Selasa, 09 Oktober 2012

Keindahan air terjun...

Alam ini penuh dengan keunikan. Salah satu darinya adalah air terjun. Air terjun adalah air yang mengalir dan jatuh dari tempat yang tinggi. 

Antara air terjun terkenal di dunia adalah Air terjun Angel merupakan air terjun tertinggi di dunia yang memiliki ketinggian 979 m (3.230 kaki) yang terletak di Venezuela dan Air terjun Victoria iaitu air terjun terbesar di dunia, berada di sungai Zambezi pada perbatasan Zambia dan Zimbabwe.

Nikmati keindahan beberapa air terjun yang pasti memikat pandangan mata dan mengasyikkan. Relaks....sambil mengagumi keagungan Ilahi yang berkuasa mencipta keindahan ini buat kita...

 
 
 
 
 
 
Kawasan air terjun tidak kira dimanapun mempunyai keindahan tersendiri. Suasana yang yang nyaman dan segar sambil melihat air yang mengalir di celah-celah batuan lalu jatuh menghasilkan iramanya amat menenangkan hati dan minda. Keindahan yang mempersonakan mengingatkan kita betapa besarnya anugerah Allah kepada kita...Syukur Alhamdulillah...

Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...

Kreativiti dan idea manusia tidak pernah terbatas. Setiap masa ada sahaja rekaan baru tercipta. Rekaan baru di cipta membuatkan segala pekerjaan semakin mudah dan cepat. Ada juga ciptaan yang di cipta untuk menjimatkan masa dan ruang. 

Berikut beberapa rekaan dan kreativiti manusia terhadap kerusi...

idea rekaan kreatif
Rekaan kerusi pelbagai guna.... Sangat mengujakan!

idea rekaan kreatif
Rekaan kerusi umpama puzzle yang memudahkan untuk disusun.

idea rekaan kreatif
Kerusi 2 dalam 1....

idea rekaan kreatif
Umpama bungkah-bungkah lego... Boleh di ubah suai menjadi pelbagai kegunaan...

idea rekaan kreatif
Kerusi dan meja yang boleh di simpan di tempat yang minimal...

idea rekaan kreatif
Umpama kuntuman bunga yang mekar...idea yang menarik!

idea rekaan kreatif
Sofa umpama transformer... Dari sofa bertukar menjadi katil 2 tingkat

idea rekaan kreatif
Untuk atuk yang suka mebaca cerita untuk cucu-cucunya..

idea rekaan kreatif
Amat kreatif.... Kerusi dari pokok! 

Doa ku agar anda sentiasa berdoa...

Jika kita selalu meminta dengan sesama manusia pasti suatu hari kita akan dimarahi, diherdik dan sebagainya. Kita juga akan di benci dan dihina.

Tapi jika kita sentiasa meminta dengan Allah...Allah akan lebih kasih dan sayang kepada kita. Minta lah apa sahaja yang baik dari Allah. Mintalah dengan berdoa. Berdoalah sepanjang masa kerana Allah tidak pernah jemu mendengarnya... 

Antara doa-doa mudah yang boleh kita amalkan...












Jangan berasa takut atau malu untuk memohon dan berdoa dengan Allah. Dengan berdoa kita akan menjadi lebih dekat kepadaNya... Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang.... 

Terima kasih kepada pemberi info...doaku semoga anda mendapat ganjaran dari Allah..

Admin...

Senin, 08 Oktober 2012

Kelakar...pelik tapi benar!

Relaks minda seketika... Lupakan segala kegusaran dan masalah. Kita lihat gelagat yang kelakar dan pelik tapi benar, manusia dan motorsikal...


Kasihan perempuan tu...sekali imbas macam lucah jer aksinya...

Manyak busat ini motor... Siap ada tengkorak kerbau di hadapan. Memang padan pun dengan penunggang dan penumpang...kalau motor kecik pasti tak bergerak!

Nasib engkau lah lembu....

Payah gak nak membelok ni.... 

Aksi ni memang kelakor...kasihatnye lah makcik kat belakang tu, macam nak tercicir jer...

Sudah ketandusan idea....

Motor bawak motor...

Pelik tapi benar...kalau nak gelak silakanlah...



Masjid di Negeri Perak

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.


Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00


Masjid Ihsaniah Iskandariah terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar.


Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938. 

Keunikan masjid ini dapat dilihat pada rekabentuk binaannya yang menyerupai seperti sangkar burung. Istimewanya masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang. 

Terdapat 20 tingkap berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti bumbung rata yang tidak terpengaruh dengan bumbung Istana Kenangan yang mempunyai ‘satah’ kecerunan yang sangat ketara.


Masjid Panglima Kinta ini dibina oleh Dato’ Panglima Kinta sempena memperingati isterinya yang telah meninggal dunia.


Masjid ini juga dikenali dengan nama 'Masjid Tengah'. Ia terletak di Jalan Masjid, Ipoh iaitu di tepi tebing Sungai Kinta dan berdekatan dengan Jambatan Sultan Iskandar. 

Melihat bangunan masjid ini, ia telah direkabentuk dengan menggabungkan senibina Mogul dan Neoclassical. Ia memiliki dua menara, anjung dan kubah batu di sebelah timur. Menurut catatan sejarah, masjid ini yang pertama sekali didirikan di Ipoh iaitu pada tahun 1898 Masihi. 


Pergunungan yang Indah...

Alam ini dicipta dengan pelbagai rupa bentuk. Dari gunung, bukit, daratan, tasik,sungai hinggalah ke laut. Kepelbagaian rupa bentuk membentuk persekitaran yang berbeza-beza. Setiapnya mempunyai keindahan yang tersendiri....Begitulah indah dan uniknya alam ciptaan ilahi ini. 

Nikmati keindahan kawasan pergunungan dan bukit yang membentuk keindahannya yang tersendiri. Relaks dan santai sambil mengagungi kuasa ilahi....Subhanallah... 

keindahan pergunungan yang memukau....

Nikmati santapan sambil menikmati suasana di pergunungan. 

Gunung dan laut bertemu....Santai sambil menikmati bayu laut... 

 Tempat yang pasti ingin anda nikmati.... Ternyata kedamaian dan ketenangannya

Berehat sambil menikmati keindahan pergunungan yang memukau pandangan

Sungguh nyaman, tenang dan damai... Tempat tinggal yang menjadi idaman setiap insan. 

Keindahan alam di pergunungan memukau pandangan, memberi ketenangan minda. Sungguh besar anugerah Mu..ya Allah!
 Gunung-ganang dan bukit bukau...kaulah paku alam, andai kau tiada hancurlah dunia ini.


Admin...

Creative Advertisement...Plastic Bag 2

 Pengiklanan di beg plastik dengan gambar yang kreatif.... Idea yang kita sendiri pun tidak terfikir.


Dah macam bawak pistol...nanti ada yang menjerit pulak! 


Aduh!! tangan kena gigit! 


Iklan ape ye...gantung diri ni... 


Kreatif gambar beg ini...mesej tempat gim nya sampai...