Kamis, 04 April 2013

Kreativiti Sehelai Kertas Putih


Assalamualaikum... Kita hidup ini bermula umpama sehelai kertas putih. Kosong.... tiada apa-apa pun, bersih dan suci. Sedikit demi sedikit ia di warnakan dan corakkan. Ada yang cantik dan ada yang kurang. Siapa yang mencorakkannya? Sudah tentulah ianya bermula dari ibu bapa kita. 

Dari merekalah kita mula mengenali hidup ini. Kita diberi makan dan minum. Kita dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Dari hanya tahu menangis, kita di ajar berkata-kata. Kita di jaga dari segala ancaman dan bahana. Kita di jaga dengan penuh kasih sayang. Permulaan yang cukup indah...Kertas putih mula berwarna dan bercorak dengan indahnya.

Kita di beri didikan dunia dan akhirat. Dihantar kita kesekolah dan mengaji. Kita mula dikelilingi oleh rakan-rakan. Ilmu semakin penuh didada dan pergaulan semakin luas. Kita telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sedikit demi sedikit kita mula mencorak diri kita mengikut acuan kita sendiri. 

Kertas yang asalnya putih kini telah menjadi semakin bercorak dan berwarna-warni. Di kala ini, hanya kita yang mampu menjadikannya sama ada menjadi cantik atau sebaliknya. Gunakanlah segala ilmu yang telah kita pelajari, sama ada dari ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, gedung ilmu, pemerhatian mahupun pengalaman untuk mencorakkannya. Andai tersalah dalam mencorakkannya maka akhirnya kertas hanya akan di keronyok dan dibuang kedalam tong sampah!

kreativiti sehelai kertas putih
Sehelai kertas putih begitulah kreativiti yang anda akan lihat. Relaks Minda anda dan lihatlah hasil seni kreatif hanya dari sehelai kertas putih tapi menghasilkan karya seni yang amat menarik!... Tanpa perlu sebarang warna untuk mencorakkannya, hanya perlukan sebilah pisau dan daya imaginasi... maka terhasillah hasil seni yang indah dan kreatif ini. 

kreativiti sehelai kertas putih
Lihatlah bagaimana dari sehelai kertas putih menjadi pelbagai rupa. Nampak mudah tapi ianya memerlukan seseorang yang cukup kreatif dan tinggi daya imaginasi...Itu adalah keistimewaan bakat anugerah Ilahi namun, mungkinkah terhasil karya sebegini tanpa ada ilmu? Tanpa ada usaha dan bimbingan? 

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Begitu juga dalam membentuk diri kita...perlu ada asas dan panduan yang kukuh untuk menjadi insan yang cemerlang. Hanya satu asas yang dapat mencorak dan mewarnakan kehidupan ini dengan sempurna. Hanya dengan beriman dengan Allah dan beramal soleh. Jadikan Rasulullah dan Al-Quran sebagai panduan kehidupan didunia dan akhirat. Disusuli pula dengan usaha, berdoa dan tawakal .

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Hasil seni kreatif yang menarik dan mengagumkan. Hanya dari sehelai kertas putih. Selain keunikannya...hayatilah ianya sebagai hasil dari corak kehidupan ini. Ukirkan sebagaimana yang anda mahu...Tepuk dada, tanya selera.

doa buat ibu bapa
Sebagai tanggungjawab kita...seorang anak yang soleh adalah penyambung amal jariah buat ibu bapanya. Jangan lupa untuk berdoa untuk kedua ibu bapa kita. Merekalah yang telah menjaga dan mula mewarna dan mencorak permulaan kertas putih kehidupan kita. Sayangi dan hargai pengorbanan mereka.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar