Assalamualaikum, hujung minggu ni sedikit sibuk...banyak pula halnya. Tak sempat nak menerbitkan entri yang menarik buat anda semua. Trafik masih baik walaupun hanya entri republish yang di terbitkan. Ramai pengunjung silence reader yang datang dari enjin carian terutama dari google...Terima kasih.
Dalam kesibukan kita perlu juga mencuri masa untuk berehat dan bertenang walaupun seketika. Ketenangan penting untuk merehatkan jiwa dan minda untuk kembali cergas semula...umpama badan yang letih yang memerlukan rehat atau perut yang lapar memerlukan makanan.
Untuk ketenangan Minda... Nikmati keindahan yang berwarna hijau. Warna hijau mempunyai keistimewaan kerana hanya dengan melihat kehijauan kita akan terasa tenang... “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” Ar-Rahman: Ayat 76.
Jamulah mata anda dengan warna-warna kehijauan, rehat buat seketika untuk ketenangan minda...
Untuk ketenangan hati dan jiwa... Tiada cara lain selain dari keredhaan, kesyukuran dan keikhlasan. Hanya dengan mengingati Allah dan berserah kepadaNya akan memberi kita ketenangan yang hakiki. Berzikirlah... Beriman dan Beramal... Andai anda beroleh ketenangan rohani, akan terpancar cahaya pada zahirnya.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...kehadiran anda membawa kecerian dan memberi kedamaian buat saya. Semoga anda juga beroleh kebahagiaan dan ketenangan....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar