Tampilkan postingan dengan label Perjalananku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Perjalananku. Tampilkan semua postingan

Jumat, 22 November 2013

Bandar Proton City... Tg. Malim, Perak


Bandar Proton City...

Kembara eksplorasi kali ini menjejak kesebuah bandar baru yang unik dan pertama seumpamanya di Malaysia. Sebuah bandar baru yang di bangunkan khusus untuk industri automotif negara.

Bandar Proton City, Tg. Malim
merupakan sebuah bandar pintar yang dibina oleh pembuat kereta terbesar negara iaitu Proton Berhad. 

Bandar Proton City menggabungkan zon penempatan manusia dan industri yang sifar pencemaran di kawasan alam semulajadi. Hanya kilang berteknologi tinggi dan bebas cemar sahaja dibenarkan beroperasi. Sebuah bandar terancang yang amat menarik dan mempunyai keindahan alam yang sungguh menakjubkan dan mempersonakan. 

eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Ianya terletak di kawasan Behrang, Perak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Tg. Malim, Perak. Lokasi yang di pilih mempunyai pemandangan yang amat indah, kawasan tanah yang sedikit berbukit-bukit dengan sungai dan tasik serta berlatar belakangkan banjaran gunung titiwangsa.

eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City telah mula di bangunkan pada awal tahun 90an... Namun hanya pada tahun 2003 ianya mula menjadi perhatian apabila kilang canggih Proton Tg. Malim mula beroperasi dengan model pertama yang di pasang disini iaitu Proton Gen2 telah merancakkan pertumbuhan dan menggalakkan penempatan penduduk disini.

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Kini setelah hampir sepuluh tahun...kawasan yang seluas 4,000 ekar tersebut semakin pesat membangun... Kawasan penempatan semakin membesar. Kemudahan semakin bertambah. Kampus pintar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terletak bersebelahan juga telah pun siap dan beroperasi menjadikan kawasan Bandar Proton City semakin galak membangun dan meriah. 

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City merupakan sebuah bandar yang terancang dan amat sesuai untuk di jadikan tempat tinggal yang paling ideal. Kawasannya sangat indah, nyaman dan damai. Kehijauan yang masih terjaga serta amat bersih. Tidak dinafikan, keindahannya menjadi tarikan utama disamping suasana yang tidak terlalu sibuk dan kemudahan prasarana yang lengkap.

 eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City juga terkenal dengan tasiknya yang sangat menawan iaitu Tasik Embayu dan disinilah tempat dimana penduduk setempat dan pelawat datang untuk melakukan aktiviti rekreasi antaranya ialah berkayak, bersenam dan beriadah bersama keluarga. Tasik ini juga mempunyai pemandangan yang cantik untuk bersantai, berehat sambil menenangkan minda.

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perak eksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City di Tg. Malim... sebuah bandar yang menanti masa untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan membangun. Dengan tarikan prasarana yang lengkap dan keindahan alam yang masih terpelihara...ianya pasti menjadi satu tempat tinggal yang menjadi idaman setiap orang. 


Anda juga mungkin meminati :

Entri Republish...
Admin...

Kamis, 10 Oktober 2013

Kembara Masjid - 4 hari 3 Malam di Pantai Timur


Assalamualaikum... Lama sudah tidak bereksplorasi. Hari ini saya ingin membawa anda mengembara menjelajah ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia selama 4 hari 3 malam. Kita kembara dari satu masjid ke satu masjid sambil menikmati keindahan senibinanya yang sungguh cantik, indah dan menawan.

Pelbagai rupabentuk dan senibina yang dapat kita perhatikan. Setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Rumah Allah yang menjadi tempat ibadat, penyebaran ilmu dan menjalin ukhwah komuniti setempat bagi umat Islam.

Pengembaraan sudah pastinya bermula dari tempat tinggal ku di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Masjid indah yang terletak di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu menjadi titik permulaan kembara kita kali ini.

Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
Seawal 6.30 pagi selepas selesai solat subuh, mula bergerak perlahan meninggalkan Kuala Kubu Bharu menuju ke pekan Raub di Pahang. Sebelum sampai di simpang Bukit Frazer, bermakna sudah pun memasuki sempadan Negeri Pahang. Selamat tinggal Selangor...

Singgah seketika di Bukit Frazer untuk melihat satu-satunya masjid di puncak peranginan tanah tinggi ini yang masih terpelihara keindahan alam, flora dan faunanya. Suhu dingin terasa...sungguh nyaman sekali.

Masjid Bukit Fraser
Dari Bukit Frazer, perjalanan di teruskan menghala ke Pekan Raub. Berhenti rehat  untuk menikmati sarapan pagi sambil melihat keindahan senibina Masjid Sultan Abu Bakar. Lihatlah kubah emasnya yang amat menyerlah walaupun dari jauh.

Masjid Sultan Abu Bakar, Raub
Kini perut pun sudah terisi, selesa untuk bergerak meneruskan perjalanan. Lokasi berikutnya adalah Kuala Lipis. Kira-kira jam 11 pagi saya telah berada di perkarangan Masjid Mahmud. Masjid unik senibinanya ini mempunyai banyak menara kecil. Ianya sungguh menawan sekali.

Masjid Mahmud, Kuala Lipis
Dari Kuala Lipis, menempuh pula jalan berliku-liku menghala ke Gua Musang. Melalui hutan dan beberapa kali bertemu dengan lori balak. Kira-kira hampir pukul satu setengah barulah sampai di Masjid Tengku Muhd. Faiz Petra yang indah berwarna biru untuk bersolat zohor. Selesai solat, singgah di gerai tepi jalan untuk menikmati makanan tengahari. Sangat enak masakannya dan murah pula harganya.

Masjid Tengku Muhd. Faiz Petra, Gua Musang
Dari Gua Musang, bergerak jauh ke utara menuju ke Kuala Krai. Mujurlah sepanjang perjalanan tiada gangguan trafik. Tenang sekali memandu kereta Vivaku ini. Perjalanan jauh sebegini, kereta kecil amat sesuai kerana menjimatkan minyak tambahan pula harga minyak dah naik.

Singgah seketika di Masjid Mukim Aur Gading. Masjid lama dengan satu menara ini sungguh tenang dan damai sekali. Hanya berhenti solat sunat seketika lalu bergerak semula.

Masjid Mukim Aur Gading
Perjalanan di teruskan lagi sehinggalah berhenti seketika untuk solat Asar di Masjid Mukim Kaabah di Machang. Masjid dua tingkat ini umpama rumah banglo, cuma mempunyai sebuah menara dan sebuah kubah menjadi mercu tanda yang ianya adalah sebuah masjid. 

Perut terasa sedikit kosong, belilah sebungkus goreng pisang dan sebotol air mineral buat alas perut sementara untuk sampai ke Tanah Merah.

Masjid Mukim Kaabah, Machang
Sesampai di Tanah Merah, mata ini terpaku dengan keindahan Masjid Mukim Pasir Gendal. Berhenti rehat sambil menikmati senibina yang indah ini sementara menanti waktu Maghrib menjelang tiba. Kubah besar berwarna biru menjadi begitu unik pabila dikeliling oleh warna kuning keemasan. 

Masjid Mukim Pasir Gendal, Tanah Merah
Selesai solat maghrib, terus bergegas bergerak menuju ke Pasir Mas. Masjid Brunei di Danau Tok Uban menjadi pilihan kerana keindahan masjid di tepi tasik yang memukau pandangan. Sayangnya, tidak sempat berjemaah Isyak disini. Perjalanan diteruskan pula menuju ke pekan Tumpat.

Masjid Brunei, Pasir Mas
Masjid Selehor menjadi destinasi terakhir disinggah. Masjid lama ini tidak kurang hebat senibinanya. Disini, saya tumpang bermalam di rumah sahabat tidak jauh dari masjid ini. Keesokan harinya, setelah bersarapan pagi bersama sahabat, saya terus bergerak ke Pengkalan Chepa. 

Masjid Lama Selehor
Disini singgah pula seketika di Masjid Pasar Basah. Masjid indah ini masih baru lagi. Senibinanya tidak kurang menariknya. Dua menara besar menjadi mercu tanda utama masjid ini. Tatkala saya sampai, ada majlis akad nikah hendak dijalankan. Tidak berada lama disini kerana perjalanan masih panjang untuk di lalui. 

Masjid Pasar Basah, Pengkalan Chepa
Bandar Kota Bharu yang tidak jauh dari Pengkalan Chepa menjadi persinggahan seterusnya. Masjid negeri sudah tentu menjadi lokasi wajib yang mesti ku singgah. Masjid Muhammadi atau Masjid Besar ini adalah masjid utama yang menjadi tumpuan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kubah menaranya yang unik berwarna emas menjadi mercu tanda unik bagi masjid ini.

Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Dari kesibukan bandar Kota Bharu, perjalanan diteruskan ke Pulai Condong. Masjid yang sederhana binaannya ini terasa tenang sekali. Tiada binaan yang gah tetapi cukup nyaman dan selesa berada seketika disini.

Masjid Pulai Chondong
Kemudian bergerak pula menuju ke Selising. Singgah solat Zohor di sebuah masjid baru iaitu Masjid Solahuddin Al Ayubi. Masjid ini tidak begitu besar, kalau di tempat saya, umpama sebuah surau sahaja. Penduduk disini sungguh ramah sekali. Sempatlah juga makan di rumah seorang jemaah masjid yang mempelawa untuk makan tengahari di rumahnya.

Masjid Solahuddin Al Ayubi, Selising
Pasir Putih yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari Selising menjadi destinasi seterusnya. Masjid Mukim Tasik Tualang Tinggi menjadi persinggahan seterusnya. Berbentuk ala rumah tradisional, masjid ini sangat cantik sekali senibinanya.

Masjid Mukim Tasik Tualang, Pasir Putih
Dari Pasir Putih, bergerak pula turun lagi keselatan lalu melintasi sempadan. Selamat datang ke Negeri Terengganu. Singgah di Masjid Hadhari di Pekan Jerteh. Masjid yang tersergam indah ini di bina pada zaman pemerintahan Pak Lah yang  begitu sinonim dengan perkataan Hadhari. Senibinanya yang berinspirasikan rekaan dari Timur Tengah ini sangat memukau pandangan. Tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan bersolat Asar disini

Masjid Hadhari, Jerteh
Dari Jerteh, saya membuat keputusan untuk menyusuri jalan di pesisir pantai. Lokasi persinggah seterusnya adalah di Penarik, Setiu. Sesuai dengan namanya, Masjid Penarik menjadi persinggahan seterusnya. Rekaan senibina masjid ini amat menarik sekali terutama pada kubahnya. Lama juga berada disini bagi melepaskan lelah sambil menanti azan Maghrib bergema.

Kebetulan ada pula kuliah selepas Maghrib maka, peluang keemasan ini tidak di lepaskan. Selesai solat Isyak, ada pula jamuan makan. Alhamdulillah...murah rezeki malam itu.

MAsjid Penarik, Setiu
Selesai makan, memanglah hajat di hati hendak mencari tempat penginapan. Tetapi jika sudah tertulis rezeki saya, masakan  mahu di tolak. Seorang ahli jemaah menjemput untuk bermalam di rumahnya. Selesai masalah untuk mendapatkan tempat bermalam. 

Keesokannya selepas solat subuh, saya meminta izin kepada tuan rumah untuk bergerak bagi meneruskan kembaraku. Perjalanan kali ini agak jauh kerana bercadang untuk terus sampai ke Kuala Terengganu. Setibanya di Kuala Terengganu, lokasi pertama adalah Masjid Kristal. Masjid yang menjadi mercu tanda paling terkenal di Kuala Terengganu.

Ianya memang benar sekali, masjid ini cukup indah seperti kilauan cahaya permata.  Masjid secantik ini sayangnya kulihat bagaikan berfungsi lebih kepada tarikan pelancong daripada meriah dengan jemaah. Mungkin kerana faktor lokasi...Alangkah sedihnya...

Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Masjid seterusnya yang menjadi tarikan saya adalah Masjid Sultan Zainal Abidin. Juga di kenali dengan nama Masjid Putih kerana warna putih menjadi warna utama di sini. Senibina masjid ini sungguh indah sekali. Gabungan pelbagai senibina diadun baik dan harmoni sekali. 

Masjid Sultan ZAinal Abidin, Kuala Terengganu
Kembaraku di Kuala Terengganu berakhir di masjid terapung di Kuala Ibai. Masjid Tengku Tengah Zaharah ini memang cantik sekali. Rekabentuk dan lokasinya menjadikan ia bagaikan bersatu dengan alam. Cukup hanya berwarna putih sudah menyerlahkan kecantikan senibina masjid ini. 

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai
Setelah puas meronda seluruh bandar Kuala Terengganu, bergerak pula menuju ke Pekan Marang. Disini singgah seketika di Masjid Sultanah Nur Zahirah untuk menikmati keindahan bangunan yang tersergam indah ini.

Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang
Saya menukar haluan untuk tidak menyusuri laluan dipersisir pantai. Bergerak pula ke pekan Kuala Berang. Disini, bertemu seketika dengan rakan lama di Masjid Sultan Mahmud. Kubah besar berwarna kuning menjadi identiti utama masjid ini. Cukup bersih dan terjaga luar dan dalam. Rekaan masjid seperti ini cukup popular di penghujung tahun 80an. 

Saya mengambil peluang untuk solat Zohor dan jamak Asar kerana destinasi seterusnya agak jauh iaitu bandar Paka.

Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang
Setelah makan tengahari bersama rakanku, maka terus sahaja bergerak ke bandar Paka. Sampai di sini betul-betul hampir menjelang Maghrib. Masjid Jamek Paka menjadi tempat persinggahanku. Masjid berkubah biru ini sungguh ramai sekali jemaahnya. Senibinanya juga amat menarik seperti berada di negara Timur Tengah. 

Rasa begitu letih sekali. Selesai sahaja solat Isyak, tempat penginapan dicari. Sebuah hotel budget menjadi pilihan sebagai tempat bermalam untuk melepaskan segala lelah.

Masjid Jamek, Paka
Selepas subuh, bergerak laju menuju ke lokasi seterusnya. Perjalanan agah jauh namun tidak terasa apabila menyusuri laluan di persisir pantai yang indah dengan pemandangan laut dan kampung nelayan yang sungguh mengasyikkan. Beberapa kali juga berhenti seketika untuk menikmati keindahan alam ini sambil menjamu selera.

Akhirnya tiba di bandar Kemaman, Masjid Kampung Tuan menjadi pilihan persingggahan. Masjid lama yang sungguh unik ini adalah satu-satunya masjid yang di singgah benar-benar masih mengekalkan ciri-ciri tradional. Bangunan masjid keseluruhannya dari kayu dan papan. Rekaan dan senibinanya jelas berbentuk nusantara. Dapat juga menunaikan solat zohor di sini.

MAsjid Kampung Tuan, Kemaman
Selesai sahaja solat, tanpa membuang masa, terus bergerak menuju ke selatan. Tidak jauh bergerak, sudah pun melintasi sempadan. Kini telah sampai semula ke Negeri Pahang. Destinasi Seterusnya adalah Bandar Kuantan. Masjid negeri iaitu Masjid Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah menjadi lokasi utama ku. 

Masjid indah ini menjadi tarikan utama di Bandar Kuantan. Senibinanya masjid ini sangat menarik dan memukau pandangan. Warna biru putih menjadi warna asas masjid ini sangat menyerlah sekali. Selesai solat Asar, kembara di teruskan lagi

Masjid Sultan Ahmad Mu'adzam Shah, Kuantan
Dari Kuantan, lokasi seterusnya adalah Gambang. Disini, singgah seketika di Masjid Al- Makmur. Masjid Indah berkubah warna keemasan di kelilingi banyak menara kecil. Rekaan yang sinonim dari senibina India Mongul. Dapatlah juga berehat seketika dan menunaikan solat Maghrib. 

Masjid Al-Makmur, Gambang
Selesai solat Maghrib, lokasi seterusnya adalah menuju ke pekan Maran untuk kerumah sahabatku. Tempat persinggahan untuk bermalam. Letih tidak terkata tetapi segar semula apabila hidangan ikan patin gulai tempoyak menjadi lauk makan malam di rumahnya.

Seawal sebelum subuh sudah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Masjid Maran menjadi lokasi pertama. Solat subuh disini. Bangunan masjid dengan tingkap-tingkap kaca yang besar ini sungguh menarik dan indah sekali. 

Masjid Maran
Segera bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pekan Jerantut. Disini berhenti seketika disebuah masjid yang cukup indah dan mempersonakan. Masjid Lama Daerah Jerantut ini masih cantik terpelihara. Gabungan tiga warna yang sungguh menarik sekali. Senibina unik yang memukau pandangan.

Tidak lama berada disini kerana matlamatnya adalah untuk sampai pulang ke rumah sebelum waktu Asar menjelang tiba. Segera bergerak meneruskan perjalanan.

Masjid Lama Daerah, Jerantut
Kini...tiada lagi hentian. Bergerak terus melalui pekan Raub lalu menuju ke Kuala Kubu Baru. Tepat sampai di rumah sebelum waktu Asar. Alhamdulillah...misi kembara masjid selama 4 hari 3 malam di negeri Pantai Timur ini telah berjaya dilakukan dengan lancar sekali. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kerana sudi mengikuti kembara bersama ku. Entri ini sebenarnya dibuat khas untuk saudara Fais atau SKA demi menunaikan permintaan beliau di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda iaitu meminta sebuah entri bebas berkaitan Pantai Timur. Semoga beliau berpuas hati dan dapatlah anda semua menyaksikan keindahan senibina masjid yang indah di Pantai Timur.

p/s: eksplorasi ini bukanlah perjalanan realiti :)
Admin...