menjadi ingatan dan panduan buat kita agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Mendidik kita agar menjadi insan yang kamil dan soleh/solehah.

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas






Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam






Empat perkara menajamkan mata 

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih






Empat perkara merosakan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat





Empat perkara menajamkan fikiran

1.Ttidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama






Empat cara tidur

1. Tidur Para Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama dan Ahli Ibadah - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur para raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Semoga petua-petua ini menjadi amalan kita dan sampaikanlah dan saling mengingati sesama kita, kerana kita ini hanyalah insan yang lemah...mudah terleka, terlupa dan terlalai...


Terima kasih bersama Relaks Minda.... Berdoa dan Berzikirlah kerana itulah tunjang kekuatan seorang muslim.

Admin...

Contoh Surat Pernyataan Kesanggupan Diri Kerja


Contoh Surat Pernyataan selaras dengan kenyataan seseorang atau kumpulan berkenaan bahwasannya atau tidak perlu dimasukkan atau tidak dalam kontrak awam atau tidak dengan (syarikat) atau konteks yang lain pautan yang lain. Kembali ke fatwa pakej, kini menawarkan semua penting untuk anda, kali ini kita akan mendapat satu perbincangan mengenainya. Ia akan menjadi lebih baik, tetapi kita tahu makna

Kamis, 26 September 2013

Download Game Gratis Online


Download Game Gratis Online menjadi kebiasaan saya untuk menghabiskan sisa-sisa kuota internet yang tinggal beberapa tetes terakhir, ngenes om :) karna dengan kuota yang sedikit itu kerap kali membuat saya kecewa berat dengan ukuran file game yang ku download ber giga giga tak cukup untuk memuaskan hasrat download. wal hasil game yang saya downlaoad kurang separo dan macet dijalan karna bensin

Download Lagu Terbaru Gratis


Download Lagu Terbaru Gratis ini ku persembahkan Untukmu kekasihku, karna ku tak tahu lagi harus bagaimana untuk mengungkapkan perasaan ini padamu, ku harap dengan sebuah lagu ini kamu dapat mengerti dan memahami isi hatiku ini, sejak lama ku memendam perasaan ini padamu dan sampai saat ini pun ku masih punya perasaan yang sama.



Perasaan cinta terdalam dan tulus dari lubuk hati yang paling

Download Mp3 Terbaru Gratis


Download Mp3 Terbaru Gratis jikalau hati lagi sepi sunyi dimalam hari karna tak ada yang menemani. karna dengan anda mendownload Mp3 yang disukai maka secara spontan anda akan bernostalgia dengan lagu tersebut. menyanyi nyayi bahkan tak jarang pula yang menari nari sambil mengangkat tangan keatas dan melantunkan lagu tersebut dengan riang.



Mp3 ku jadikan sebagai teman dikala lagi sendiri,

Download Wechat Untuk Blackberry Android Nokia


Download WeChat untuk Android, iPhone, Java (Nokia), Symbian, BlackBerry dan Windows Phone: Internet telah dikonversi dunia ini besar menjadi sebuah desa global dalam arti sebenarnya. Penggunaan situs jejaring sosial dan aplikasi instant messaging akan yang terbaik. Hal ini karena pertumbuhan mobile Internet yang kita dapat tetap terhubung dengan teman-teman kita saat bepergian. Jika Anda ingin

Download App World Blackberry


Download App World Blackberry belum layanan distribusi aplikasi download yang sangat populer lain untuk beberapa perangkat mobile BlackBerry, yang dikelola oleh RIM atau Research in Motion. BlackBerry App World memungkinkan pengguna perangkat BlackBerry satu platform untuk menelusuri, membeli, men-download dan juga memperbarui aplikasi pihak ketiga menampilkan di toko aplikasi ini.



Setelah

Resepi - Cara Membuat Mandai


Assalamualaikum... Jangan pelik pula. Anda tidak tersalah masuk blog. Hari ini saya nak buat satu entri yang luar dari kebiasaan. Nak letak tag apa pun saya tak tahu...hehe. Semua orang kenal buah cempedak kan. Hari ini saya nak mengajar anda satu resepi makanan dan masakan yang mungkin jarang-jarang atau belum pernah anda jumpa. Ianya di buat dari buah cempedak.. Satu makanan istimewa bagi suku kaum Banjar.

Sesiapa orang banjar mesti dah tahu apa itu Mandai. Bagi yang belum tahu dan kenal, hari ini anda bertuah kerana Chef BM akan mengajar anda cara untuk membuat mandai dan cara memasaknya. Hahaha...pertama kali buat entri resepi... lain macam rasanya. Masa tulis entri ni pun dah terasa macam Chef Wan!

Cara-cara Membuat Mandai


1. Pilih buah cempedak yang sudah masak. Yang muda jangan pula pandai2 nak di petik ya! Sungguh harum semerbak bau cempedak ni kalau dah masak.

resepi dan cara membuat mandai

2. Belah buah cempedak tersebut. Ini tak perlu nak ajar kot. Semua orang pun tahu buat. Buang empulur tengahnya tu barulah mudah kerja.

resepi dan cara membuat mandairesepi dan cara membuat mandai

3. Apa lagi...jangan asyik terleka sangat dengan bau cempedak tu... Keluarkanlah isi cempedak tu! Buat sampai habis licin kesemua isi cempedak tersebut.

resepi dan cara membuat mandai

4. Masukkan isi cempedak tersebut kedalam pinggan dan bolehlah makan. Kalau tak suka makan begitu sahaja, bolehlah di goreng. Ha! dah selesai pun...Mudah kan? Hehehe

resepi dan cara membuat mandai

Hah! Nak kemana tu? Belum siap lagi de! Untuk membuat mandai ni bukan guna isi cempedak, tapi kulit cempedak... Apa!! Jangan ada yang terkejut pulak... Apalah orang banjar ni, kulit cempedak pun di makan. Hah! Jangan nak kutuk-kutuk! Aku pun banjar juga! Orang banjar ni tidak suka membazir sebenarnya, (siapa lagi nak puji kan) Korang belum rasa...kalau dah rasa, tak cukup sepinggan! Ok lah, kita teruskan cara-cara membuat mandai ni.

5. Kulit cempedak tadi dibuang kulit luarnya yang menggerutu tu. Jangan terlalu tebal, cukup sekadar hilang kulitnya sahaja. Ikut seperti gambar di bawah...hmm, pandai pun.

resepi dan cara membuat mandairesepi dan cara membuat mandai

resepi dan cara membuat mandai

6. Potong kulit cempedak tadi kepada ketulan-ketulan kecil. Jangan kecil sangat. Lebih kurang 2~3 jari lebarnya. Kemudian sumbat masukkan kedalam balang. Saiz balang janganlah terlalu besar, sebaik-baiknya muat-muat sahaja. Balang kaca atau plastik tidak menjadi masalah. Kalau anda kaya...boleh aje balang tembaga atau bersalut emas...hehe

7. Kemudian tuangkan air masak suam-suam kuku ke dalam balang. Kalau malas...air masak biasa je pun boleh, tak perlu suam-suam kuku. Pastikan keseluruhan kulit cepedak tadi tenggelam. Itulah...aku dah kata, jangan guna balang terlalu besar, kan dah timbul!

8. Masukkan garam kasar. Jumlahnya lebih kurang 4~5 sudu teh untuk balang seperti saiz yang saya gunakan. Kalau lain saiznya, pandai-pandailah. Tiada sukatan tetap...terpulanglah. Nak masin lebih tambahlah lagi. Tidak perlu di kacau nanti garam itu akan melarut dengan sendirinya.

resepi dan cara membuat mandairesepi dan cara membuat mandai

9. Tutup rapat-rapat dan biarkan paling kurang seminggu. Kenalah bersabar. Jangan asik di belek-belek aje nanti malu ia nak jadi mandai, hehe. Sementara itu makanlah isi cempedak tadi sampai habis ya!

resepi dan cara membuat mandairesepi dan cara membuat mandai

Setelah seminggu, bolehlah anda buka tutupnya. Nampak ada benda putih terapung...jangan risau, itu getah cempedak. Keluarkan seketul mandai tersebut dan basuhlah. Kini ianya siap untuk di masak.

Apa! Belum boleh makan lagi... Ehh, boleh aje kalau nak makan begitu sahaja. Tapi saya lebih gemar kalau ianya di goreng. Cara nak menggorengnya pun tidak susah. Panaskan minyak dan masukkanlah. Nampak ianya sudah kekuningan...angkat dan makanlah.

Ini pula resepi saya untuk menggoreng mandai agar lebih kaw! sikit rasanya.

Mandai Goreng BM


Bahan-bahannya :
Seketul mandai di potong-potong kecil.
Beberapa biji cili padi (nak di hiris pun boleh)
Sebiji bawang merah di hiris.

resepi dan cara membuat mandai

resepi dan cara membuat mandai

Cara-cara menggoreng :
1. Panaskan minyak di kuali (kuali ajaib Mizz Aiza paling bagus)
2. Masukkan mandai.
3. Agak-agak suku masak, masukkan bawang dan cili padi dan goreng sehingga warna kekuningan emas terserlah. Kalau suka garing dan kering, biarlah lama sedikit barulah diangkat.

Nah! sudah siap... Makan bersama nasi putih panas, pasti sesiapa pun lalu di depan apatah lagi belakang tak perasan dah! Tapi jangan lupa...Baca bismillah dan doa sebelum makan ye...kalau tidak nanti JIN saya tumpang makan...hahaha

resepi dan cara membuat mandai

Inilah makanan tradisi kaum banjar. Anda boleh cuba buat dan rasainya sendiri. Rasanya unik berperisa masam-masam masin, sungguh menyelerakan! Baunya pula...sampai rumah jiran sebelah boleh cium! Selamat mencuba!

Entri ini di buat khas untuk menunaikan permintaan Mama Norhasniza Khalid dalam  Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta pelbagaikan entri. Sebenarnya blog ini mempunyai niche, oleh itu saya tidak boleh sewenang2nya menerbitkan entri yang terlalu pelbagai yang lari jauh dari niche blog. Oleh kerana ada berkait jugalah dengan kitar semula dan demi memenuhi permintaan...saya harap Mama berpuas hati dengan entri ini dan anda semua juga beroleh satu resepi yang luar biasa ini. ...hehe

JIN - "Ini Mandai....bukan memandai-mandai ye!!"
BM - Mama nak masuk "Bloglist Sahabat"... Komen sikit menu ni... :)  Best juga buat entri resepi ni rupanya. Ada bakat jadi Chef tak? hahaha


p/s: kredit utk adik saya...cilok gambar dari fb beliau :)
Admin...

Download BBM For Android - Blackberry Messenger


Download BBM For Android - Blackberry Messenger - Muat BBM untuk Android Bersi versi iPhone awal September 21, 2013. Berita baik untuk mereka yang mencari maklumat di mana untuk memuat turun BBM untuk android dan iphone BBM rasmi IOS. Di sini, kami membentangkan telefon Blackberry Messenger versi Android permohonan dan versi iPhone juga untuk mereka yang berada masih tertanya-tanya di mana dan

Kumpulan Desain Rumah Minimalis Modern Sederhana


Kumpulan Desain Rumah Minimalis Modern Sederhana
- Mempunyai rumah impian pastinya keinginan semua orang, terutamanya
jika anda mempunyai pasangan dan mahu membawa keluarga anda ke dalam
rumah impian kecil bersama-sama. Rumah itu mesti menjadi salah satu yang
paling penting perkara-dianggap sebagai tempat tinggal yang selesa
dengan keluarga anda. 


Terutama di bandar besar seperti ini,

Kumpulan Puisi Perpisahan Sekolah, Cinta, Sahabat, Guru


Puisi Perpisahan Sekolah, Cinta, Sahabat, Guru Kali ini artikel yang menarik yang unik akan berkongsi puisi terbaru dan terhebat dengan tema Best Farewell Puisi. Kepada rakan saya yang kini mungkin berasa sedih untuk berpisah dengan orang-orang yang kita suka, sama ada teman wanita, teman, atau sesiapa sahaja yang sudah biasa dengan kita. Jangan terlalu sedih kerana selepas pemisahan akan ada

Rabu, 25 September 2013

Hati Senang Hidup Riang...


Assalamualaikum... Adakah anda

Sedih
Muram
Gelisah
Kecewa
Hampa
Duka
Lara

Lihatlah
Bersyukurlah


Terima kasih bersama Relaks Minda...Alhamdulillah.


p/s: Entri ringkas untuk anda komen panjang2...hehe
Admin...

Hari Keluarga Taman Rasa Indah


Kini sudah masuk hari kedua..eksplorasi anda bersama saya diteruskan lagi. Ahad 22 Sept 13 Alhamdulillah... Cuaca amat baik sekali bagaikan merestui program yang dirancang pada hari itu. Seawal pagi lagi kanak-kanak sudah ramai berlegar-legar di padang dan perkarangan khemah.


Urusetia dan AJK program masih belum seorang pun lagi tiba. Aku cuba menghiburkan mereka dengan memasang lagu-lagu rancak untuk memecah kesunyian pagi. Mungkin masing-masing keletihan dan terpaksa pula tidur lewat malam tadi. Maklumlah, siap membakar lemang dan mengemas sahaja sudah pukul 12.00 malam.

Sambutan Hari Keluarga

Ketika ini jam sudah melewati pukul 8.00 pagi. Seorang demi seorang AJK bersama penduduk taman mula kelihatan datang memenuhi ruang di khemah dan padang. Kanak-kanak paling ramai dan sudah tidak sabar lagi kerana hari ini merupakan sambutan Hari Keluarga bagi penduduk Taman Rasa Indah di mana acara sukaneka akan diadakan.

Pelbagai acara sukaneka sudah diatur untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk kanak-kanak kerana setiap acara di bahagikan mengikut peringkat umur agar lebih adil. Beberapa acara terpaksa diadakan peringkat saringan kerana jumlah peserta yang ramai.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Kanak-kanak sudah tidak sabar untuk bersukan. Berbaris mendaftaran dan mendengar taklimat.  

Sukaneka Yang Ceria

Setelah selesai pendaftaran, tepat jam 8.45 pagi, acara pertama sukaneka di jalankan. Ianya adalah acara untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Kalau anda lihat gambar dibawah ini pasti ada yang tertanya-tanya... Acara apakah ini?

Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Buat apa tu dik??

Ini adalah acara mengambil gelang getah dengan menggunakan straw di mulut. Gelang getah pula di taburkan di atas rumput. Memang lucu melihat gelagat dan aksi kanak-kanak ini. Sampai meniarap di atas rumput. Siapa yang berjaya mengutip gelang getah terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan adalah pemenangnya.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
kesungguhan setiap peserta amat mengagumkan!

Acara kedua pula adalah acara untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Acara mudah buat mereka iaitu acara membawa bola pingpong dengan sudu di mulut. Melihat sikecil yang comel beraksi memang mengundang tawa. Memang kocoh jadinya... Sokongan dan arahan dari ibu bapa membuatkan mereka jadi tidak tentu arah. Sungguh menggembirakan!

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Ya!..Imbang dik..jangan sampai jatuh!

Gelak ketawa lebih mengundang lapar dan dahaga berbanding beraksi di acara sukaneka. Berhenti rehat seketika untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak bersama telur dan sambal ikan bilis menjadi santapan pemberi tenaga untuk aksi-aksi seterusnya. Secawan teh panas pula menghilangkan dahaga. Tak cukup...boleh tambah sebanyak mana yang termampu.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Sarapan yang berkhasiat. Masa untuk menambah tenaga... 

Acara seterusnya adalah acara mengisi air didalam botol menggunakan span. Ianya untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Disini anda dapat melihat bagaimana kepintaran kanak-kanak tersebut menggunakan akal fikiran dalam mencapai matlamat. 

Ada yang berlari pantas namun tidak fikir cara atau teknik yg betul semasa memerah span. Air lebih banyak terbuang dari masuk kedalam botol. Ada pula yang bergerak perlahan tapi bijak memerah span untuk mendapatkan jumlah air yang banyak masuk kedalam botol. Seperti yang di jangka...perlumbaan antara arnab dan kura-kura, akhirnya kura-kura yang menang.

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
 Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Bersukan dengan penuh semangat! Sampai ada yang basah kuyup kebasahan... 

Acara seterusnya ini memang mengundang tawa besar. Acara untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara berlari dalam guni. Sungguh menghiburkan apatah pula guni yang di sediakan tidak cukup besar, acara sepatutnya berlari menjadi aksi melompat pula! Apa lagi...ada yang jatuh tergolek lah! 

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Acara yang paling menghiburkan. Lompat! lompat! siapa cepat dia menang!

Acara diteruskan pula untuk peserta dewasa lelaki. Berjalan di atas batu bata. Setiap peserta dibekalkan dengan 3 biji batu bata dan mesti bergerak kedepan dengan dengan memijak batu bata yang di alih sendiri. Nampak seperti mudah tapi...teramatlah payah. Sampai ada yang sakit pinggang dibuatnya. Maklumlah... peserta lebih mengutamakan bina perut dari bersukan...hehe

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Yang pakai topi tu dapat juga nombor 3! ...hasil bantuan JIN, hahaha

Acara ini pula khas untuk peserta dewasa wanita. Acara boling buah kelapa. Memang mudah tapi anda bayangkanlah bentuk buah kelapa itu sendiri...membuatkan ianya menjadi terlalu sukar. Sebanyak tiga kali percubaan dibenarkan. Jumlah jatuhan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Baling kak! Jangan terlepas ke belakang sudah!...Jangan risau...tak de masuk longkang!

Acara yang sama teruskan tetapi kali ini terbuka kepada peserta dewasa lelaki dan wanita untuk bersaing bersama tetapi hanya satu balingan dibenarkan untuk setiap peserta. Jumlah jatuhan terbanyak adalah pemenangnya. Kalau dilihat pada aksi balingan...memang dasyat dan bergaya tapi hanya 4 orang sahaja yang berjaya menjatuhkan sekurang-kurangnya satu botol dengan satu balingan ini.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Gaya mesti ada! Seperti pemain boling profesional tapi.... hampeh! hehe 

Acara terakhir sukaneka adalah untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara menyepit kacang dengan kayu chopstick. Peserta yang berjaya mengumpul kacang terbanyak dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah pemenangnya. Pasti ramai yang kata, "Budak Cina mesti menang acara ini" 

Tapi hakikatnya, seorang pun budak Cina tidak tersenarai di antara 3 yang teratas! Ada ibu bapa yang geleng kepala apabila melihat anak mereka mampu dan cekap menggunakan chopstick dengan baik walaupun mereka tidak pernah sekali pun melihat mereka memegang chopstick!

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Cepat! Sepit kacang tu.... Masa dah tinggal beberapa saat lagi ni! Cepat!!

Penyampaian Hadiah

Selesai sudah acara sukaneka. Semua berkumpul di bawah khemah. Kini tiba masa untuk penyampaian hadiah. Sebelum itu sedikit ucapan dari Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk dan tetamu jemputan khas iaitu Tuan Haji Idris B. Ahmad, Ahli Majlis Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. 

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Tuan Hj Idris (berkopiah) menjadi jemputan khas pada hari itu

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Kusyuk mendengar atau kusyuk kerana keletihan atau pun kusyuk kerana lapar ni!

Tuan Haji Idris juga di beri penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap acara sukaneka. Setiap acara disediakan hadiah untuk tiga pemenang iaitu pertama, kedua dan ketiga. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya...jangan kecewa, cuba lagi di tahun hadapan ya!

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Tahniah kepada pemenang! Menang kalah itu adat pertandingan. Yang penting semangat dan ceria!

Jamuan dan Bersurai

Selesailah sudah acara sambutan Hari Keluarga di Taman Rasa Indah. Sebagai penutup...semua di jemput menjamu selera. Hidangan disediakan oleh kaum ibu yang bergotong royong, bertungkus lumus memasak bersama menyediakan hidangan yang enak ini. Lemang bersama rendang ayam, nasi impit berkuah kacang, laksa, buah oren dan air sejuk manis menjadi makanan istimewa kami di tengahari itu.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Apa lagi... Jemputlah makan! Sungguh sedap sehingga menjilat jari...

Kira-kira pukul 1.00 petang, tamatlah segala program. Syukur Alhamdulilah kerana segalanya telah berjalan seperti yang rancang, tiada masalah besar yang menjadi rintangan. Aktiviti terakhir yang dilakukan bersama-sama adalah aktiviti mengemas dan membersih. Semoga bertemu lagi di program yang sama ditahun hadapan ...Insyaallah

Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Anda semua memang hebat! Terima kasih..

Sebagai kenang-kenangan, sesi bergambar bersama orang-orang kuat di depan dan di belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan program selama 2 hari ini. Sekalung penghargaan dan tahniah buat anda semua yang berjaya menjalankan segala aktiviti dengan lancar, berjaya dan cemerlang! Yang paling penting, matlamat telah tercapai! Syabas di ucapkan!

Saling bersahabat membawa berkat,
Didalam taman bersatu komuniti,
Hidup bermasyarakat perlu muafakat,
Barulah aman penuh harmoni...

Admin...