Assalamualaikum... Bertemu kita kembali. Hari ini kita rehatkan minda. Tenangkan fikiran.... Sebelum anda scroll ke bawah, anda tariklah nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas... Alhamdulillah.
Kini nikmatilah keindahan ciptaan Ilahi yang di gubah oleh insan-insan kreatif yang juga mendapat ilham dari Allah yang Maha Esa. Laluan di celah kehijauan pepohon disulami bunga-bungaan berwarna-warni. Rasai ketenangan dan kedamaian suasana yang rehatkan minda dan mendamaikan jiwa. Mari kita bersama-sama menempuh perjalanan indah di laluan ini...
Ketahuilah juga...disaat anda gelisah dan tertekan, tekanan darah tidak akan stabil. Ianya boleh naik lalu mengancam kesihatan anda. Rehat amat diperlukan untuk memberi ketenangan diri agar perjalanan darah kembali stabil. Selain dari menikmati keindahan dan kedamaian alam...Anda juga disarankan mengambil jenis-jenis makanan yang mampu menurunkan kembali tekanan darah anda.
Kini...Teruskan perjalanan kembara kedamaian dengan menjamu pandangan mata anda dengan keindahan alam ini. Ianya di ciptakan Allah untuk kita nikmati dan mengagumi akan kebesaran dan kekuasaanNya.
Mengagumi keagungan Ilahi bukan sekadar melihat akan kebesarannya. Lafazkanlah zikir di lidah mahupun di hati. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Agung lagi Maha berkuasa. KurniaanNya kepada kita alam yang indah ini...Mata yang mampu memandang...Bersyukur dan Bermuhasabahlah...Ingatlah, semuanya hanyalah pinjaman buat kita.
Sambil berzikir...kita teruskan perjalanan menikmati keindahan kehijauan dan warna-warni pepohon dan bunga-bungaan yang subur menghiasi bumi yang aman ini.
Inilah perjalanan yang indah untuk kita nikmati... Sesungguhnya perjalanan kita ini tidak akan berakhir didunia ini. Sepanjang perjalanan menikmati keindahan...harus ada ilmu yang perlu kita kutip agar perjalanan tidak sekadar nikmat seketika tetapi dapat dibawa bersama bekalan untuk kehidupan yang lebih panjang di akhirat kelak.
Berehat itu adalah keperluan tapi bukan bermakna rehat anda perlu kosong dari segala-galanya. Nikmat rehat yang sebenarnya apabila anda mendapat ketenangan minda dan rohani.
Kini anda boleh teruskan perjalanan kembara kehidupan anda. Dapatkanlah bekalan sebanyak mungkin sepanjang perjalanan hidup di dunia ini. Ingatlah...Perjalanan anda hanya akan terhenti apabila anda dapat menikmati nikmat Syurgawi.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh sedikit manfaat.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar