Tampilkan postingan dengan label Binaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Binaan. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 Januari 2014

hiasan untuk anak mudah tidur


Anak kita semakin hari semakin membesar. Sampai ketikanya, mereka perlu mempunyai bilik sendiri. Kanak-kanak sememangnya sukar untuk tidur bersendirian dibilik tidur mereka. Perlu ada cara untuk memujuk dan memikat mereka agar dengan sendirinya mereka ingin berpisah dan keluar dari bilik anda. Salah satu daripada caranya adalah dengan melakukan dekorasi katil dan bilik tidur agar kelihatan menarik dan menyeronokkan buat mereka.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Dekorasi Bilik Kanak-kanak
Sedikit perbelanjaan pengubahsuaian perlu dilakukan. Tapi apalah salahnya untuk simanja kesayangan anda. Anda juga tidak perlulah bersusah payah memujuk dan hati pun senang. 

Selain dari itu anda perlu bijak melakukan dekorasi susunan dan pemilihan perabot agar bilik anak anda kelihatan selesa dan menceriakan mereka.

Pilihan Idea Kreatif  Dekorasi Bilik

Apa yang dipaparkan disini adalah beberapa contoh yang mungkin menarik perhatian anda dan membuka minda untuk membuka minda dan memberi idea bagaimana untuk mendekorasikan bilik anak anda.

Ianya adalah 'custom made' dan tidak didapati di kedai-kedai perabot. Tempahan harus dilakukan melalui perbincangan dengan 'interior designer'. Kebanyakan kedai perabot ternama dan besar mempunyai perkhidmatan ini. 

Namun mungkin anda juga boleh ubah suai sendiri jika berkemahiran. Yang penting disini adalah, kreativiti dan idea dekorasi bilik, susunan, warna dan perabot yang boleh menjadi contoh dan boleh anda praktikkan. Berikut adalah beberapa teknik dekorasi dan pilihan katil dan perabot yang mungkin menarik minat anda serta anak-anak anda.

1. Dekorasi Katil Bertingkat 

Bagi anda yang mahukan anak anda berkongsi bilik namun ruang pula agak terhad. Pilihan katil bertingkat adalah yang paling sesuai. Paling penting dalam pemilihan katil jenis ini adalah keselamatan kerana katil tersebut pastinya tinggi. Selain dari itu lihatlah kepada kelebihan pada rekaan katil bertingkat tersebut yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang bersesuaian dengan karektor anak anda.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang sesuai untuk kanak-kanak aktif.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang mempunyai ruang-ruang menyimpan yang tersorok dan rak.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang mempunyai pelbagai saiz katil yang berbeza.

2. Dekorasi Susunan dan Rekaan Menjimatkan Ruang

Susunan perabot sangat penting kerana ianya dapat membuatkan ruang yang sempit kelihatan luas. Ia juga penting agar kanak-kanak ini selesa dan tidak terasa lemas dalam bilik sendiri. Susunan katil dan perabot paling sesuai disusun rapat ke dinding. Warna yang terang dan cerah dapat memberikan ruang lebih tampak luas.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil, almari, rak dan meja yang terbina sekali sangat sesuai untuk bilik yang sempit. Ianya dapat mengurangkan jumlah perabot didalam bilik.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil dikedudukan yang tinggi dapat memberi ruang dibawahnya untuk dijadikan almari. Ianya menjimatkan ruang sehingga dapat mewujudkan ruang lain untuk ibadah. 

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Rekaan katil yang tersorok yang boleh disimpan juga pilihan terbaik dalam menjimatkan ruang

3. Pilihan Dekorasi Tanpa Bilik

Tidak semua dari kita mempunyai rumah yang mempunyai banyak bilik. Jika anak-anak ramai, pasti ada yang terpaksa tidur di luar bilik. Namun itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak memberikan keselesaan buat mereka. Masih ada pilihan rekaan katil dan perabot yang sesuai untuk diletakkan pada ruang diluar bilik.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Rekaan katil dan perabot yang sesuai diletakkan diluar bilik. Kemas dan tersusun. Pasti anak-anak anda juga menyukainya. Tidak menyesakkan, hanya perlu diletakkan pada satu sudut di rumah anda.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Satu lagi contoh rekaan yang sesuai diletakkan di luar bilik. Yang penting, jangan abaikan kelasaan mereka.

4. Dekorasi Bilik Juga Sebuah Permainan

Rekaan bilik yang menyerupai sebuah taman permainan pasti menarik minat kanak-kanak. Mereka pasti mahukan pondok mereka sendiri dan rekaan ini pasti dapat menjadikan impian mereka satu realiti. Jangan salahkan saya pula jika mereka akan meluangkan banyak masa hanya di dalam bilik.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Agak keterlaluan tetapi jika ini dapat memujuk dan memberikan kegembiraan buat mereka, apalah salahnyakan. Tapi pentingkan juga keselamat!

5. Satu Bilik Ramai Anak

Jika anda kekurangan bilik, anak-anak sama jantina, mereka bolehlah ditempatkan bersama didalam satu bilik. Namun berilah keselesaan buat mereka kerana bilik yang dihuni oleh ramai anak-anak pasti akan menyempitkan rung. Pilihan perabut terutama katil dan susunan perabot mestilah bersesuaian agar tidak menyempit ruang. Jika boleh, ruang bilik hanya disediakan katil dan almari pakaian sahaja. 

Apabila adik-beradik dalam satu bilik, pergaduhan mudah berlaku. Biasalah...adik beradik, oleh itu jangan jadikan bilik itu hak sesiapa...cukup sekadar tempat tidur dan salin pakaian.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Tiga katil 'bertingkek-tingkek' tersusun menarik. Kemas dan tersusun.

Katil yang menggunakan ruang dinding sepenuhnya akan dapat memberi ruang lebihan yang lebih luas didalam bilik.

6. Bilik Sebuah Cerita Fantasi

Rekaan bilik ini pastinya menjadi idaman setiap kanak-kanak. Sebuah bilik yang berdekorasi serta bertemakan karektor atau watak animasi yang mereka minati. Bilik yang penuh dengan gambar kartun Upin & Ipin, Hello Kitty, Smurf, Snow White dan sebagainya pasti akan menarik minat mereka. Rekaan perabot dan katil yang unik juga pasti memberi keseronokan dan minat mereka untuk tidur dibilik ini. Tapi jangan terlebih menghias pula, nanti mereka takut pula... 

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Katil sebuah kereta kuda ini pasti memikat hati dan keinginan anak-anak untuk tidur disini.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Rekaan katil umpama didalam sebuah istana dalam kisah-kisah buku cerita pasti memukau keinginan kanak-kanak untuk tidur dibilik mereka.

Utamakan Keselesaan Dan Keselamatan

Dekorasi katil dan bilik untuk kanak-kanak ini hanyalah gambaran dan pencerus idea kreatif untuk anda menggubah bilik yang sesuai untuk anak-anak anda. Utamakan keselesaan dan minat mereka. Gunakan warna-warna yang mereka minati. Warna yang cerah dan terang mampu memberi keceriaan dan seri kepada bilik anak anda. Jangan pula terlalu mengikut pilihan anda, ikut juga citarasa mereka. Selain dari itu, pencahayaan didalam bilik juga amat penting.  

Dalam keasyikan anda menghias dan mendekorasi bilik anak-anak ini, utamakan keselamatan. Pastikan tiada ruang untuk kemalangan mudah berlaku. Katil yang tinggi berkandang, lantai yang tidak licin dan tiada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan. Pastikan juga semua peralatan dan kemudahan didalam bilik mudah dicuci dan dikemas.

Ajarkan anak-anak anda doa sebelum tidur dan sesudah tidur.

Semoga kanak-kanak gembira dengan dekorasi, katil, peralatan dan hiasan didalam bilik mereka. Mereka gembira anda pun ceria... :)

Minggu, 20 Oktober 2013

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014



31 Ogos 1957 tarikh bersejarah, hari kemerdekaan negara Malaysia. Pelbagai acara sambutan di jalankan setiap kali tarikh keramat ini tiba. Yang paling dinantikan adalah detik 12:00 malam di malam 30 Ogos. Pastinya menara-menara jam seluruh negara (Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014) menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk menanti detik 12:00 malam menandakan bermulanya sambutan hari kemerdekaan negara. Bila tiba saatnya, semua orang meraikannya dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Percikan bunga api di udara menggamatkan dan memeriahkan suasana.

Sambutan Kemerdekaan Malaysia
Sambutan tidak terhenti hanya di malam hari. Seawal jam 8.00 pagi 31 Ogos, orang ramai sudah berkumpul di Dataran Merdeka. Menara Jam di Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi saksi kepada sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan. 

Pemimpin negara yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri serta para menteri kabinet turut berkumpul bersama-sama orang ramai bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta disamping pasukan keselamatan dan unit pakaian seragam. 

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Perbarisan di Hari Kebangsaan
Disini terserlah keunikan kebudayaan dan kemegahan kemajuan negara. Segalanya di tonjolkan sebagai simbol perpaduan dan kejayaan negara sebagai sebuah negara yang merdeka.

Kini ianya menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pelancong-pelancong luar negara yang amat terpesona dengan keunikan budaya dan perpaduan penduduk negara ini yang hidup bersatu dan penuh harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

Disebalik sambutan meriah ini, mungkin ramai yang tidak ketahui bahawa 56 tahun dahulu, rakyat negara ini mempunya cara tersendiri dalam menyambut hari kemerdekaan pertama negara. Semangat patriotik dan cintakan negara yang merdeka ini telah di abadikan dengan pembinaan menara jam yang menjadi simbol kemerdekaan negara (Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014). Ia kebanyakannya di bina hasil dari derma orang ramai. Bukan sebuah tapi ada tujuh buah menara jam telah di bina! Sejarah yang mesti ketahui oleh setiap generasi masa kini. 

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 56 Negara Malaysia tercinta ini dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014, saya cuba menjejaki ke tujuh-tujuh buah menara yang menjadi simbol semangat patriotik rakyat negara ini dan memperkenalkannya agar menjadi salah satu tarikan bersejarah untuk pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih mengenali negara ini.

Kembara Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Kembara mencari tujuh buah menara jam ini umpama mencari tujuh keajaiban dunia. Ianya sedikit mudah kerana lokasinya hanya terletak di sebuah negeri...Ya! Negeri Perak Darul Ridzuan. Negeri yang kaya dengan khazanah, sejarah, budaya dan keindahan alam semulajadi yang masih banyak perlu di terokai

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Condong, Teluk Intan
Perjalanan kembara bermula dari selatan negeri Perak iaitu di bandar Teluk Intan. Disini terletaknya satu mercu tanda yang menjadi simbol unik bandar ketiga terbesar di negeri Perak ini. Hanya dua buah bangunan seumpamanya wujud di dunia ini. 

Selain menara Pisa di Rome, Menara Jam Condong Teluk Intan merupakan menara condong semulajadi seumpamanya. Senibina unik berupa pagoda ini menjadi tarikan utama pelancong di dalam dan luar negara di bandar yang dulunya di kenali sebagai Teluk Anson ini. 

Bangunan indah ini telah siap di bina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi sebagai menara air.

Kini ianya masih kukuh berdiri dan dijaga dengan baik oleh MDTI sebagai daya tarikan pelancong, Namun menara ini tidak termasuk dalam senarai tujuh menara yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 carian saya.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Kampar
Kembara bergerak pula menuju ke bandar seterusnya iaitu ke bandar Kampar. Sampai sahaja di bandar ini, sudah terlihat sebuah menara jam di persimpangan Jalan Iskandar dan Jalan Station sebelum masuk ke pusat bandar Kampar.

Ya..kita telah temui menara jam yang pertama dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 iaitu Menara Jam Kampar. Jelas terpahat di bangunan menara jam ini "Merdeka 1957".

Rekabentuknya berbentuk segitiga yang mempunyai jam di setiap permukaannya. Menara jam ini sempat beroperasi pada 31 Ogos 1957 walaupun tidak siap sepenuhnya.

Ianya terbina hasil dari derma penduduk setempat sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang pertama agar menjadi tanda yang berkekalan sebagai kenangan untuk generasi hadapan. Ianya telah menjalani proses pemulihan dan memperindahkan tapaknya pada tahun 2009.

Dari Kampar kembara saya bergerak terus ke Bandaraya Ipoh. Di bandaraya ini terdapat beberapa buah menara jam. Yang mana satukah yang menjadi salah satu dari tujuh menara yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014? Menara Jam Besar Birch, sebuah menara jam yang di bina khas bagi memperingati kejadian Residen Inggeris pertama di Perak yang mati di bunuh di Pasir Salak.

Siap di bina pada tahun 1909 oleh kerajaan British. Ianya menjadi monumen bersejarah tentang kebangkitan pejuang-pejuang Bangsa Melayu dalam menentang penjajahan. Walaupun ianya ada kaitan dengan sejarah perjuangan tetapi ia bukanlah menara jam yang saya cari.

Menara Jam Kemerdekaan Negara #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Sebuah lagi menara jam ini pula masih baru lagi di bina di kawasan Bandar Baru Ipoh. Sudah tentu ianya tidak termasuk dalam senarai.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Dataran Ipoh
Dari jauh sudah ternampak sebuah menara yang cukup tinggi di tengah-tengah Dataran Bandaraya Ipoh di kawasan Geentown. Ianya amat menarik perhatian saya. Lokasi yang amat strategik dan menjadi tumpuan orang ramai di bandaraya ini

Rekabentuknya yang unik dengan tiga kakinya yang memanjang tinggi menyokong sebuah kubah besar di puncaknya. Sungguh menawan sekali rekaan Menara Jam Dataran Ipoh ini. Di bawah kubah pula terletak jam besar di ketiga-tiga permukaan.

Ya...inilah menara jam yang saya cari Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 yang kedua! Menara jam ini menjadi tumpuan penduduk setiap kali menanti detik 12:00 malam setiap tahun pada malam 30 Ogos. Bertepatan dengan matlamat pembinaannya yang menjadi simbol kemerdekaan tanah air kita dan telah berdiri megah sejak 56 tahun dahulu.

Menara jam kedua yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini terus terjaga dan menjadi simbol kebanggaan seluruh warga Ipoh. 

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Sungai Siput
Puas sudah meneroka Bandaraya Ipoh yang semakin maju dan moden, bergerak pula naik ke utara iaitu ke bandar Sungai Siput. Ramai yang tidak mengetahui, di pekan kecil inilah terletaknya salah sebuah menara jam yang menjadi simbol kemerdekaan negara Malaysia.

Menara Jam Sungai Siput yang terletak di jalan besar merupakan menara jam ketiga dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Jelas tertera di menara jam ini, "Merdeka 1957" menjadi saksi perpaduan penduduk disini yang menghulurkan derma untuk pembinaannya.

Ianya telah di rasmikan dengan meriahnya oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada 20 Januari 1958.

Kini ianya agak terbiar dan ramai yang tidak mengendahkan kewujudannya. Satu warisan sejarah yang perlu dijaga dan dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang sebagai lambang yang menjadi kebanggaan penduduk Sungai Siput.

Dari Sungai Siput, kembara terus ke Kuala Kangsar. Bandar di Raja di tebing Sungai Perak ini sungguh cantik dan mempersonakan. Pelbagai bangunan bersejarah yang cukup indah rekaannya terdapat disini seperti Istana Kenangan, Istana Bukit Chandan, Pavilion dan Masjid Ubudiah. 

Tapi yang pastinya yang menarik perhatian saya adalah sebuah menara jam di tengah-tengah bandar ini. Inilah menara jam keempat dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Rekabentuknya sungguh menawan dengan kubah emas di puncaknya. 

Menara Jam Kuala Kangsar ini telah siap dibina pada tahun 1939 menggunakan dana kerajaan negeri Perak dan sumbangan rakyat Kuala Kangsar sebagai satu peringatan sambutan pertabalan King George VI di England namun ianya di ubah kepada menara jam sambutan kemerdekaan negara Malaysia mulai 31 Ogos 1957. Menara indah ditengah Bulatan Bandar ini kini menjadi simbol kebanggaan pembebasan negara ini dari penjajah.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Singgah pula di Kolej Melayu yang terkemuka dan ternama sebagai tempat terlahirnya ramai tokoh-tokoh pemimpin dan tonggak pembangunan negara. Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK cukup gah namanya. Sebuah menara jam di puncak salah sebuah bangunannya menjadikan simbol betapa berharganya masa kepada setiap manusia. 

Dari Kuala Kangsar, menuju pula ke Bandar Taiping. Bandar kedua terbesar di Perak ini menjadi bandar yang sangat bersejarah dalam negeri Perak mahupun negara Malaysia. Pernah menjadi ibu negeri Perak, Bandar Taiping menjadi tonggak kemajuan dan ekonomi terbesar negara di zaman kegemilangannya. Banyak sekali bangunan bersejarah dan lokasi daya tarikan pelancong berada di sini.

Menara jam tidak terkecuali dan Menara Jam Besar Taiping menjadi tarikan dengan senibina indah kolonial British. Pernah di jadikan Balai Bomba sebelum ianya berfungsi sebagai Pejabat Penerangan Pelancongan Taiping di kala ini. Walaupun bangunan ini sangat bersejarah dan berusia lebih dari 100 tahun, ianya bukanlah Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 dalam pencarian saya.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Sebuah lagi menara jam di bandar Taiping ini juga menarik perhatian saya. Dengan menggunakan angka digital sudah tentu menara jam ini bukan di bina pada tahun 1957. 

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Parit Buntar
Dari bandar Taiping, kembara diteruskan ke bandar Parit Buntar. Sebuah menara jam yang sungguh indah dan menarik terletak di persimpangan Bulatan Jalan Peh Kong, Jalan Taiping dan Jalan Dewan.

Menara jam kelima dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Menara Jam Parit Buntar ini telah siap pada tahun 1959 dan dibuka oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961.

Ianya di bina sebagai simbol kemakmuran dan kemerdekaan negara Malaysia yang bebas dari penjajah. Rekaan umpama sebuah menara masjid ini sangat mengagumkan. Terdapat 4 buah jam besar di letakkan di setiap permukaan atas menara ini.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Parit
Perjalanan kembara saya kini menghala balik semula ke arah selatan. Singgah pula di Pekan Parit. Menurut sejarah, Ngah Sagor merupakan orang pertama membuka kawasan ini dan menamakannya "Parit" sempena lokasi mendarat beliau disekitar kawasan parit/alur sungai lalu membuka penempatan disekitar alur tersebut yang sekarang terletak berhampiran pasar Parit.

Di pekan inilah terletaknya menara keenam Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 iaitu Menara Jam Parit. Rekaan dengan senibina Moor dan inskripsi "Amaran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu," telah dirasmikan pada 20 Januari 1963 oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menara jam ini telah dibina dengan kos sebanyak 3,370 USD daripada wang yang dikumpulkan hasil derma penduduk tempatan.

Menara jam ini masih tersergam indah di jalan besar di Pekan Parit, menjadi simbol kebanggaan dan kemerdekaan penduduk tempatan dan menjadi mercu tanda utama pekan ini.

Kini saya bergerak ke pula ke lokasi terakhir dimana Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 telah dibina. Lokasi di pinggir laut Selat Melaka iaitu di Bandar Lumut. Lokasi tumpuan dan amat terkenal di negeri Perak. Di sinilah terletaknya jeti iaitu laluan utama untuk ke Pulau Pangkor, salah satu pulau pelancongan terkenal di Malaysia.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Menara Jam Lumut
Lumut juga dikenali sebagai pelabuhan perdagangan dan pengkalan terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia. Arus pembangunan di sini sungguh pesat. Menjadi sub pelancongan dan perkilangan di pinggir pantai.

Puas meronda di sekitar bandar Lumut namun tidak di temui menara jam ketujuh Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini. Akhirnya seorang penduduk tempatan memberitahu bahawa Menara Jam Lumut ini sudah di musnahkan kerana pembangunan Pelabuhan Lumut suatu ketika dulu. Maka hilanglah satu monumen sejarah yang menjadi lambang kemerdekaan negara Malaysia ini.

Menara Jam Lokasi Tarikan
Kembara bersejarah mencari menara jam kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini berhenti disini. Semoga ianya dapat memberi pengalaman dan maklumat berguna buat anda. Tahun hadapan, sekali lagi negara kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Semoga lokasi-lokasi ini menjadi tarikan pelancong untuk persinggahan bersejarah dan merasai semangat perpaduan dan cintakan negara dengan satu matlamat iaitu sebuah negara Malaysia yang bebas merdeka.

Menara jam menjadi simbol kemerdekaan negara yang paling tepat. Lokasi tumpuan dan mercu tanda utama bagi sesebuah kawasan. Kenali Malaysia...Cintai Malaysia, bersama kita memeriahkan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Sila ke http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia untuk lebih informasi. Tonjolkan keunikan, kebudayaan dan keharmonian kita yang hidup aman sentosa di bumi bertuah ini.

Jika anda beminat, anda boleh lihat lagi pelbagai menara jam yang terdapat diseluruh Malaysia di SINI


Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia


Admin...

Kamis, 16 Mei 2013

Rumah Idaman Untuk Ketenangan & Kebahagiaan


Rumah... Idaman setiap orang untuk memilikinya. Setiap dari kita pasti memasang angan-angan untuk memiliki rumah idaman seperti mana yang tergambar di fikiran akan rekabentuk, suasana, lokasi, keluasan, peralatan, kemudahan dan perhiasan yang diidamkan. 

Namun tidak mudah untuk seseorang memiliki rumah sendiri di kala ini jika ekonomi seisi rumah tidak mengizinkan tetapi tidak mustahil untuk manggapai impian.jika anda terus berusaha.

Di kala ini, tidak kiralah anda tinggal di rumah sendiri atau di rumah sewa mahu pun menumpang... Itulah rumah tempat untuk kita berteduh dari panas dan hujan. Tempat dimana kita dapat beristrirehat melepaskan lelah dan menguruskan diri. Bersyukurlah...

rumah idaman

Rumah yang di hias cantik luarannya pasti memberi bayangan akan rupa isi dalamnya. Jika dari jauh anda dapat rasakan ketenangannya...Pasti duduk di dalamnya juga amat menenangkan. Hiasilah rumah anda agar anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari kedamaian dan ketenangan... itulah nikmat dari pandangan mata terus menusuk ke jiwa...

rumah idaman 
rumah idaman

Rumah perlulah diurus sebaik-baiknya. Jagalah kebersihan dan keindahannya. Tatkala anda dibebani dengan pelbagai masalah di tempat kerja, alangkah tenangnya terasa bila anda pulang kerumah. Reda seketika segala tekanan apabila pulang melihat rumah sendiri yang kemas, bersih dan indah. 

rumah idamanrumah idaman

Tiada tempat sebaik dari rumah yang kita diami untuk mencari ketenangan diri. Ianya adalah tempat pertama yang kita tuju. Walau sejauh mana anda pergi...secantik mana pun ia...pasti  tidak dapat menandingi kehebatan rumah sendiri. Keamanan kedamaian serta keselesaan yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Home sweet home... Mungkin itu salah satu ungkapan yang sesuai...

rumah idaman 
rumah idaman

Rumah dimana tempat anda sekeluarga berkumpul. Tempat dimana anda di kunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai. Tempat dimana anda menyambut keraian dan perayaan. Tempat yang paling selalu anda jejaki... Jangan biarkan rumah anda kesunyian.

Terlalu banyak sejarah yang berlaku dalam kehidupan anda bersama rumah yang anda diami. Segala  kenangan pahit manis bagaikan tercatat di setiap inci ruang dinding. Itulah ikatan yang kita tidak nampak namun dapat kita rasai antara kita dan rumah.

rumah idamanrumah idaman

Rumahku syurgaku, ungkapan yang amat biasa kita dengar. Apakah erti nya rumahku syurgaku... Adakah rumah yang indah, mewah, besar dan lengkap dengan segala keperluan? Atau sebuah rumah yang sederhana dengan sedikit kekurangan tetapi dilimpahi penuh keberkatan dan kebahagiaan penghuninya? Anda pilihlah sendiri... Jika anda dapat kedua-duanya, itulah yang terbaik...

rumah idaman 
rumah idaman 
rumah idaman

Pastikan rumah yang anda diami sentiasa indah dan ceria. Jadikan ianya umpama syurga anda di dunia ini. Tenang tatkala melihatnya... bahagia pula tinggal di dalamnya. 

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila kamu telah menunaikan solat (fardhu/wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah SWT akan menjadikan rumah itu bahagia". (Al-Bukhari).

rumah idaman 
rumah idaman

Jangan pula susah hati jika anda masih belum mendapat memiliki rumah idaman... Berusahalah, namun jika tidak dapat anda miliki...bersyukurlah dengan apa yang anda telah miliki... kerana ada hikmah disebaliknya yang semestinya adalah yang terbaik untuk anda. 

Tidak kiralah rumah bagaimana yang anda diami sekarang ini, hiasilah ia sebaik mungkin. Jagalah ia agar sentiasa terpelihara keadaan dan kebersihannya. Jadikan rumah anda sebuah rumah yang tenang bila di pandang dan bahagia pula tinggal di dalamnya dengan penuh keberkatan.

kek bentuk rumah
Rumah yang cantik...Hmm...pasti enak juga di makan :)
 Terima kasih bersama Relaks Minda. Setiap apa yang anda lihat dan baca di blog ini... Semoga ianya dapat memberi anda sedikit manfaat. Kehadiran anda amat-amat saya hargainya. 

Admin...
Firman Allah Taala, “Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” (az Zariyat:55).

Jumat, 12 April 2013

Post 8 - Menara Jam di Malaysia


Assalamualaikum...

Menara Jam...Satu binaan mercu tanda yang sangat popular di negara ini. Hampir setiap bandar dan pekan mempunyai menara jam yang menjadi mercu tanda atau sebagai peringatan sejarah. Pelbagai bentuk, rekacipta, ketinggian dan kreativiti senibina menara jam di adaptasikan dalam binaan menara jam ini. 

Ianya menjadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong yang ingin bergambar kerana ianya menjadi mercu tanda bagi sesebuah tempat, untuk dijadikan kenangan selain berfungsi sebagai rujukan masa yang mudah untuk dilihat. Menara jam juga menjadi lokasi tumpuan dikala detik 12 malam di malam kemerdekaan mahupun tahun baru. 

Menara jam di Malaysia begitu unik dan menarik kerana terdapat campuran pelbagai karya senibina pelbagai bangsa dan budaya di dalam binaannya. Kita nikmati dan kenali lokasi beberapa lagi menara jam yang terdapat di Malaysia...yang pelbagai rekabentuk dan senibinanya.... Mungkin ianya ditempat anda, maka boleh di kongsikan sedikit informasi buat pengetahuan bersama... 

menara jam
Menara jam Tambatan Diraja di Kota Bharu, Kelantan

menara jam
Menara jam SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur 

menara jammenara jam
Kiri : Menara jam St. George's Girls School, Pulau Pinang
Kanan : Menara jam SMK Taman Ehsan di Kepong, Selangor 

menara jam
Menara jam Taman Bendahara di Pengkalan Chepa, Kelantan

menara jammenara jam
Kiri : Menara jam Taman Alam di Kuala Selangor, Selangor
Kanan : Menara jam di Seremban, Negeri Sembilan 

menara jam
Menara jam Taman Merdeka di Johor Baru, Johor  

menara jam
Menara jam di Taiping, Perak 

menara jammenara jam
Menara jam di Tanah Rata, Cameron Highland.

Jika ada menara jam yang tidak tersenarai di dalam post ini atau yang sebelumnya...silalah e-mail kepada saya gambar dan lokasinya untuk di tambah dalam koleksi menara jam yang ada di Malaysia. Semoga dapat menjadi rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Terima Kasih kerana bersama Relaks Minda...

Anda perlu lihat lagi di sini :
Post 7 - Menara Jam di Malaysia
Post 6 - Menara Jam di Malaysia

Admin...