Tampilkan postingan dengan label Cute and Cool. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cute and Cool. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Pabila Tupai & Murai Bergossip!


Salam.... Entri santai hari ini, sekadar menghiburkan hati...
Relaks Minda anda... :D

Didalam sebuah hutan tinggalnya pelbagai jenis binatang. Mereka hidup aman dan damai. Saling bantu-membantu dan bekerjasama. Apabila hidup dalam satu masyarakat, pasti mereka saling mengambil berat antara satu sama lain. Bila ada sesuatu yang pelik dan menggemparkan, pasti akan menjadi bahan cerita yang hangat. Tidak kurang juga menjadi gossip...

Begitulah kehidupan ini...tidak lepas dari mata-mata yang memandang. Ada yang suka ada yang sebaliknya. Kisah bermula dari pertemuan si Murai dan si Tupai... 

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Murai : "Ada cerita panas hari ini...kau tak tahu ke?"
Tupai : "Cerita apa tu...aku tak tau pun. Cer cite...cer cite..."
Murai : "Aku tak nak cite...kau bacalah sendiri kat suratkhabar."

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Tupai : "Wah! betul-betul panas cerita ni! 
Ini kena cite satu kampung nih!"

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Tupai : "Wahai kawan-kawan semua! Ini ada satu cerita panas! 
Marilah sini semua!"

Pabila Tupai & Murai Bergossip!Pabila Tupai & Murai Bergossip!Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Kawan2 tupai : "Eh...aku dengar sesuatu! Macam best jer...
Cerita apa yang panas tu! Jom kita tengok!"

Pabila Tupai & Murai Bergossip!Pabila Tupai & Murai Bergossip!Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

" Jom! Jom kita tengok!"

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

"Kawan2 semua nak tau! Cerita hangat masa kini!
Zirafah dah berwarna-warni!.. tak percaya! Tengok ni!"

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

"Macam cantik jer... Macam comel jer..."

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Hohoho! ...peeewiiitttt! 

Pabila Tupai & Murai Bergossip!

Ceh!...buang masa aku jer... Kenapa mesti zirafah?!!



p/s: Jangan marah cik zirafah yeee.... :)
Author by Bin Muhammad

Senin, 23 September 2013

Puisi Tunai Impian...


Assalamualaikum... Selamat datang ke Relaks Minda. 
Nikmati hasil nukilan puisi yang pertama kali ku ciptakan. Bukan hendak menandingi kehebatan Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa)...kerana aku bukanlah bijak dan berkebolehan bersastera tetapi sekadar menunaikan impian yang perlu di laksanakan...  Bacalah dengan gaya berpuisi ya... :)

menanti satu penantian

Menanti


Menanti satu kesampaian
 perlu kesabaran
suatu penyiksaan
penuh persoalan
dengan harapan
Menanti sambil menyaksi...

menanti satu penantian

Menyaksi keindahan alam 
warna-warni semulajadi
pertukaran suasana
perubahan keadaan
Menyaksi sambil menghayati...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Menghayati alunan mengasyikkan
bayu menyegarkan
kehangatan bahang
keanehan kehidupan
Menghayati aku mengagumi...

menanti satu penantianmenanti satu penantianmenanti satu penantian

Mengagumi kebesaran Ilahi 
keagungan Maha Pencipta
kekuasaan Maha Esa
Allah SWT yang satu
Mengagumi lalu mensyukuri...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Mensyukuri merasai kedamaian
menikmati kehidupan
kurniaan keamanan
anugerah kesejahteraan
Menyukuri akan penantian

menanti satu penantian

Penantian yang menanti
Menanti ketibaan yang di nanti
Menanti dan terus menanti
Penantian terhenti setelah dihisab nanti.

menanti satu penantian

Semoga Cik Matahari berpuas hati kerana permintaan beliau dalam Segmen Khas telah saya tunaikan.


JIN - "Puisi dan sajak warisan bangsa, kesusasteraan cabang nukilan rasa...Fuyooo!!..Aku pun dah pandai wooo, hahaha...Puisi BM tak bagus..."
BM - Semoga anda dapat menghayatinya, hasil nukilan dari saya yang tidak berbakat dan berilmu dalam sastera bersajak dan berpuisi ini. Apa komen anda? 

Admin...

Sabtu, 14 September 2013

Kisah Minah, Fifi dan Gojes


Kemanalah si Minah ni pergi... Buang air besau kot. Tak pe lah, tak kemananya dia...nanti baliklah tu. Aku pun layan Fifi sampai terleka yang Kiah Propa dok memanggil kat TV9. Segera aku masuk kedalam rumah meninggalkan Fifi yang sedang seronok bermain bola pingpong.

"Macam mana bang.. Ok ke kucing2 tu?" Isteri aku menyapa. "Oklah kot...tapi si Minah tu macam merajuk aje" Perbualan pasal kucing terhenti di situ sahaja. Aku layan blog sambil mengadap tv...Apa lagi, blogwalking lah ke blog-blog korang le sambil suara Kiah Propa yang terpekik-pekik menerjah ke telingaku.

Bagi yang tertanya-tanya tiba-tiba masuk intro aje ni boleh lah ke Entri INI. Baca kat situ dulu ye...Dah khatam baru mai balik sini.


Ayoyo! Banyak Bising!
Dalam asyik melayan blog apatah lagi singgah pula ke Blog OKje...memang bikin ceria. Tiba-tiba terdengar bunyi kucing menjerit berkelahi! Apalagi...terus aku bingkas bangun terus keluar rumah. "Bang! Fifi dengan Minah bergaduh ke?" tanya isteriku.  Aku dengar suara kucing sedang rancak berkelahi di rumah jiran sebelah.

Aku segera melihat keliling mencari si Fifi. Yang ada cuma si Minah aje sedang relaks sambil menjilat-jilat bulunya. Reaksinya macam takde apa je yang berlaku. Pelik juga...selalunya bila kucing berkelahi, dialah yang kecut, terus menyorok. "Minah ada ni, tapi Fifi tak jumpa la" Dalam hati dah berkata-kata...mesti Fifi yang berkelahi di rumah sebelah ni.

Pagar batu jiran sebelah rumah aku ni tinggi, memang tak nampak dari rumah aku. Kena keluar ke pagar depan baru boleh nampak. "Abang pergilah tengok...mesti Fifi tu.. mesti dia kena pukul..." Suara sedih isteri ku memujukku. Dalam pada itu aku pun dengar suara jiran aku sedang terjerit-jerit menghalau kucing yang sedang berkelahi.

Aku pun keluar pagar dan menjengah di depan pagar jiran sebelah. Tiba-tiba ada sesuatu melanggar kain pelikat aku. Dah kat rumah, biasalah waktu malam berkain pelikat kan.

Rupanya si Fifi!! Seekor lagi kucing warna kuning sedang mengejarnya. Belum sempat aku tangkap Fifi dia terus berlari laju menghala ke arah padang dihadapan rumah. Kucing kuning tu terus mengejarnya. "Ayoyo! Ini kucing banyak bising. Gadoh-gadoh! Sapa kucing punya..banyak kacau!" Seorang lelaki India berperut buncit datang dan mengadu pada aku. "Tak tahulah Ane... Kucing liar kot." Tapi dalam hati aku, takkan nak cakap kucing aku punya...mampus aku kalau dia tahu. Kucing punya pasal...tak pasal-pasal aku pulak yang kena pelangkung, huhu...

Aku pun segera ke padang. Dalam gelap aku cuba juga lihat keliling...tidak nampak atau kedengaran lagi bunyi kucing berkelahi. Aku pusing-pusing sekitar padang namun tetap tidak kelihatan kelibat Fifi. Sahlah... Fifi sudah lari hilang entah kemana... Dengan langkah perlahan, aku pun pulang ke rumah sambil berfikir, "Apalah aku nak cakap kat bini aku ni...mesti dia sedih."

Minah dan Gojes
Kelihatan si Minah menanti di depan pagar...nampak saja aku dia terus bergesel manja di kaki ku. "Fifi dah hilang.. Minah, sukalah ko" Aku terus berjalan masuk ke dalam rumah. "Fifi ke bang yang berkelahi? Mana dia?...Bang! Fifi mana?" Tanya isteriku berulang kali. "Ya...Tapi Fifi dah lari kena kejar kucing kuning...kemana ntah, tak jumpa." "Kucing kuning jantan tu lah agaknya...Pakwe si Minah, si Gojes! Mesti Minah mengadu ni... Alaaa, sayang kucing tu, comel. Kejap je dapat pegang....dah hilang." Rintih isteriku.


Aku baru teringat kucing kuning jantan tu. Ya!...ia selalu datang bertandang mengorat si Minah. Bini aku gelar dia si Gojes. Mungkin benar agaknya si Minah ni mengadu pada si Gojes pasal Fifi... Patutlah aku lihat si Minah semacam aje, kucing berkelahi pun dia relaks aje. Eh...kucing pun boleh buat macam tu ke??

"Mungkin Fifi hanya pinjaman seketika untuk kita. Kalau sayang tak bawa balik, mungkin dia mati kebuluran. Kalau ada rezeki dia bersama kita...esok2 pulanglah Fifi tu, jika tak ada...redha saja ye. Dah besar pahala sayang bawa dia pulang dan beri makan tu..." Aku memujuk isteriku...

Seminggu sudah berlalu, Fifi masih jua tidak kelihatan...


p/s: aku menanti sehingga ke hari ini sambil mengharap agar Fifi pulang untuk aku terus menyambung kisah ini tapi nampaknya ianya hanya berakhir disini sajalah... Gambar Fifi pun aku tak ada...

(Jangan lupa esok, 15/9 jam 9.00pm...Segmen Khas Relaks Minda akan bermula....)
Admin...

Minggu, 08 September 2013

Kisah Minah, Fifi Dan Fafau


Petang Jumaat yang nyaman, dapat pula balik rumah awal, merdeka rasanya... Orang rumah pula belum balik lagi. Hmm, terbayang nak makan apa malam ni. Tak kisahlah...masak nasi dulu nanti pandailah dia masak lauk. Sedang asyik membasuh beras (ikut sunnah tu...basuh beras kacau arah lawan jam)  Tiba-tiba terdengar jeritan..."Abang! Abang!" Apahal pulak ni...bagi salam pun tidak tiba-tiba dengar isteri aku menjerit memanggil di depan pintu


"Abaaang...cepat la!"  Beras pun tak siap basuh...Bergegas aku ke muka pintu. "Tolonglah tengok dalam kereta tu..." Apahal pulak ni...pelik, konfius aku di buatnya. "Ada alien ke?" Sempat pula melawak...


Si Comel

Aku pun segeralah ke kereta dan terus buka pintu kereta. "Sayang! Takde apa pun!" "Ada...cuba tengok kat bawah kerusi" Laa...tu dia! Rupanya seekor kucing. Memang comel, warna kelabu berbelang putih. Tak kecil sangat, agak-agak dalam usia remaja la...

Baru aku teringat, semalam isteri aku ada cerita di tempat keje dia ada seekor kucing, tak tahu dari mana datangnya, mungkin orang buang kot. Comel sangat...dia nak bawak balik. Aku kata tengoklah esok kalau ada lagi maknanya memang tak de sapa punya, terpulanglah. Rupa-rupanya hari ini betul-betul dia bawa balik!


Kenalah aku layan kejap kucing tu. Orang kata kalau bawa balik kucing...kena pusing kucing tu kat tiang rumah 7 kali untuk mengelakkan dia hilang. Betul ke? Kat rumah aku ni mana lah ada tiang. Nak pusing apa? Takkan nak pusing pasu bunga kot...haha! Lupakan...

Aku bagilah ia makan. Aku memang ada seekor kucing, nak tengok kat SINI. Aku panggil ia Minah...Ye la, Minah!...sebab ia betina. Tiba-tiba muncul lah si Minah ni (pantang sebut nama...mesti muncul kan) Maka salam berkenalanlah kedua-dua kucing ni. Eh...lupa nak bagi tau, kucing baru ni pun betino juga. Mula-mula tu macam Ok...tapi tak lama selepas tu, si Minah mula tunjuk garang, nak gaduh la pulak...


Aku pun pukul manja kat si Minah. Si Minah pun diam, tapi asyik aim je kat kucing baru ni. "Jeles kot" hati ku berkata. Kucing pun tau jeles ke? Ala...ia pun punya hati dan perasaan juga,,,ye tak. Aku biarkan mereka berdua di luar. Aku memang tidak benarkan kucing masuk  dalam rumah...Tempat Minah pun di luar aje, ada tempat khas untuk dia.

Minah, Fifi Dan Fafau

Lepas maghrib, aku pun makan malam bersama siapa lagi...takkan dengan kucing kot, dengan isteriku lah. Sambil enak menjamu selera, aku pun tanya..."Apa nama kucing tu?" Spontan jer jawab isteriku, "Fifi" Hehe...ketawa aku, "Fifi tu tak sesuai le...jantan pun tak, betina pun bukan, Fafau kenalah!" Dia tetap nak panggil Fifi juga...suka hati lah.

Selepas makan aku siapkan makanan untuk kucing lalu bawa keluar. Elok pula si Minah ni, tadi macam nak gaduh jer...tapi mereka duduk berjauhan lah. Bila aku keluar aje, si "Fifi"....(geli sebenarnya aku nak panggil nama "Fifi" nih) terus mengiau manja dan bergesel mesra di kaki ku. Si Minah jeling jer dari jauh. Aku bagilah makan untuk Fifi dan sebahagian lagi aku bagi pada Minah.


Lahap gila si Fifi ni makan...tadi baru je makan, tapi masih lapar lagi. Kesian...mungkin seharian tak makan kot. Minah makan juga tapi nampak seperti kurang berselera...matanya asyik merenung tajam jer kat Fifi... Aku tau la, sebab aku perhatikan...gelagat mereka ni.

Selesai makan aku layan si Fifi ni main. Memang di usia tengah ligat bermain. Seronok pula aku. Berlari kesana sini lebih-lebih lagi bila aku bagi bola pingpong. Memang layan giler tengok si Fifi ni main sendiri. Dalam pada itu, aku perasan...di satu sudut pula, si Minah duduk diam sambil merenung saja gelagat Fifi. Kesian pula aku tengok, aku pun usap-usap manja si Minah. Tak lama lepas tu si Minah keluar dari pagar dan hilang dari pandangan... (bersambung.....)


p/s: ada ke yg berminat nak tahu kisah selanjutnya?
Admin...

Jumat, 16 Agustus 2013

Aksi dan Gelagat Kucing


Pelbagai aksi kucing di rumahku dan di kampung... Seronok dan terhibur melihat gelagat mereka...Kebanyakan daripada kucing-kucing ini sudah tiada lagi, hanya gambar sebagai kenangan. Kini ada seekor sahaja yang tinggal di rumahku. Di kampung pula adalah lagi 4 ekor...peneman ibu bapa di kampung.

Anda saksikanlah gelagat kucing-kucing ini...

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada zaman dahulu kala, ada seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadat kepada Allah SWT. Siang dan malamnya hanya di isi dengan pelbagai bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua orang kagum dengan ibadah yang dilakukannya. Semua orang berkata dalam hati bahawa dialah salah seorang ahli syurga di akhirat kelak dan terlepas dari segala siksa kubur.

Namun apabila hamba Allah ini telah meninggal dunia, maka bermimpilah salah seorang dari jirannya. Didalam mimpi tersebut, jiran hamba Allah ini melihat dia sedang disiksa dengan azabnya oleh Allah SWT di dalam api neraka! Jiran tersebut amat hairan lalu bertanya, "kenapakah dia menerima azab sedemikian rupa?", lalu di jawablah hamba Allah ini, "Sesungguhnya aku diazab kerana seekor kucing yang dikurung oleh ku tanpa di beri makan hinggalah kucing itu mati kelaparan akhirnya."

 
 
 
 
  
 
 
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. 

Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

  
 
 
 
 
 
  
Tiada siapa menafikan, kucing binatang yang bersih dan kesayangan Rasululah SAW, tapi kepada yang bela kucing tu...jagalah kebersihan kucing anda. Ajarilah kucing anda agar membuang najis ditempat yang sediakan atau jauh dari kediaman agar tidak mengganggu keamanan jiran-jiran anda. 

Ada yang kata membela kucing ni...murah rezeki! Ye ke? 

Inilah kucing ku... Si Minah



Admin...