Sabtu, 26 Oktober 2013

Usaha Tangga Kejayaan



Usaha Tangga KejayaanUsaha itu tangga kejayaan - Ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga.

Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Andai terjatuh... terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri mengatur langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak tergelincir lagi.

Usaha Tangga KejayaanSebagai seorang muslim, agama Islam sudah pasti menjadi pegangan. Al Quran dan  hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat  Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. 

Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Mendaki Tangga Kejayaan

Dalam menentukan usaha yang dilakukan agar tangga kejayaan dapat didaki hingga ke puncaknya, beberapa perkara perlu diambil perhatian dan dilaksanakan, diantaranya adalah :

1. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam, doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita, pasti ada doa-doa yang tertentu.

Sabda Rasulullah yang bermaksud “Doa itu merupakan ibu segala ibadat”, “Doa itu senjata orang yang beriman”, “Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa” Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

2. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya tekadkan usaha untuk mendaki semula tangga kejayaan yang diingini.

Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka, namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya beroleh kejayaan. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

3. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting dalam mendaki tangga kejayaan.

Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah (Istiqamah) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

4. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar untuk mendaki tangga kejayaan. Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa.

Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikannya lebih tabah dan kental. Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “Hendaklah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman”, Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya".

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

5. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya, sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan  Allah.

Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen” satu sikap yang membawa maksud yang hampir sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

6. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendaki tangga kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.

Dalam Al Quran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar, antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”. Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.

Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengan orang berusaha dengan sabar akan dapat mendaki tangga kejayaan.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

7. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas. Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang dengan baik.

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

Usaha Tangga Kejayaan    Usaha Tangga Kejayaan

8. Menjaga kesihatan
Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikal dan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat." Ibadat dalam Islam seperti solat, puasa dan menunaikan haji dan umrah merupakan satu bentuk riadah untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidak akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk mendaki tangga kejayaan yang diinginkan.

Berhenti Mengharap, Usaha Sendiri 

Setiap kejayaan pasti disertai dengan pengorbanan sama ada tenaga, masa, usia, harta serta kasih sayang. Tangga tidak akan terlangkah jika tiada usaha dan kejayaan pasti tidak akan dapat dicapai. Jadilah kita golongan yang rugi dan hina yang mengharap belas ihsan. 

Usaha Tangga Kejayaan

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim. Peribahasa Melayu ada mengatakan “Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”, begitu juga dengan kejayaan, tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan. Bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Kuatkan semangat! Ayuh bersama kita berusaha mendaki tangga agar dapat mencapai cita-cita dan impian sehingga beroleh kejayaan!

Admin...

Jumat, 25 Oktober 2013

Tiga Perkara Pada Hari Jumaat


Assalamualaikum...dan Salam Jumaat

Buat anda dan ingatan diri sendiri....
Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat :

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Bismillahirrahmanirrahim"


Jangan lupa 3 Perkara Pada Hari Jumaat 

1. Kekasih mu Rasulullah SAW menunggu selawat darimu.

2. Kubur yang gelap perlukan sinaran cahaya dari bacaan Surah Kahfi darimu.

3. Waktu mustajab menanti pendoa dari insan bertuah. 

Marilah sama-sama kita melakukan dan merebut ganjaran 
seminggu sekali ini.

Sebelum anda bergerak kembara ke blog lain,
Marilah sama-sama kita melafazkan zikir...


Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Subhanallah"

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Alhamdulillah"

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Lailahailallah"

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Lahaulawaquatailabillah"

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Innalillah"

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat
"Allahuakbar"

Terima kasih bersama Relaks Minda...
Salam ceria dan semoga anda semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...amiin

"Astaghfirullah al Azeem al-ladhi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum wa atubu ilaih"

Admin...

Kamis, 24 Oktober 2013

Buah Pisang



Buah PisangBuah Pisang
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis buah pisang. Terdapat lebih dari 14 jenis buah pisang yang boleh ditemui dan ditanam di negara ini.

Antaranya adalah buah pisang emas, berangan, kapas dan rastali yang ditanam untuk dimakan segar. Manakala jenis buah pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

Pokok Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar, lebar dan memanjang dari suku Musaceae. Beberapa jenisnya menghasilkan buah dalam bentuk keadaan yang tersusun dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun yang disebut sisir. Pokok Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari Asia Tenggara.

Dalam istilah sains pula, pokok pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Buah PisangBuah Pisang

Hampir kesemua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang. Walaupun begitu, ada beberapa jenis buah pisang yang berwarna jingga, merah, hijau, ungu dan hampir hitam. 

Khasiat Buah Pisang
Pada umumnya buah pisang adalah sumber makanan yang berkhasiat. Ia mengandungi sumber tenaga (Karbohidrat) dan mineral terutamanya kalium. Kajian makmal pula menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20% dan gula 1%.

Buah PisangKetika buah pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66% sukrosa, 14% fraktosa, dan 20% glukosa. Pada amnya, buah pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Buah pisang ini sesuai untuk diet tapi kurang sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis.

Hampir kesemua buah pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Buah pisang mampu memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. 

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Maka tidak hairanlah jika buah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Buah PisangBuah Pisang

Semua jenis buah pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ianya senang untuk dimakan dan dihadam khususnya untuk bayi yang berusia enam bulan dan ke atas. Ia juga tidak memberi kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam buah pisang adalah semula jadi.

Beberapa kajian lain mendapati masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan buah pisang. Anda boleh lihat banyak lagi akan khasiat buah pisang SINI

Buah Pisang

Pisang dan Islam
Tiada keraguan tentang khasiat buah pisang. Pisang adalah di antara buah-buahan yang di sebut didalam al-Quran Al-karim, sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

”Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir.”  (Surah Al-Waaqi’ah: Ayat 27-31)

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Admin...

Rabu, 23 Oktober 2013

Skodeng "Anak Ayam" B@gel (18SX)...



Wordless Wednesday #36 - Apa yang di skodeng tu...??

Mengintai Anak Ayam B@gel (18SX)


Mengintai Anak Ayam B@gel (18SX)


Mengintai Anak Ayam B@gel (18SX)


Mengintai Anak Ayam B@gel (18SX)


Anda pun nak skodeng juga ke?

V


V


V


V


V


V

AMARAN!!
Jangan turun kebawah lagi..
Nanti anda menyesal!!

(Hanya untuk tatapan 18 tahun keatas)

V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V



Mengintai Anak Ayam B@gel (18SX)


p/s: kan aku dah kata jangan!
Admin...

Selasa, 22 Oktober 2013

Niat Penentu Amalan dan Ganjaran



Segalanya bermula dan berakhir dengan niat...

Niat Penentu Amalan dan Ganjaran

Bersedekah umpama menyemai sebiji benih.



Niat Penentu Amalan dan Ganjaran

Semakin subur andai disiram dan dijaga dengan baik
Akhirnya akan berbunga dan menghasilkan buah.



Niat Penentu Amalan dan Ganjaran

Tapi... jika bersedekah kerana riak
Tiada niat ikhlas kerana Allah...
Pokok akan layu dan mati akhirnya


Admin...

Gambar Dan Cerita


Assalamualaikum...Salam Sejahtera
Sekeping gambar mampu meringkaskan sebuah cerita yang panjang berjela-jela. Dengan sekeping gambar juga pelbagai tafsiran berbeza-beza boleh tercipta mengikut pandangan dan tafsiran setiap individu. Begitulah istimewa dan uniknya sebuah gambar. Satu detik yang terakam tanpa catatan dan suara tapi mampu bercerita. 

Tulislah pula sepatah perkataan pada gambar tersebut... Kini gambar itu mula memberi maksud dan topik cerita pun bermula. Minda setiap orang akan tertumpu merungkai maksud gambar dengan perkataan yang tertera. 

Hanya dengan 2 dan 3 patah perkataan bersama sekeping gambar sudah cukup memberi ulasan yang panjang di minda. Anda ikuti sebuah kisah kehidupan ini...

Gambar Dan Cerita
Irama kenangan silam

Gambar Dan Cerita
Kedamaian desa

Gambar Dan Cerita
Zaman persekolahan

Gambar Dan Cerita
Ilmu bekalan iman

Gambar Dan Cerita
Mengikut arahan 

Gambar Dan Cerita
Meringan beban

Gambar Dan Cerita
Riang berteman

Gambar Dan Cerita
Bebas kongkongan

Gambar dan cerita
Keseorangan dan kesunyian

Gambar Dan Cerita
Mencari arah tujuan

Gambar Dan Cerita
Rezeki kehidupan

Gambar Dan Cerita
Teman kesunyian

Gambar Dan Cerita
Berkorban atau terkorban

Gambar Dan Cerita
Sinar kejayaan


Dapatkah anda memahami akan kisahnya? Ini adalah cerita rekaan saya. Jika anda... mungkin akan menulis perkataan yang berbeza pada gambar tersebut lalu membawa jalan cerita yang lain pula. Semakin banyak perkataan yang tertulis...semakin jelas dan terperinci akan kisah yang dimaksudkan.

Oleh itu... Jangan mudah percaya hanya dengan sebuah gambar seandainya anda tidak tahu kisah sebenarnya. Fikirkan positif dan jauhi fitnah. 


p/s: arahkan cursor pada gambar untuk penceritaan yang lebih jelas...
Admin...