Tampilkan postingan dengan label Peribadi dan Blog. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Peribadi dan Blog. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 Januari 2014

Salam Maulid Rasul 1435H


Assalamualaikum....
Salam Maulidur Rasul 1435H. Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW ...Berbanyakkanlah berselawat. Sesungguhnya hanya baginda insan terpilih yang terbaik dikalangan yang terbaik. Bersama kita menyambut hari ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Salam Maulid nabi muhammad saw 1435H
Add caption

Sambutan Maulidd Rasul

Rasulullah SAW pernah bersabda:
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul

  1. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
  2. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
  3. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Selamat Hari Menyambut Maulidd Rasul 1435H dan Terima Kasih ...


Minggu, 12 Januari 2014

gunakan waktu liburmu dengan sebaiknya


Jangan Marah! Inilah Puncanya...Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Selamat berhari minggu. Ada yang bercuti ada juga yang bekerja. Apa khabar sahabat semua, semoga dalam keadaan sihat dan ceria disamping insan-insan tersayang. 

Hari minggu hari tak dapat online. Maaf kerana tak dapat blogwalking dan beramah mesra bersama sahabat dihujung minggu ini. Tiada entri baru...dah malam baru dapat 'published post'.

Maafkan saya bukan sengaja...diharap alasan ini boleh diterima, nak buat macam mana....lihatlahhhh...apapapuntakbleh  :)


-----------------------------------------------------------------------

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Jangan Marah! Inilah Puncanya...

Terima kasih bersama nur laili. Insyaallah... Esok saya akan terjah! :D


Senin, 30 Desember 2013

Senarai Bloglist Relaks Minda 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas dan dapat mencoretkan coretan yang mungkin buat kali terakhir untuk tahun 2013 ini. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan pengunjung Relaks Minda. Peluang mengenali rakan-rakan blogger adalah satu peluang yang sangat berharga buat saya. Jalinan ukhwah yang terjalin walaupun tanpa jasad dan rupa tapi ikatannya sangat erat. Sokongan dan kunjungan anda, begitu juga semua silent readers memberi peransang dan semangat untuk saya terus berada di komuniti blogger di alam maya ini.

Senarai Bloglist Relaks Minda 20142014 bakal menjelang tiba hanya beberapa jam lagi. Semoga ianya memberi lembaran baru yang membawa lebih kebaikan dan kecemerlangan buat anda..."Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini." Apa jua azam yang anda sematkan di jiwa, semoga ianya dapat dicapai dan dipermudahkan... Insyaallah.

Senarai Bloglist Relaks Minda 2014

Sebelum anda melihat senarai Bloglist terbaru untuk Relaks Minda, Jutaan terima kasih diatas segala komen dan pandangan anda. Teramat-amat saya hargainya...  Memang sukar untuk memenuhi dan memuaskan hati semua orang. Insyaallah...saya akan perbaiki kekurangan dan cuba yang apa yang terdaya untuk memberi yang terbaik.

Berikut adalah senarai Blog yang akan menghiasi Bloglist Sahabat bermula 1.1.2014

Senarai Bloglist Relaks Minda 2014
Top Komentor Dis 2013
Top 10 komentor Disember 2013 (sehingga 30/12/2013)
1.   Pha Is
2.   Tetamu Istimewa
3.   Khir Khalid
4.   Kathy R'bain
5.   Muhammad Khairuddin Lim
6.   Mizz Aiza
7.   Mieza Jhaa K
8.   Raudzah Z
9.   baby comel
10. hainum OKje

5 Blog Mentor/Pilihan
1.   Denaihati
2.   Kujie2
3.   Inilah ceritaku
4.   Panduan Blogger
5.   Titisan Nurani


Pilihan dari komen entri Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014
(Hanya komen yang mengikut syarat yang ditetapkan dipilih iaitu memberi pandangan anda terhadap Blog ini. Keduanya...mestilah blog yang aktif menerbitkan entri. Dengan itu... 18 pengomen memenuhi syarat2 ini. Walaupun asalnya hendak 10 blog sahaja... dengan senang hati saya meletakkan kesemua yang tersenarai dalam Bloglist Sahabat....)
  1. Cik Matahariku
  2. Norhasniza Khalid
  3. EB
  4. Nao Mei
  5. Ummiarissa Mahdi
  6. Izan Mama Mia
  7. Yana Yani
  8. Aku Penghibur
  9. Asmar Arafad
  10. Zawiah
  11. Kak Tie
  12. Muhamad Wafi Remli
  13. Mohd Selim Zainal
  14. Bahrain
  15. yang baik Ishak
  16. Mia Liana
  17. kakiblog
  18. Shaiful Zaidi

8 Blog pula tetap tersenarai di My Bloglist (page dibawah header).
(Terima kasih kerana sudi memberi komen walaupun tidak memenuhi syarat)
  1. Bunda
  2. Kamsiah
  3. Asyifa Mustaffa
  4. Paridah
  5. Kakizan Omar
  6. Aisya Leiza
  7. acik idah
  8. Tarmizi

Dengan ini sebanyak 33 Blog kesemuanya akan berada didalam senarai Bloglist Sahabat. (akan dikemas kini sedikit demi sedikit...Insyaallah selesai sebelum 1.1.2014) Terima kasih semua...Teruskan bersama Relaks Minda.

Happy New Year!
Selamat Menanti Kehadiran Tahun Baru 2014!

p/s: Diharapkan yang tersenarai dapat bermurah hati juga meletakkan Blog Relaks Minda (relakssminda.blogspot.com) di dalam Bloglist anda... Terima kasih

Author by Bin Muhammad

Minggu, 29 Desember 2013

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pencarian Bloglist - Mulai 1 Jan 2014... Blog Relaks Minda akan membuat kemas kini senarai link blogger di Bloglist Sahabat. Hanya 25 Blog yang akan berada di widget sidebar ini. 

10 daripadanya dipilih daripada senarai 10 teratas Sahabat Paling Mesra (top komentor) sepanjang bulan Disember 2013 (Ingat...senarai ini akan ada turun naik dan hanya 10 teratas pada 30 Dis 2013 tepat jam 12.00 malam sahaja yang terpilih...masih ada masa untuk anda berada didalam senarai ini). 5 blog pula adalah pilihan saya (blog mentor/pilihan)

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014

Dan masih ada lagi 10 senarai blog yang masih terbuka untuk diletakkan di Bloglist Sahabat sekiranya anda tidak tersenarai dalam 10 top komentor bulan Disember 2013. Jika anda blogger aktif dan berminat untuk url blog anda berada di senarai ini, caranya mudah sahaja...

Anda hanya perlu komen di entri ini dan berikan pendapat anda : 
"Apakah kisah, topik, kategori, pembaharuan atau penambahbaikan yang anda ingin dan rasakan perlu untuk Blog Relaks Minda di tahun 2014?" 
Satu pendapat sudah mencukupi tapi kalau ada lebih lagi bagus. Idea yang bernas dan menarik akan terpilih untuk disenarai di Bloglist Sahabat. Jangan lupa letakkan url blog untuk memudahkan saya menjejaki anda semula. Penyertaan ditutup pada 30 Dis 2013 jam 12.00 malam.

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014Blog yang terpilih nanti akan berada di Bloglist Sahabat minimum selama 2 bulan atau sehingga pencarian bloglist terbaru dilakukan.

Syarat penyertaan : 
  • Terbuka kepada semua Blogger Malaysia sahaja. 
  • Blog 18 SG/SX dan berkaitan dilarang sama sekali. 
  • Blog politik tidak dibenarkan.
  • Blog promosi sama ada barangan, perkhidmatan dan yang segala yang berkaitan dengannya juga tidak dibenarkan. 




Author by Bin Muhammad

Senin, 09 Desember 2013

Artikel Popular & Pilihan Terbaik 2013 - Bahagian 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Anda telah lihat artikel popular dan pilihan terbaik 2013 pada entri sebelum ini. Jika belum sila ke sini : Artikel Popular & Pilihan Terbaik 2013 - Bahagian 1. Kini kita teruskan pula pada bahagian 2 yang memaparkan kategori seterusnya.

Seperti yang telah di maklumkan sebelum ini, Artikel Popular 2013 adalah berdasarkan jumlah view tertinggi dalam setiap kategori, manakala Artikel Pilihan Terbaik 2013 adalah atas pilihan artikel kegemaran saya. Jika anda ada pilihan sendiri, silalah komen.

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013 di Relaks Minda

Jangan lupa klik untuk lihat artikel sepenuhnya dan anda lihat dan nilaikannya sendiri. Adakah artikel-artikel ini juga pilihan anda? Klik juga Tajuk Kategori untuk melihat semua artikel yang berkaitan. 

Kategori "Masjid"

Kembara Masjid - 4 hari 3 malam di Pantai Timur

Kategori "Motivasi Dan Teladan"

ketenangan kekuatan menempuh tekanan dugaan
Ketenangan beri kekuatan dalam menghadapi tekanan dan dugaan

Kategori "Peribadi Dan Peraduan"

Setahun sudah berlalu - Blog Relaks Minda

Kategori "Perjalanan Ku"

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor
Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor

Kategori "Ragam Manusia"

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya
Bermain Meriam di Hari Raya

Kategori "Relaks"

Nikmati Keindahan Taman Bunga

Kategori "Seni Kreatif"

Lubang pelik di jalanan

Kategori "Taman"

Keindahan halaman rumah

Kategori "Wordless Wednesday"

terpedaya dengan gambar pemandangan
Tipah tertipu! - Tasik atau tembok?

Inilah senarai artikel-artikel popular dan pilihan terbaik di Relaks Minda bagi tahun 2013. Terima kasih kepada semua sahabat dan pengunjung Relaks Minda kerana sentiasa menyokong. Anda semua amat-amat saya hargai. Semoga terus bersama sehingga ke Tahun 2014 dan seterusnya...Insyaallah, jika diizin Allah...

Ingin lihat semula : Artikel Popular & Pilihan Terbaik 2013 - Bahagian 1
Anda juga boleh ke Page Kategori di bawah header untuk melihat semua Kategori di Relaks Minda.

Admin...

Minggu, 08 Desember 2013

Artikel Popular & Pilihan Terbaik 2013 - Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Artikel santai di hujung minggu ini memperlihatkan kepada anda akan artikel-artikel popular dan terbaik 2013 untuk setiap kategori di Relaks Minda. 

Artikel Popular 2013 berdasarkan jumlah view manakala Artikel Pilihan Terbaik 2013 pula bukanlah terbaik sebenarnya (tidak layak diri sendiri menilai kualiti entri sendiri) tapi ianya adalah artikel pilihan kegemaran saya sendiri...


Artikel Popular & Pilihan Terbaik 2013 di Relaks Minda

Oleh kerana terdapat banyak Kategori, maka saya pecahkan topik ini kepada 2 bahagian. Klik Tajuk Kategori untuk melihat semua artikel yang berkaitan. 

Kategori "Binaan"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Rumah Idaman Untuk Ketenangan Dan Kebahagiaan

Kategori "Bunga Dan Buah"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Hobi Belek Bunga Rumput

Kategori "Creative"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu

Kategori "Cute and Cool"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Zaman kanak-kanak generasi X

Kategori "Ilusi"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Wajah-wajah Ilusi

Kategori "Informasi"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang semakin buruk

Kategori "Keindahan Alam"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Cermin alam untuk cerminan diri

Kategori "Kitar Semula"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Kreativiti kitar semula - aktiviti menarik dan berbaloi

Kategori "Komen Entri"

Artikel Popular dan Pilihan Terbaik 2013
Dilema puasa sunat 9 & 10 Muharram

Jika anda belum terjah artikel-artikel ini... Kunjungan anda amat di alu-alukan. Lihat dan nilaikanlah sendiri artikel tersebut sama ada ianya layak menjadi artikel popular dan pilihan terbaik 2013 di Relaks Minda. Apa pula artikel Pilihan Terbaik anda di Relaks Minda?
Anda juga boleh ke Page Kategori di bawah header untuk melihat semua Kategori di Relaks Minda.


Admin...

Jumat, 29 November 2013

Banyaknya CPUV Nuffnang! Murah Rezeki!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam di hujung minggu.
Entri ini bukan untuk bermegah, bangga diri atau membuat anda semua cemburu...
tetapi ia sekadar penghargaan buat Nuffnang!

Banyaknya CPUV Nuffnang

CPUV Nuffnang

Kalau anda rasa sukar untuk mendapatkan iklan kempen CPUV ini tapi ketahuilah,
Nuffnang sungguh bermurah hati dengan ku!
Begitu banyak sekali memberi iklan kempen CPUV kepada Blog Relaks Minda. 
Syukur... Murah rezeki kurniaan dari Allah, Alhamdulillah.
Terima Kasih le Nuffnang...

Macam banyak jer... eh... Macam sikit jer...

Banyaknya CPUV Nuffnang 
Jumlah = RM ............. (anda kiralah sendiri)


p/s: Apa pun...sabor je la dengan Nuffnang ni!  Kau ada...?!  huhuhu... 
(....Sekali klik lagi banyak masyuk dari dapat iklan CPUV ni! Jadi... kpd yang tak dapt iklan CPUV ni, janganlah susah hati...)

Admin...

Rabu, 06 November 2013

Hidup Bermasyarakat? Macam Mana Ni?


Hidup Bermasyarakat

Kita tinggal dan hidup bersama dalam sebuah kelompok masyarakat, pasti kita perlu juga melibatkan diri dengan masyarakat, sekurang-kurangnya dengan jiran-jiran bersebelahan.

Hidup kita ini saling perlu memerlukan... Jika tidak masakan berjemaah itu besar ganjarannya dari ibadat bersendirian.

Persoalan mulai timbul apabila dalam kehidupan bermasyarakat kini, ada segelintir insan-insan yang tidak mahu bergaul bersama. Mereka lebih pentingkan hal masing-masing. Mereka di dunia mereka tanpa menghiraukan sesiapa dan keadaan di sekeliling. Bukan hanya berlaku di Kondo-kondo mewah...tetapi juga di perumahan rumah murah!

Kenapa mereka harus bersikap sedemikian? Adakah mereka hanya cukup dengan kehidupan bersosial sesama rakan sekerja dan saudara mara? Adakah ini salah didikan, pengalaman silam atau kurangnya pengetahuan? Atau Mungkinkah kerana sifat malu yang keterlaluan?


Lupakan mereka yang berbeza bangsa dan agama, lihatlah kepada mereka yang sebangsa dan seagama.... Adakah mereka ini anda? Atau...  Adakah mereka ini ada tergolong di dalam komuniti masyarakat anda?

Pendapat Anda

Kini saya inginkan pendapat dari anda...

Jiran di sebelah rumah anda hendak mengadakan majlis kenduri kahwin. Jiran anda ini pula tergolong dalam golongan yang tidak bercampur dengan masyarakat. Dengan anda pun sesekali adalah terserempak dan sekadar senyum dan angkat tangan sahaja.


Anda tahu... melihat pada persiapan yang di lakukan bahawa majlis kenduri kahwin tersebut semakin hampir harinya tetapi anda masih tidak mendapat sebarang jemputan sama ada dari jemputan mulut mahu pun kad undangan. Dari pengetahuan anda pula... ada sebahagian dari masyarakat setempat yang 'terpilih' telah menerima kad undangan.

Bukan anda kesah sangat pasal jemputan tersebut...tetapi cuba bayangkan situasi anda di rumah ketika hari tesebut. Sanggupkah anda menyorok dalam rumah sahaja sepanjang tempoh majlis berlangsung?

Apa yang harus anda lakukan?


Dan kemudian berlaku pula situasi berikut....

Seperti biasa anda pulang kerja pada petang hari Jumaat, tapi kali ini anda terpaksa 'parking' kereta jauh sedikit dari rumah dan di tepi jalan sahaja sebab di hadapan rumah anda sudah terdirinya khemah dan siap bersusun kerusi meja. Macam 'magic' jer...Masa pergi kerja pagi tadi tiada pun. Tanpa minta izin pula tu, ahh! tak apalah...bukan selalu pun.


Dengan segera anda masuk ke dalam kawasan rumah. Di jeriji pintu rumah terselit satu kertas berwarna merah. Benar sekali telahan anda, ianya adalah kad jemputan kenduri kahwin dari jiran sebelah. Majlis kenduri tersebut pula akan di adakan pada hari Sabtu...Ya! pada keesokan hari!

Macam mana ni?


Admin...

Senin, 04 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H


"Bismillahirrahmanirrahim.."
Salam Maal Hijrah 1435 dari relaks minda

Assalamualaikum... Salam Maal Hijrah 1435H.
Selamat Menyambut 1 Muharram di Tahun Baru Hijrah
Buat semua umat Islam di mana jua anda berada.
Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah SWT.

Salam Maal Hijrah 1435 dari relaks minda

"Orang yang berhijrah adalah orang 
yang menjauhi apa yang di tegah oleh Allah SWT 
dari melakukannya"
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim 

Salam Maal Hijrah 1435 dari relaks minda

"Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf
andai ada sebarang salah dan silap mahupun kekhilafan sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja dari penulisan artikel atau balasan
komen yang menyinggung hati dan perasaan anda."
Ikhlas dari saya, Bin Muhammad 

Salam Maal Hijrah 1435 dari relaks minda

Semoga kehadiran Awal Muharram ini memberi sinar baru buat kita semua.
"Terima kasih kerana bersama Relaks Minda."


p/s: selamat bercuti dan semoga bahagia bersama keluarga tersayang. Selamat berpuasa...
Admin...