Tampilkan postingan dengan label Seni Kreatif. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Seni Kreatif. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Juni 2013

Relaks di Hari Minggu


Main harmonika sambil berlagu,
Buat menemani batin tersiksa,
Relaks seketika di hari minggu,
Esok kembali kerutin biasa.

gambar bergerak
Jom belek surat khabar..

Assalamualaikum... Selamat Bercuti di Hujung Minggu  :) 
Apa aktiviti anda di Hari Minggu ini?

Teknik menarik gambar yang bergerak ini di kenali dengan nama cinemagraph. Biasanya ianya menggunakan animated GIF format. Saiz file sedikit besar dan berat untuk loading.

Admin...

Sabtu, 01 Juni 2013

Sabtu Yang Sepi...


Makan kismis di tepi pintu,
Minum bersama kopi perisa,
Hujan gerimis di hari sabtu,
Suram suasana sepi terasa. 


gambar bergerak

Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement occurs. Cinemagraphs, which are usually published in an animated GIF format, can give the illusion that the viewer is watching a video.

They are commonly produced by taking a series of photographs or a video recording, and, using image editing software, compositing the photographs or the video frames into a seamless loop of sequential frames, often using the animated GIF file format in such a manner that motion in part of the subject between exposures (for example, a person's dangling leg) is perceived as a repeating or continued motion, in contrast with the stillness of the rest of the image. - Wikipedia

p/s: sekadar berkongsi gambar menarik ini... terpaku melihatnya...
Admin...

Sabtu, 06 April 2013

Cubaan... Menarik?... Ada Potensi Ke?

Koleksi gambar-gambar untuk anda...Gambar-gambar ini diambil hanya menggunakan kamera digital biasa 12MP. Sedikit edit dilakukan kepada gambar.    Just for fun.... 

Anda nilaikanlah sendiri... = )
[klik  untuk besarkan gambar]

relaks minda
Ulat Gonggok
relaks minda
Rumahku
relaks minda
Terbang di air
relaks minda
Belalang pelesit
relaks minda
Kesepian
relaks minda
Warna warni 
relaks minda
Kerang di darat
relaks minda
Si cantik dan si comel
relaks minda
Pencemaran
relaks minda
Kehijauan
relaks minda
Cahaya di kegelapan
relaks minda
Cak!
relaks minda
Gunung berapi
relaks minda
Kebun ku
relaks minda
Bebola hijau
relaks minda
Rinbunan di pasu
relaks minda
Pagar emas
relaks minda
Payung hidup
relaks minda
Menyorok
relaks minda
Barisan si hijau
relaks minda
Mentari petang
relaks minda
Kaki ku lapan

Ada harapan @ potensi ke untuk jadi juru foto atau juru foto edit atau setakat syok sendiri jer...he!he!


Admin...

Kamis, 04 April 2013

Kreativiti Sehelai Kertas Putih


Assalamualaikum... Kita hidup ini bermula umpama sehelai kertas putih. Kosong.... tiada apa-apa pun, bersih dan suci. Sedikit demi sedikit ia di warnakan dan corakkan. Ada yang cantik dan ada yang kurang. Siapa yang mencorakkannya? Sudah tentulah ianya bermula dari ibu bapa kita. 

Dari merekalah kita mula mengenali hidup ini. Kita diberi makan dan minum. Kita dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Dari hanya tahu menangis, kita di ajar berkata-kata. Kita di jaga dari segala ancaman dan bahana. Kita di jaga dengan penuh kasih sayang. Permulaan yang cukup indah...Kertas putih mula berwarna dan bercorak dengan indahnya.

Kita di beri didikan dunia dan akhirat. Dihantar kita kesekolah dan mengaji. Kita mula dikelilingi oleh rakan-rakan. Ilmu semakin penuh didada dan pergaulan semakin luas. Kita telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sedikit demi sedikit kita mula mencorak diri kita mengikut acuan kita sendiri. 

Kertas yang asalnya putih kini telah menjadi semakin bercorak dan berwarna-warni. Di kala ini, hanya kita yang mampu menjadikannya sama ada menjadi cantik atau sebaliknya. Gunakanlah segala ilmu yang telah kita pelajari, sama ada dari ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, gedung ilmu, pemerhatian mahupun pengalaman untuk mencorakkannya. Andai tersalah dalam mencorakkannya maka akhirnya kertas hanya akan di keronyok dan dibuang kedalam tong sampah!

kreativiti sehelai kertas putih
Sehelai kertas putih begitulah kreativiti yang anda akan lihat. Relaks Minda anda dan lihatlah hasil seni kreatif hanya dari sehelai kertas putih tapi menghasilkan karya seni yang amat menarik!... Tanpa perlu sebarang warna untuk mencorakkannya, hanya perlukan sebilah pisau dan daya imaginasi... maka terhasillah hasil seni yang indah dan kreatif ini. 

kreativiti sehelai kertas putih
Lihatlah bagaimana dari sehelai kertas putih menjadi pelbagai rupa. Nampak mudah tapi ianya memerlukan seseorang yang cukup kreatif dan tinggi daya imaginasi...Itu adalah keistimewaan bakat anugerah Ilahi namun, mungkinkah terhasil karya sebegini tanpa ada ilmu? Tanpa ada usaha dan bimbingan? 

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Begitu juga dalam membentuk diri kita...perlu ada asas dan panduan yang kukuh untuk menjadi insan yang cemerlang. Hanya satu asas yang dapat mencorak dan mewarnakan kehidupan ini dengan sempurna. Hanya dengan beriman dengan Allah dan beramal soleh. Jadikan Rasulullah dan Al-Quran sebagai panduan kehidupan didunia dan akhirat. Disusuli pula dengan usaha, berdoa dan tawakal .

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Hasil seni kreatif yang menarik dan mengagumkan. Hanya dari sehelai kertas putih. Selain keunikannya...hayatilah ianya sebagai hasil dari corak kehidupan ini. Ukirkan sebagaimana yang anda mahu...Tepuk dada, tanya selera.

doa buat ibu bapa
Sebagai tanggungjawab kita...seorang anak yang soleh adalah penyambung amal jariah buat ibu bapanya. Jangan lupa untuk berdoa untuk kedua ibu bapa kita. Merekalah yang telah menjaga dan mula mewarna dan mencorak permulaan kertas putih kehidupan kita. Sayangi dan hargai pengorbanan mereka.

Admin...

Senin, 25 Februari 2013

Khas Untuk Wanita - Lelaki Pun Boleh Jer

Anda sukakan kraftangan? 
Sepupu saya menunjukkan saya satu gambar hasil kraftangan yang sangat menarik dalam FB beliau. 
Kerana ianya sangat kreatif...saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua.
Jika anda ada masa terluang, anda boleh cuba kraftangan berikut.
Mudah sahaja tapi hasilnya sungguh mengujakan!

Ini gambar hiasan jer...hehe

Anda cuma perlukan kertas berwarna. 
Potong kertas tersebut dalam lebar 5 ~ 10 mm mengikut hasil yang anda kehendaki.
Anda cuma perlukan sebatang lidi (lidi pencungkil gigi jer)
Gulungkan jaluran kertas pada lidi tersebut.
Hasilnya anda akan dapat gulungan dari jaluran kertas.
Sekarang anda susun dan lekatkan pada kepingan kotak atau frame.
Gubahlah ia mengikut kreativiti anda. 

Rujuk tutorial bergambar di bawah untuk lebih jelas


Pelbagai rupa dan bentuk boleh dihasilkan
Ianya sungguh cantik, berwarna-warni dan menarik sekali.

Anda lihat lagi hasilnya di bawah ini..pasti anda teruja!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Cantik,,,

Menarik...

Tertarik...

Menawan...

Tertawan,,,


Cantik ke? Anda rajin nak buat ni? Kalau tak rajin...tatap jer lah gambar-gambar di atas.
Wanita sekarang manalah ada masa nak buat kraftangan bebagai....

Bila tunjuk gambar ni kat orang rumah....reaksinya, "Woww! Cantiknya!"
Bila suruh buat....reaksinya, "Ish! Buang Mase jer...sibuk!"
Aku pula... "Tengok gambar pun Ok lor!" (pemalas juge...kih kih)

Sekadar santapan minda....
Admin...

Kamis, 27 Desember 2012

Pelbagai Karya Seni Menarik...Santapan Mata dan Minda

Seni tidak terhad kepada hasil karya seni lukis di atas sebiuah kanvas atau kertas. Seni yang kreatif mampu memberi hasil yang lebih dari itu. Karya seni tidak terbatas kreativitinya...ianya boleh jadi pelbagai gaya, medium, rupa, bentuk dan sebagainya...

Lihat hasil karya seni berikut, hasil gabungan lukisan dan realiti. Kreativiti seni yang sungguh unik dan mengagumkan. Hanya lukisan pada cebisan kertas pun mampu memberi gambaran berbeza. 
 
 

Ini pula karya hasil kreativiti lukisan di badan kenderaan yang sungguh menarik. Hanya satu kenderaan tapi kelihatan seperti ada dua buah kenderaan yang terletak bersebelahan. 
 
 
 

Sekadar selingan....lukisan pada kenderaan yang kelakar tapi sebenarnya unik. Hanya yang memahami seni sahaja yang mengatakan ianya suatu karya seni menarik...Tapi bagi saya, banyak lagi benda lain yang lebih senonoh untuk di lukis...

Ini pula karya seni yang mengekploitasikan situasi atau rupa sesuatu keadaan untuk di gabungkan menjadi suatu karya seni yang menarik. Nampak cukup mudah namun ianya memerlukan kreativiti untuk menyesuaikan lukisan dengan rupa bentuk tersebut 
 
 

Karya seni juga tidak terhad pada lukisan...arca juga suatu cabang karya seni. Arca yang kreatif biasanya menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya yang menarik.

Karya seni tidak semestinya hanya untuk bahan pameran. Setiap benda yang di cipta atau di hasilkan tentunya paling utama adalah fungsi serta kegunaannya...dan kedua pastinya rekabentuknya. Rekabentuk yang kreatif dan mempunyai sentuhan seni pasti menarik pengguna.
 

Karya seni kini semakin kratif dan menarik. Karya tidak hanya berbentuk 2 dimensi. Karya seni 3 dimensi menjadikan karya seni semakin menarik dan kreatif.

Ada pelbagai lagi karya seni dan ini hanyalah sebahagian sahaja daripadanya. Karya seni itu merupakan hasil dari kebolehan dan bakat kurnian Ilahi buat sesorang insan. Hasil karya seni memberikan sesuatu santapan yang menarik buat mata dan minda.

- Tulisan Sebuah Lukisan?
- Lukisan 3D Jalanan
- Sehelai Kertas Putih

Admin...