Sabtu, 29 Maret 2014

Kreativiti Kitar Semula - Botol Plastik



Kreativiti Kitar Semula - Botol PlastikAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kembali lagi dengan entri kitar semula. Aktiviti menarik dan berbaloi untuk kita semua.

Sebelum itu, anda semua mesti pernah menggunakan botol plastik dan yang paling menjadi  kebiasaan pasti ianya botol air minuman.

Jika setiap seorang penduduk Malaysia membeli sebotol air minuman sekali setahun, ini bermakna ada sebanyak 28 juta botol plastik yang akan di buang! Itu jika sekali... tapi berapa kalikah dalam setahun anda membeli air minuman di dalam botol ini? Jadi anda dapat bayangkan sendiri berapa banyak botol plastik yang akan di buang!

Tahukah anda pula berapa lama botol plastik ini akan mereput secara semulajadi? Jangan terkejut kerana ianya akan mengambil masa lebih kurang 450 tahun! Jika botol-botol plastik ini terus-terusan dibuang di tempat pelupusan... dan dari jumlah penggunaan kita tadi, anda boleh bayangkan apa akan jadi dengan alam sekitar dan kehidupan kita.

Disinilah peranan utama kitar semula. Menggunakan kembali bahan terbuang untuk di olah semula menjadi bahan yang berguna. Botol-botol plastik merupakan bahan yang boleh di kitar semula. Pusat pengumpulan bahan terbuang akan mengasingkan botol-botol plastik ini mengikut material dan jenis botol-botol tersebut. Kemuadian ianya akan di hantar ke kilang untuk proses. Botol-botol ini akan melalui proses dimana ianya akan dijadikan material asas untuk pembuatan semula pelbagai produk plastik termasuklah botol plastik.

Kitaran ini amat penting dalam mengurangkan pengeluaran sumber alam yang membawa kepada kemusnahan alam semulajadi. Ianya juga dapat mengurangkan kadar bilangan botol plastik yang terbuang begitu sahaja yang sudah pasti akan mencemar alam persekitaran dan kehidupan kita.

Kini anda sudah faham betapa pentingnya kitar semula kepada kita dan alam semulajadi. Oleh itu setiap orang perlu terlibat dalam aktiviti ini. Mulai hari ini juga, janganlah di buang, kumpulkanlah semua jenis botol-botol plastik yang tidak berguna dan juallah ia di pusat kitar semula. Selain menyumbang kepada pengurangan kemusnahan dan pencemaran, anda juga akan mendapat pulangan wang.

Bagi anda yang tidak mahu menjual botol-botol plastik, anda boleh cuba idea kreatif kreativiti kitar semula untuk mengubah kegunaan botol-botol plastik ini kepada sesuatu benda lain yang berguna dan bernilai.

Mungkin idea-idea berikut dapat membuka minda dan membei idea untuk mengitar semula botol-botol plastik yang mungkin berguna buat anda.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Satu kegunaan botol plastik yang amat mudah. Idea yang sungguh kreatif
dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda cubalah :)

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Bagaimana dengan kreativiti kitar semula diatas ini? Tidakkah ianya 
menjimatkan tetapi praktikal. Kelebihan botol plastik yang ringan
dan terapung di eksploitasi sebaik mungkin.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Ini pula idea kreatif kitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu hiasan 
yang sungguh anggun dan bergaya sekali. Sedikit kemahiran elektrikal di perlukan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
 
Inginkan kreativiti yang lagi kreatif...anda boleh cuba idea kreatif ini.
Botol plastik pun boleh menghasilkan sebuah bakul/bekas yang amat
unik lagi mempersonakan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Ini juga adalah kreativiti kitar semula botol plastik yang amat menarik. 
Sedikit kemahiran dan kepakaran seni mampu menyerlah botol
plastik terbuang kepada suatu alat kegunaan yang amat menawan
dan eksklusif sekali.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Tutup botol plastik juga mempunyai nilai yang tersendiri. Lihatlah hasil
idea kreatif kreativiti kitar semula ini. Sungguh menarik dan menyerikan!

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kelebihan botol plastik yang tahan lama, seperti yang anda sudah 
tadi iaitu 450 tahun! Maka ianya amat sesuai dijadikan pasu untuk
pokok bunga hiasan anda mahupun sayur sayuran kegemaran anda.

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja dimana antaranya adalah botol plastik. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah... Membazir itu perlakuan syaitan.  


Senin, 24 Maret 2014

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat berhujung minggu, semoga anda ceria disamping insan-insan tersayang. Jumaat malam Sabtu...7.2.2014 mencatat peristiwa pahit dan manis buat warga Johor. Apakah yang mengembirakan dan apakah pula yang mendukakan?

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Johor! Luaskan Kuasamu!
Komen entri kali ini memaparkan dua kisah berbeza suasana didua lokasi yang berbeza oleh dua orang blogger berbeza rupa dan jantinanya...tetapi terkait dengan satu persamaan iaitu kisah warga Johor!

JDT Dikecewakan Tok Gajah

Seorang guru yang kini semakin menyerlah dibidang penulisan dan semakin popular didunia siber. Sesekali menerbitkan kisah dan cerita hangat, mampu membuatkan seluruh alam maya tersentak seketika! Sesudah tewas 3-2, pasti kesedihan warga Johor berganda tatkala melihat tajuk entri ini... "Kehebatan JDT Hanya Indah dari Khabar Setelah Dipijak Tok Gajah dalam Aksi Liga Super Semalam?"

Cikgu Helmi atau lebih dikenali sebagai Tetamu Istimewa bukanlah bermain 'api didalam sekam', tetapi sekadar mencoretkan coretan semangat buat JDT serta warga Johor agar segera bangkit dan terus berjuang! Maklumlah...Perlawanan seterusnya dalam Piala FA... JDT lawan Kedah.

Sebagai warga dan penyokong setia pasukan Kedah FA, pastinya Tetamu Istimewa mahukan satu perlawanan yang hebat dan menarik serta berdisiplin buat tontonan seluruh rakyat Malaysia! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Antara sensasi yang tercipta oleh JDT

Bagi saya... JDT membawa telah membawa pelbagai tarikan buat Liga Malaysia musim ini. Dari jolokan 'Manchester City' Malaysia sehinggalah ke isu pergaduhan, segalanya memberi rencah yang menghangatkan! Menyemarakkan setiap pasukan lain untuk lebih bersemangat pabila menentang JDT. Sensasi dan kemelut yang dapat menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menyaksikan dan mengikuti perkembangan Liga M dan JDT khususnya!

Sepahtu Juara MLM 2014

Namun kedukaan warga Johor di tebus oleh dua S! Mereka berjaya menyemarakkan kegembiraan buat seluruh rakyat negeri Johor! Merekalah Juara dan Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)... kumpulan Sepahtu dan Shiro. Entri yang diterbitkan oleh Blog BabyComel ini menceritakan keseluruhan keputusan penuh final MLM 2014 pada malam itu.

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Sepahtu dan Shiro yang diwakili dan diterajui oleh anak negeri Johor telah menukar malam sedih warga Johor kepada kegembiraan! Sepahtu mengungguli Juara MLM 2014 dengan undian sebanyak 72% dan seterusnya membawa pulang RM500,000! Satu jumlah yang cukup besar nilainya! Manakala kumpulan Shiro ditempat kedua dengan 69% undian telah membawa pulang RM250,000! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Kini, menjadi seorang pelawak juga mampu menghasilkan pendapatan yang sungguh lumayan! Untuk keputusan penuh...silalah berkunjung ke Entri BabyComel ini. 

Bagi pendapat saya, populariti mengatasi kualiti. Jika dilihat pada aksi dan persembahan di malam final itu, rasanya kumpulan Bocey lebih menyerlah! Malah setiap kali aksi mingguan MLM, mereka berjaya memberikan persembahan yang mantap sehinggakan dari sebuah kumpulan baru oleh pelawak generasi baru berjaya meloloskan diri dan berada sebaris dengan pelawak senior di final!

Satu malam yang membawa dua kisah berbeza buat warga Johor dan seluruh negara. Kalah dan menang adat pertandingan. JDT mungkin tidak kebal tetapi MLM 2014 telah ditawan...cuma jangan sampai Liga M dan FAM juga menjadi medan gelanggang Raja Lawak....jika ianya berlaku, kita pasti sedia maklum pasukan mana yang akan menjadi juara... 

Terima kasih Blog Tetamu Istimewa dan Blog BabyComel kerana berkongsi kisah sensasi ini. 
Terima kasih bersama NUR LAILI dan Selamat berhujung minggu semua... :)