Senin, 24 Maret 2014

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat berhujung minggu, semoga anda ceria disamping insan-insan tersayang. Jumaat malam Sabtu...7.2.2014 mencatat peristiwa pahit dan manis buat warga Johor. Apakah yang mengembirakan dan apakah pula yang mendukakan?

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Johor! Luaskan Kuasamu!
Komen entri kali ini memaparkan dua kisah berbeza suasana didua lokasi yang berbeza oleh dua orang blogger berbeza rupa dan jantinanya...tetapi terkait dengan satu persamaan iaitu kisah warga Johor!

JDT Dikecewakan Tok Gajah

Seorang guru yang kini semakin menyerlah dibidang penulisan dan semakin popular didunia siber. Sesekali menerbitkan kisah dan cerita hangat, mampu membuatkan seluruh alam maya tersentak seketika! Sesudah tewas 3-2, pasti kesedihan warga Johor berganda tatkala melihat tajuk entri ini... "Kehebatan JDT Hanya Indah dari Khabar Setelah Dipijak Tok Gajah dalam Aksi Liga Super Semalam?"

Cikgu Helmi atau lebih dikenali sebagai Tetamu Istimewa bukanlah bermain 'api didalam sekam', tetapi sekadar mencoretkan coretan semangat buat JDT serta warga Johor agar segera bangkit dan terus berjuang! Maklumlah...Perlawanan seterusnya dalam Piala FA... JDT lawan Kedah.

Sebagai warga dan penyokong setia pasukan Kedah FA, pastinya Tetamu Istimewa mahukan satu perlawanan yang hebat dan menarik serta berdisiplin buat tontonan seluruh rakyat Malaysia! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Antara sensasi yang tercipta oleh JDT

Bagi saya... JDT membawa telah membawa pelbagai tarikan buat Liga Malaysia musim ini. Dari jolokan 'Manchester City' Malaysia sehinggalah ke isu pergaduhan, segalanya memberi rencah yang menghangatkan! Menyemarakkan setiap pasukan lain untuk lebih bersemangat pabila menentang JDT. Sensasi dan kemelut yang dapat menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menyaksikan dan mengikuti perkembangan Liga M dan JDT khususnya!

Sepahtu Juara MLM 2014

Namun kedukaan warga Johor di tebus oleh dua S! Mereka berjaya menyemarakkan kegembiraan buat seluruh rakyat negeri Johor! Merekalah Juara dan Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)... kumpulan Sepahtu dan Shiro. Entri yang diterbitkan oleh Blog BabyComel ini menceritakan keseluruhan keputusan penuh final MLM 2014 pada malam itu.

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Sepahtu dan Shiro yang diwakili dan diterajui oleh anak negeri Johor telah menukar malam sedih warga Johor kepada kegembiraan! Sepahtu mengungguli Juara MLM 2014 dengan undian sebanyak 72% dan seterusnya membawa pulang RM500,000! Satu jumlah yang cukup besar nilainya! Manakala kumpulan Shiro ditempat kedua dengan 69% undian telah membawa pulang RM250,000! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Kini, menjadi seorang pelawak juga mampu menghasilkan pendapatan yang sungguh lumayan! Untuk keputusan penuh...silalah berkunjung ke Entri BabyComel ini. 

Bagi pendapat saya, populariti mengatasi kualiti. Jika dilihat pada aksi dan persembahan di malam final itu, rasanya kumpulan Bocey lebih menyerlah! Malah setiap kali aksi mingguan MLM, mereka berjaya memberikan persembahan yang mantap sehinggakan dari sebuah kumpulan baru oleh pelawak generasi baru berjaya meloloskan diri dan berada sebaris dengan pelawak senior di final!

Satu malam yang membawa dua kisah berbeza buat warga Johor dan seluruh negara. Kalah dan menang adat pertandingan. JDT mungkin tidak kebal tetapi MLM 2014 telah ditawan...cuma jangan sampai Liga M dan FAM juga menjadi medan gelanggang Raja Lawak....jika ianya berlaku, kita pasti sedia maklum pasukan mana yang akan menjadi juara... 

Terima kasih Blog Tetamu Istimewa dan Blog BabyComel kerana berkongsi kisah sensasi ini. 
Terima kasih bersama NUR LAILI dan Selamat berhujung minggu semua... :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar