Tampilkan postingan dengan label Komen Entri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Komen Entri. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Maret 2014

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat berhujung minggu, semoga anda ceria disamping insan-insan tersayang. Jumaat malam Sabtu...7.2.2014 mencatat peristiwa pahit dan manis buat warga Johor. Apakah yang mengembirakan dan apakah pula yang mendukakan?

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Johor! Luaskan Kuasamu!
Komen entri kali ini memaparkan dua kisah berbeza suasana didua lokasi yang berbeza oleh dua orang blogger berbeza rupa dan jantinanya...tetapi terkait dengan satu persamaan iaitu kisah warga Johor!

JDT Dikecewakan Tok Gajah

Seorang guru yang kini semakin menyerlah dibidang penulisan dan semakin popular didunia siber. Sesekali menerbitkan kisah dan cerita hangat, mampu membuatkan seluruh alam maya tersentak seketika! Sesudah tewas 3-2, pasti kesedihan warga Johor berganda tatkala melihat tajuk entri ini... "Kehebatan JDT Hanya Indah dari Khabar Setelah Dipijak Tok Gajah dalam Aksi Liga Super Semalam?"

Cikgu Helmi atau lebih dikenali sebagai Tetamu Istimewa bukanlah bermain 'api didalam sekam', tetapi sekadar mencoretkan coretan semangat buat JDT serta warga Johor agar segera bangkit dan terus berjuang! Maklumlah...Perlawanan seterusnya dalam Piala FA... JDT lawan Kedah.

Sebagai warga dan penyokong setia pasukan Kedah FA, pastinya Tetamu Istimewa mahukan satu perlawanan yang hebat dan menarik serta berdisiplin buat tontonan seluruh rakyat Malaysia! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Antara sensasi yang tercipta oleh JDT

Bagi saya... JDT membawa telah membawa pelbagai tarikan buat Liga Malaysia musim ini. Dari jolokan 'Manchester City' Malaysia sehinggalah ke isu pergaduhan, segalanya memberi rencah yang menghangatkan! Menyemarakkan setiap pasukan lain untuk lebih bersemangat pabila menentang JDT. Sensasi dan kemelut yang dapat menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menyaksikan dan mengikuti perkembangan Liga M dan JDT khususnya!

Sepahtu Juara MLM 2014

Namun kedukaan warga Johor di tebus oleh dua S! Mereka berjaya menyemarakkan kegembiraan buat seluruh rakyat negeri Johor! Merekalah Juara dan Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)... kumpulan Sepahtu dan Shiro. Entri yang diterbitkan oleh Blog BabyComel ini menceritakan keseluruhan keputusan penuh final MLM 2014 pada malam itu.

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Sepahtu dan Shiro yang diwakili dan diterajui oleh anak negeri Johor telah menukar malam sedih warga Johor kepada kegembiraan! Sepahtu mengungguli Juara MLM 2014 dengan undian sebanyak 72% dan seterusnya membawa pulang RM500,000! Satu jumlah yang cukup besar nilainya! Manakala kumpulan Shiro ditempat kedua dengan 69% undian telah membawa pulang RM250,000! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Kini, menjadi seorang pelawak juga mampu menghasilkan pendapatan yang sungguh lumayan! Untuk keputusan penuh...silalah berkunjung ke Entri BabyComel ini. 

Bagi pendapat saya, populariti mengatasi kualiti. Jika dilihat pada aksi dan persembahan di malam final itu, rasanya kumpulan Bocey lebih menyerlah! Malah setiap kali aksi mingguan MLM, mereka berjaya memberikan persembahan yang mantap sehinggakan dari sebuah kumpulan baru oleh pelawak generasi baru berjaya meloloskan diri dan berada sebaris dengan pelawak senior di final!

Satu malam yang membawa dua kisah berbeza buat warga Johor dan seluruh negara. Kalah dan menang adat pertandingan. JDT mungkin tidak kebal tetapi MLM 2014 telah ditawan...cuma jangan sampai Liga M dan FAM juga menjadi medan gelanggang Raja Lawak....jika ianya berlaku, kita pasti sedia maklum pasukan mana yang akan menjadi juara... 

Terima kasih Blog Tetamu Istimewa dan Blog BabyComel kerana berkongsi kisah sensasi ini. 
Terima kasih bersama NUR LAILI dan Selamat berhujung minggu semua... :)

Kamis, 12 Desember 2013

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin


Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

11.12.13 Merupakan tarikh yang cukup bermakna buat artis sensasi Rozita Che Wan bersama pasangan Zain Saidin. Pasangan ini telah mengabdikan tarikh istimewa ini dengan pernikahan yang menghalalkan hubungan lalu mengubah status menjadi suami dan isteri. 

Perkahwinan Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta bersama pasangannya Zain Saidin ini merupakan berita panas yang menjadi carian terhangat dikala ini. Tidak ketinggalan buat sahabat-sahabat blogger yang sentiasa mengemaskini kisah dan berita semasa di blog mereka. Komen Entri kali ini menerjah 2 blog yang sentiasa menghidangkan anda dengan kisah-kisah panas & sensasi semasa.

Tahniah Che Ta & Zain

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Pernikahan Che Ta & Zain
Peluang ini digunakan oleh Blog Santai untuk mengemaskini berita sensasi dengan sebuah entri ringkas, 7 Gambar Pernikahan Che Ta dan Zain. Bukan main lagi romantis pasangan ini. Anda kena lihat sendiri gambar-gambar ini. Berikut adalah ulasan ringkas penulis mengenai majlis ini :
"Tahniah untuk pasangan Che Ta & Zain yang telah sah bergelar suami isteri. Pernikahan mereka diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, malam tadi disaksikan oleh kaum keluarga dan juga tetamu yang diundang." 
"Tema majlis pernikahan mereka masih purple. Sama seperti di majlis merisik dan Berinai. Che Ta menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000."
Kalah anak dara sunti untuk mendapatkan Che Ta ni! Mahal betul! Kalau orang dah ada rupa dan popular, begitulah nilainya, ramai sahaja yang sanggup. Blog Santai sentiasa memberikan anda kisah-kisah menarik, santai, terkini dan sensasi. Jom kita terjah Blog Santai dan lihat sepenuhnya gambar majlis pernikahan yang meriah ini!

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Pernikahan Che Ta & Zain

Semoga Che Ta & Zain Bahagia

Antara yang selalu mengemaskini status artis ini adalah Blog Yumida. Dengan entri : Gambar Pernikahan Rozita Che Wan & Zain Saidin, Yumida menarik perhatian pembaca untuk menikmati gambar-gambar ekslusif majlis pernikahan pasangan ini. 

Majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula akan diadakan di Setia City Convention Center pada 13 Disember 2013 pada jam 8.30 malam. Pasti ianya menjadi sebuah majlis yang meriah dan gilang gemilang. Sedikit ulasan oleh Yumida :
"Ehem-ehem…pengantin baru ni bakal berlepas ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk bulan madu mereka selama 19 hari. Pewit! Jauh tuuuu…belikan Yumida ole-ole dari sana yeee.... Moga Che Ta dan Zain bahagia dunia dan akhirat. Welcome ke alam perkahwinan Zain!!! Selamat pengantin baru Che Ta! Moga bahagia sokmo..."
Wah Yumida...sampai minta ole-ole lagi. Begitulah kalau orang ada duit, berbulan madu pun pusing satu Eropah... Kalau aku kaya pun macam juga kot, hehe. Anda perlu lihat sepenuhnya gambar-gambar majlis pernikahan ini, Jom ke Blog Yumida

Seperti yang umum ketahui, pernikahan ini adalah kali ke dua buat Rozita Che Wan dan pertama kali buat Zain Saidin. Inilah jodoh...ketentuan dari Allah. Semoga pasangan ini kekal bahagia bersama selamanya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Apabila seorang hamba berkahwin, maka telah sempurnalah setengah agamanya, kini hendaklah ia bertaqwa kepada Allah pada setengah yang baki."

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar di Majlis Merisik
\
Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar di Majlis Berinai

Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Gambar Pra Perkahwinan

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar Pra Perkahwinan

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Perkahwinan pertama Che Ta


p/s : Macam pelik jer bila Relaks Minda cerita pasal artis... 
Admin...

Selasa, 03 Desember 2013

Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur


Banjir Melanda Lagi

Apabila tiba sahaja hujung tahun bermakna tibanya musim hujan. Angin Monsun Timur Laut akan mula mengganas. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan merasai kesannya. Malapetaka seperti banjir, ribut dan tanah runtuh akan kerap berlaku.

Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur
Keaadaan di Pusat Bandar Kuantan

Isu ini akan menjadi bahan cerita hangat dan selalu dikemas kini oleh blogger. Komen Entri kali ini memilih kisah banjir yang di kemaskini oleh dua blogger Pantai Timur ini.

Banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur
ECM Shopping Kompleks - Kuantan
Kisah yang di ceritakankan oleh Shark Kay tentang keadaan banjir di Kuantan. Banjir sudah masuk hari kedua dan keadaan semakin buruk apabila hujan tidak berhenti-henti sejak 3 hari yang lalu.

Bandar Kuantan kini seakan lumpuh apabila paras air semakin tinggi menenggelamkan sebahagian besar bandar ini. Banyak jalan yang terpaksa di tutup.

Semoga mereka tabah menghadapi musibah yang melanda. Kemusnahan harta benda pasti merugikan dan membebankan. Sesungguhnya bencana dari Allah ini memberi peringatan bahawa tiada kuasa yang mampu menandinginya. Jika Dia berkehendak, tiada siapa mampu menghalangnya. 

Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur
Bahana banjir
Hikmah dan pengajaran agar kita sentiasa menghargai alam dan tidak terlalu rakus dengan pembangunan. Betapa pentingnya menjaga kebersihan dan sistem perparitan kerana ianya menyumbang kepada kejadian banjir yang semakin tidak terkawal.

Kejadian banjir bermusim ini mungkin sudah di jangka. Persediaan awal dan sentiasa beringat perlu  ada pada setiap orang agar dapat mengurangkan kerugian dan mengelakkan dari kecelakaan yang lebih buruk seperti kematian. 

Blog Cerita Shark akan terus memberikan berita-berita dan kisah-kisah terkini tentang perkembangan semasa banjir di Kuantan. Semoga ianya dapat memberi maklumat kepada mereka yang memerlukan.

Banjir di Kemaman, Terengganu

Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur
Keaadaan di sekitar rumah Jie Susanos
Seorang lagi blogger iaitu Jie Susanos juga mengemas kini perkembangan banjir di tempat beliau iaitu di Kemaman, Terengganu. Beliau juga melaporkan keadaan banjir disana bertambah buruk. Banyak jalan-jalan utama kini terpaksa di tutup berikutan kenaikan air keparas merbahaya.

Apabila jalan di tutup maka perhubungan terputus. Ianya pasti menyukarkan terutama untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Semoga setiap keluarga telah mempunyai persediaan secukupnya untuk mengharungi tempoh terputusnya hubungan ini. Diharapkan juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan.

Teruskan ke Blog Jie Susanos untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang keadaan banjir di Kemaman.

Berhati-Hati Ketika Banjir

Beginilah keadaannya di kebanyakan tempat di Pantai Timur dikala ini. Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor semakin tenggelam. Hujan yang turun tanpa henti turut terasa tempiasnya hingga ke Pantai Barat.

Setiap orang harus berjaga-jaga. Malang tidak berbau. Persediaan awal perlu dilakukan, jangan sampai "sudah terhantuk baru nak tegadah."

Kami mendoakan semoga mereka yang terlibat dalam bencana ini tabah menghadapi dugaan. Jagalah keselamatan terutama kepada kanak-kanak. Banjir bukan peluang untuk bersuka ria. Jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang. Pendawaian elektrik juga amat merbahaya. Berhati-hatilah... ikuti perkembangan dan maklumat banjir dari masa ke semasa.

Bagaimana pula keadaan di tempat anda?

Admin...

Rabu, 27 November 2013

Miliki Hadiah Istimewa Ini!!



Assalamualaikum... Mari! Mari!
Rebutlah hadiah-hadiah istimewa berikut!
 Anda semua layak untuk memilikinya! 

Count The Books Giveaway

Count The Books Giveaway

Count The Books Giveaway

Marilah sertai Giveaway mudah ini.
Buat satu entri ringkas, kira dan teka.
Mungkin salah satu Hadiah Istimewa ini akan menjadi milik anda!


Anda hanya perlu mengira dan meneka 
jumlah buku serta majalah didalam gambar dibawah.

Count The Books Giveaway

Sudah kira? Mahu meneka? 
Sekarang anda perlu ke SINI untuk menghantar jawapan.
Ikutilah segala syarat yang telah ditetapkan.
 Mungkin anda bertuah! Semoga berjaya!

"Count The Books Giveaway" ini di anjurkan oleh Blog Life of Mama Liza
Untuk lebih maklumat...Sila ke lizayati.blogspot.com
Giveaway akan berakhir pada 27 Disember 2013

Entri promosi...
Admin...

Kamis, 14 November 2013

Dilema Puasa Sunat 9 & 10 Muharram


Assalamualaikum... Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa sunat 10 Muharram pada hari ini. Semoga anda semua beroleh rahmat, keberkatan serta  ganjaran dan pahala seperti yang dijanjikan. Insyaallah...amiin.

Menarik berbicara mengenai puasa sunat ini pabila terbaca kisah Cikgu Anim, tuan empunya blog Inilah Ceritaku. Komen Entri kali ini menyingkap kisah di entri beliau yang penuh dengan persoalan tentang puasa sunat ini. Kisah tentang Cikgu Anim yang dalam dilema tetapi beroleh sesuatu disebaliknya.

Suasana jamuan murid tahun 6
Rezeki Berpuasa 9 Muharram
Semalam, 9 Muharram seperti yang kita semua ketahui, hari dimana umat Islam digalakkan berpuasa sunat.

Alkisah bermula pabila sehari sebelumnya, dimana cikgu Anim mendapat jemputan jamuan yang akan diadakan keesokan harinya oleh murid-murid tahun 6 di sekolahnya

Bagi memeriahkan majlis tersebut, bubur lambuk di 'order' menjadi buah tangan cikgu Anim disamping memenuhi permintaan "seseorang". Maklumlah, cikgu Anim pun mungkin juga akan berpindah sekolah pada tahun hadapan... Semoga berjaya hendaknya.

Bubur lambuk
9 Muharram pun tiba, cikgu Anim pun berpuasa. Aktiviti mengajar disekolah berjalan seperti biasa. Pabila tengahari, majlis jamuan telah siap sedia...Cikgu Anim pun datang bagi memenuhi jemputan. Bila sampai waktu majlis jamuan bermula... dilema mula melanda dibenak fikiran cikgu Anim. 

Yang manakah harus diutamakan...Puasa sunat atau memenuhi jemputan makan di jamuan tersebut? Jika anda bagaimana?

Dengan berpandukan entri INI...keputusan muktamat yang paling wajar telah di putuskan. Anda ingin tahu apa keputusan cikgu Anim...Silalah ke entri INI

Inilah Ceritaku - Anim
Terima kasih Kak Anim kerana telah membuka minda, berkongsi ilmu dan panduan buat saya yang cetek pengetahuannya ini. Sesungguhnya banyak entri-entri Kak Anim yang memberi pengajaran, kesedaran dan peringatan disamping kisah-kisah keluarga yang menceriakan. Saya amat mengagumi dan menghormati Kak Anim.

http://bicaraneem.blogspot.com
Seorang blogger yang begitu merendah diri tapi cukup popular sebenarnya... Jika tidak, masakan jiran sebelah rumah pun membaca blog beliau...hehe. Ikutilah Entri INI yang telah membuatkan Kak Anim terkedu seketika. Semoga Kak Anim sekeluarga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan... :)


Admin...

Senin, 11 November 2013

Komen Entri Berbalas Pantun


Komen Entri Berbalas Pantun  Assalamualaikum... Salah satu khazanah sastera Melayu yang menjadi kebanggaan bangsa kita adalah Pantun.

Pantun
cukup menarik dan unik kerana ianya menyerlahkan kepakaran dan kebijaksanaan seseorang dalam bermain bahasa serta pengetahuan luas dalam perbendaraan kata.

Sebuah pantun yang baik memerlukan ketepatan pembayang dan maksud sama ada tersurat mahupun tersirat disamping keselarian ritma, perkataan dan ejaan.

Tidak semua oramg memiliki kemahiran untuk mengarang pantun. Salah seorang yang cukup saya kagum dengan kemahiran berpantun adalah Puan Nur'Ain atau lebih dikenali sebagai Ummi Kami. Pemilik blog mamasentimental.blogspot.com ini menggunakan 100% pantun sebagai niche di setiap entri beliau malah membalas komen juga dengan pantun.

Komen Entri Berbalas Pantun
Hancur Badan Dikandung Tanah
Hari ini, Segmen Komen Entri mengajak anda berbalas pantun bersama sebagai komen di entri beliau INI

Nampaknya Ummi Kami kali ini membawa topik yang sedikit berat. Mengambil lagu P.Ramlee sebagai tajuk, beliau mengupasnya dengan penuh mendalam dan semuanya dalam bentuk pantun... 

Saya cuba sebaik mungkin untuk membeli pantun Ummi Kami... diharapkan beliau puas hati dan anda semua terhibur.

Komen Entri Berbalas Pantun

Malam berkabut bukan bersahut,
 Suara suami bergema halus,
Salam disambut ikatan bertaut,
Doa Ummi kuterima tulus.

Komen Entri Berbalas Pantun

Rahmat ayat bersulam teranum,
Hidup beradat budi disanjung,
Tamat riwayat dalam terhukum,
Amal ibadat menjadi pelindung.

Komen Entri Berbalas Pantun

Tapai sepeti tidak menjadi,
Sedu sedan tiada berhenti, 
Budi pekerti sifat peribadi,
Hancur badan tetap diingati.

Komen Entri Berbalas Pantun

Cinta putus dipanggung wayang,
Meratap jemu sehingga buntu,
Doa diutus penyambung sayang,
Semoga bertemu disyurga bersatu.

Bertih melantun sagu berduka,
Letih berpantun berlagu seketika...:)

Hancur Badan Dikandung Tanah - P Ramlee


Komen Entri Berbalas Pantun

Lurus jalan pangkal selisih,
Dalam meriah diselubung sesalan,
Putus amalan tinggallah kasih,
Hanya jariah penyambung bekalan.

Komen Entri Berbalas Pantun

Seri musnah berkali dipanah,
Tetap bertapa tidak berubah,
Dari tanah kembali ketanah.
Tiada siapa mampu mengubah.

Komen Entri Berbalas Pantun

Sampai waktu bercerai nyawa,
Hancur badan di kandung tanah,
Nama baik tinggalan di dunia,
Hanya amalan membawa kejannah.

Ini hanya sebahagian daripada pantun yang dikarang dalam entri INI. Jika anda suka dan berminat dengan pantun dan berbalas pantun, silalah ke blog Jom Kita Berpantun. Anda sentiasa dilayan mesra oleh Ummi Kami. Semoga warisan ini terus kekal abadi dan menjadi cabang sastera kebanggaan Bangsa Melayu... 

Admin...

Kamis, 07 November 2013

Resepi Istimewa Hari Ini


Resepi Istimewa Hari IniAssalamualaikum, salam ceria buat anda semua. Kini kembali lagi di Kategori Komen Entri.

Kali ini saya mengajak anda menerjah entri yang berkisar tentang masakan dari mereka yang pakar... dan separuh pakar, hehe.

Seronok terjah entri pasal masakan dan makanan ni. Melihat gambar-gambar yang disertakan, ianya boleh mengundang lelehan air liur dan perut pun boleh berlagu irama keroncong.
Nak buat entri pasal resepi memang tak pandailah, jadi kita komen entri orang aje le...

Cekodok Zaza

Resepi Istimewa Hari Ini
Macam sedap jer... Macam comel jer... 
Setahu aku si Zaza, empunya blog zazaabdullatif.blogspot.com ni suka makanan orang Barat...ala-ala western gitu, hehe... tapi tak tahu pula ada bakat terpendam dalam memasak.

Kalau dah pompuan, ke dapur juga tempatnye...ye tak! Ok lah...terimalah menu istimewa dari Chef Zaza hari ini...... Cekodok Zaza! 

Korang jangan nak kutuk2...nanti Zaza ni boleh bertukar jadi singa! Baik korang simpan dalam hati jer. 

"Cekodok! ek eleeh...semua orang tahu buat cekodok!"...itu kata Khairine (anak dara manja dia tu... Jangan ada yang nak tackle ye, aku dah sign agreement dengan Zaza...hehe)  

Resepi Istimewa Hari Ini
"Ini sepotong labu ya...puan-puan!"
kata Zaza
Tapi cekodok Zaza pun bukan sebarang cekodok! Korang pernah makan cekodok labu?

Ha! itu lah...istimewanya cekodok chef Zaza ni, tetap ada kaitan dengan western juga... sempena Halloween...hahaha, ini aku yang tambah sendiri ye. Dapatkan resepi cekodok labu istimewa ini di SINI...

Korang terjahlah akak yang ramah dan sempoi ini. Memang best blog dia. 

Gulai Telur Itik

Resepi kedua adalah menu tradisonal. Aku tertarik dengan menu ini kerana ianya merupakan antara lauk kesukaan aku. Kalau mak aku masak, mesti makan bertambah punyalah. Akak kita ni memang chef handalan. Kalau singgah di blog kamsiah-yusoff.blogspot.com...memang banyak entri pasal resepi. Yang pelik-pelik pun ada hinggalah dari tradisi ke masakan moden. 

Satu lagi keistimewaan Kak Kamsiah ni, beliau sangat pakar dalam fotografi. Gambar-gambar semuanya hasil dari bidikan beliau... Memang menarik, seperti juru gambar profesional. 

Resepi Istimewa Hari Ini
Masak gulai telur itik
Resepi Istimewa Hari Ini
Menu istimewa Kak Kamsiah hari ini adalah masak Gulai telur itik. 

Sebut sahaja aku dah terliur, belum lagi kalau dapat... mesti aku sorang jer yang melantaknya. Kena pula di campur dengan belimbing buluh...Fuh! Terangkat beb! Sapa-sapa lalu, lalulah... aku memang tak perasan dah!

Teringat masa di kampung, inilah lauk yang paling mudah di masak oleh ibu ku. Dulu-dulu nak makan ayam dan daging...jangan haraplah kalau bukan masa kenduri atau hari raya. Telur pun dapat hasil dari ayam dan itik peliharaan. Ikan pula hasil menjala di parit depan rumah. Tapi itulah yang bestnya...semuanya segar bugar!

Kalau teringin nak buat gulai telur itik ni...Dapatkan resepinya di SINI


Admin...

Minggu, 03 November 2013

Pahang Juara! Kelantan Duka Berganda...


Pahang Juara Piala Malaysia 2013


Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...Tahniah buat Pahang kerana Menjuarai Piala Malaysia edisi 2013 pada malam tadi. Mengikut pada statistik dan prestasi malam tadi...Pahang memang layak untuk bergelar Juara. Mungkinkah tuah akibat hujan atau semangat berganda kerana kehadiran Datuk Siti Nurhaliza?

Walau apa jua telahan dan andaian, keputusan telah muktamat. Dalam sukan mesti ada kalah dan menang.

Kegembiraan diatas kemenangan Pahang juga dikongsi bersama oleh kakak kita ini di blog beliau di SINI

Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...

Amboi Kak Nah...bukan main gembira! Mana tidaknya, tumpang gembira sekali dengan Cik Man! penantian Pahang selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 3 akhirnya tercapai juga malam tadi. Tahniah Pahang akhirnya Juara dengan kemenangan 1-0 menewaskan Kelantan.

Tuan punya blog hasnah60.blogspot.com ini hanya tumpang gembira sajalah kerana tinggal kat Setiawan, Perak...hari ini kerja ye, jangan nak suka-suka cuti pula...hehe


Kelantan Duka Berganda


Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...
Jika peminat Pahang sedang bergembira dengan kejuaraan Piala Malaysia. Peminat Kelantan pula sedang berduka kerana gagal mengekalkan kejuaraan mereka. 

Lebih terasa buat keluarga anak saudara Ummiarissa empunya blog idazaidi.blogspot.com kerana Kelantan gagal menghadiahkan kemenangan buat anak kesayangan mereka iaitu Tuan Sharlene Zemelya bt. Tuan Mohd Zaini atau lebih dikenali sebagai Adik. 

Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...
Siapa peminat cilik ini? Adik sering kali kelihatan di kaca tv kerana sering memimpin tangan pemain Kelantan jika pasukan Kelantan bermain di Kota Bharu sejak berusia 4 tahun. Beliau adalah peminat tegar pasukan Kelantan.

Namun Allah amat menyayangi beliau...Adik telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin, 28 Okt 2013 iaitu seminggu  sebelum final Piala Malaysia berlangsung pada usia 9 tahun . 

Kekecewaan berganda buat peminat Kelantan. Semoga Pasukan Kelantan dan peminatnya menerima kekalahan ini dengan redha dan cuba lagi di tahun hadapan.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adik Sharlene. Salam Takziah buat keluarga Adik dan Ummiarissa.  Jika anda ingin tahu kisah selanjutnya mengenai Adik, silalah ke SINISINI dan SINI 

Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...Pahang Juara, Kelantan Duka Berganda...


Terima kasih Bersama Relaks Minda.... Tahniah Pahang dan Kelantan cuba lagi...

Admin...

Jumat, 01 November 2013

Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera



Assalamualaikum... Anda berkunjung ke Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera pada hari Sabtu dan Ahad lepas? Kalau anda tidak berpeluang, samalah kita...hehe.

Namun kita semua amat bertuah kerana rakan blogger kita ini memberi gambaran terbaik tentang Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera ini kerana beliau adalah salah seorang yang petugas yang bertugas di Karnival tersebut. 

Seronok membaca entri ini. Kita dapat melihat banyak foto-foto yang memberi gambaran sebenar keadaan serta suasana di Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lepas ini. 


Tapi yang paling menarik adalah pendapat Zila... empunya blog yang bernama unik ini, memmetlenggeng.blogspot.com tentang peserta karnival terutama mereka yang membuka gerai jualan produk.

Pengalaman memberi kelebihan untuk anda menilai dari sudut yang berbeza dimana ianya patut diambil berat oleh semua usahawan sebagai panduan untuk berjaya. Penilaian yang lebih menjurus kepada usahawan Melayu, pandangan anda sangat saya setujui. 

Sepatutnya kita bersaing secara sihat dan jujur. Utamakan kualiti produk dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada tarikan komersial sahaja yang hanya akan memberi pulangan untuk jangkamasa pendek. 

Ini petikan sebahagiannya sahaja...anda perlu terjah SINI untuk lihat sepenuhnya

Namun saya tetap juga berbangga pabila melihat ramai usahawan Melayu yang mula giat menceburi bidang pembuatan dan perniagaan ini. Sanggup mengeluarkan modal dan berani mengambil risiko. Semoga anda semua berjaya dan jadilah usahawan yang jujur dan berpandangan jauh.

Menarik di Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera ini, ada juga diselitkan program bersama artis jemputan. Biasalah...untuk tarikan pengunjung dan memeriahkan suasana. Antara artisnya adalah Nabil, Fouziah Ghouf, Razali, Fizo Omar dan Ayu (OIM). Bertuah Zila dapat berbual dan beramah mesra dengan Fauziah Ghauf, hehe... 

Dengar cerita Fauziah Ghouf pun sekarang bergelar usahawan, usahawan apa...itu anda kena terjah blog memmetlenggeng ini. 

OK...Zila, Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda di entri anda yang penuh dengan informasi ini. Bagi mereka yang teruja, anda boleh lihat entri penuhnya di SINI.



p/s : Entri kedua dalam Kategori Komen Entri. Semoga anda semua faham kewujudan kategori ini yang bertujuan sebagai pengganti komen saya untuk entri anda... Semoga anda mendapat manfaat darinya. 
Admin...