Kayu merupakan sumber semulajadi yang cukup berharga. Nilainya semakin tinggi kerana sumbernya yang semakin lama semakin berkurangan. Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah pallet kayu. Ianya di gunakan senagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.
Sering kali pallet kayu ini hanya digunakan sekali sahaja dan kemuadian ianya di buang. Ini berikutan harga sesuatu barangan telah termasuk di dalam kos pembungkusan dan logistik, maka pallet tidak perlu di kitar dalam proses logistik ini. Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.
Mungkin kita tidak banyak terlibat dalam industri ini, tapi sebagai seorang yang prihatin, sanggupkah anda membiarkan pallet kayu yang masih elok ini di buang atau terbiar mereput mahupun dibakar begitu sahaja. Jika anda seorang yang prihatin dan tahu menilai betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini...pasti anda mahukannya.
Kreativiti kitar semula kali ini ingin fokus kepada idea kreatif produk dari pallet kayu terbuang. Semoga ianya dapat memberi idea dan kreativiti buat anda untuk menggunakan pallet terbuang menjadi satu barangan yang berguna semula dan mungkin mampu menjana pendapatan pula... "Jika ada kemahuan pasti ada jalan"...
Lihatlah...Pelbagai peralatan kegunaan harian boleh dihasilkan dari kitar
semula pallet kayu terbuang ini... Jika anda berminat dengan kerusi dan
meja hasil dari kitar semula pallet terbuang... anda boleh nikmatinya di SINI
meja hasil dari kitar semula pallet terbuang... anda boleh nikmatinya di SINI
Bagaimana pula dengan rak kitar semula pelbagai guna ini...Tidakkah ianya
sesuai diletakkan di dalam bilik stor anda. Pelbagai barangan anda boleh disimpan
dengan kemas dan tersusun.
Meja ini pasti menawan sesiapa yang memandang. Umpama sebuah
meja antik yang gah menawan di tengah-tengah ruang tamu anda.
Keativiti anggun dari pallet kayu terbuang
Kreatif...itulah yang paling sesuai di ungkapkan. Hanya dengan kitar semula
sekeping pallet kayu yang dicat dan di gantung di dinding...Pelbagai barangan
boleh digantung. Tiada lagi bersepah di lantai...
Pastinya kos adalah kekangan dalam apa jua aktiviti yang ingin diusahakan.
Kitar semula adalah jawapan terbaik. Antaranya adalah kitar semula pallet
kayu terbuang untuk reban, kandang dan tempat makanan binatang ternakan
anda. Pasti ianya menjimatkan...
Satu lagi kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang yang mudah. Tergantung
kemas didinding. Sebuah rak untuk menyimpan buku dan majalah anda,
Sebuah tempat rehat yang sempurna di halaman rumah anda. Pastinya
tetamu anda tertawan..dan mungkin ada yang akan terpaku dengan idea kreatif
kitar semula pallet kayu terbuang ini. Anda pula pasti tersenyum lebar :)
Jika di lihat...ianya adalah rumah pondok mainan yang sangat menarik.
Ya...ianya dihasilkan dari kitar semula pallet kayu terbuang. Sesuai di bina
di taska, tadika dan di kelas pra persekolahan. Ianya dapat mendidik anak-anak
kecil ini akan berguna dan pentingnya kitar semula. Namun pastikan keselamatan
diutamakan dalam rekabentuknya.
Katil yang menarik ini di hasilkan dengan kitar semula pallet kayu terbuang.
Jimat dan hasilnya lebih menarik dari katil yang beribu harganya.
Bagaimana pula dengan kitar semula pallet kayu terbuang sebagai
tempat untuk bunga hiasan anda. Pasti cantik! bertingkat-tingkat lagi.
Kelainan yang pastinya di cemburui oleh jiran-jiran anda.
Keistimewaan pallet adalah jika di susun bertingkat, ia akan menghasilkan satu
ruang kpsong di antara pallet tersebut yang sekaligus menjadi tempat simpanan.
Lihatlah...amat bergunanya ia apabila kitar semula pallet kayu terbuang ini
di jadikan sebuah meja pelbagai guna di dapur anda.
Sebuah rak yang kelihatan begitu klasik sekali. Ianya juga hasil dari kitar semula
kayu pallet terbuang. Sungguh menarik sekali!
Satu lagi rekaan meja untuk dapur anda. Boleh juga sebagai meja makan.
Jimat, mudah dan berbaloi...hasil dari kitar semula pallet kayu terbuang.
Hampir kesemua kreativiti kitar semula diatas amat susah untuk di lakukan
oleh mereka yang tidak ada langsung kemahiran dalam bertukang. Bagaimana
pula dengan rak kasut ini? Oleh itu....Tiada alasan lagi untuk anda untuk tidak
mengitar semula pallet kayu terbuang ini. Mudah dan praktikal.
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, ReuseAdmin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar