Tampilkan postingan dengan label Relaks.... Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Relaks.... Tampilkan semua postingan

Sabtu, 25 Januari 2014

Gurindam Nostalgia Di Hujung Minggu


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Selamat berhujung minggu. Apakah aktiviti anda? Walau apa jua yang anda lakukan, semoga anda semua sihat dan gembira disamping insan-insan tersayang. 

Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk bersantai dan menikmati ketenangan... Entri ringkas hari ini mengajak anda mengenang nostalgia dimasa silam. Bergurindam dengan lagu trasional yang menjadi siulan popular di zaman kanak-kanak dan di alam persekolahan.

Aktiviti di hujung minggu

Relaks Minda anda... Mari bersama kita bergurindam, berhibur dengan lagu rasa sayang sambil mengalunkan pantun tradisi yang tetap kekal diingatan sejak zaman berzaman. Bernyanyilah sambil menikmati fotografi yang indah ini... 

Lagu dan Pantun Rasa Sayang


Rasa sayang hey!
Rasa sayang sayang hey!
Hey! lihat nona jauh...
 Rasa sayang sayang hey!

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Rasa sayang hey!
 Rasa sayang sayang hey!
 Hey! lihat nona jauh...
 Rasa sayang sayang hey!

Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Dua tiga boleh dicari,
 Mana sama adik seorang.  


Rasa sayang hey!
Rasa sayang sayang hey!
Hey! lihat nona jauh...
Rasa sayang sayang hey!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Rasa sayang hey!
Rasa sayang sayang hey!
Hey! lihat nona jauh...
Rasa sayang sayang hey!

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Rasa sayang hey!
Rasa sayang sayang hey!
Hey! lihat nona jauh...
Rasa sayang sayang hey!

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi... :)



Rasa sayang hey!
Rasa sayang sayang hey!
Hey! lihat nona jauh...
Rasa sayang... sayang... hey...

Terima kasih bersama DI UJUNG ISLAM.... Selamat berhujung minggu :)


p/s: maaf... kerana tak sempat bw, akan saya kunjungi anda jua nanti.

Minggu, 05 Januari 2014

Santai, Tenang, Nyaman & Syukur


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini satu sajian entri yang sangat santai untuk anda. Tidak perlu berfikir. Anda hanya perlu kosongkan fikiran buat seketika dan tenang. Biarkan hanya mata anda memandang dan menikmati keindahan, kesegaran dan kedamaian alam yang indah dan nyaman ini...

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/santai-tenang-nyaman-syukur.html

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/santai-tenang-nyaman-syukur.html

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/santai-tenang-nyaman-syukur.html

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/santai-tenang-nyaman-syukur.html

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/santai-tenang-nyaman-syukur.html

Subhanallah...Indahnya alam ciptaan Mu.
Bersyukur kerana masih mampu melihat. 
Syukur...Alhamdulillah


Bersyukurlah dengan hati :
"Sentiasa ingat kepada Allah diatas segala kurnian nikmat dariNya"

Bersyukurlah dengan lidah :
"Selalulah berzikir memuji Ilahi"

Bersyukurlah dengan perbuatan :
"Melakukan amal soleh dan sedekah jariah"

Syukur Alhamdulillah kerana anda masih sudi berkunjung kesini.
Terima kasih bersama Relaks Minda...

Author by Bin Muhammad

Kamis, 02 Januari 2014

pepatah orang tua dulu



Maaf... macam kasar sangat tajuk entri ini. 
Anda biasa dengarkan...orang bodoh di umpamakan seperti lembu.
Kenapa mesti lembu...bukan binatang lain?

Sedarkan kita binatang yang diumpamakan bodoh itulah yang memberi sumber kehidupan dan kesihatan buat kita. Susunya kita minum dan dagingnya kita makan. Syukurlah ada lembu...

bodoh macam lembu?


Mungkin inikah yang dikatakan bodoh macam lembu...

Bodoh macam lembu?


Bodoh macam lembu hanya perumpamaan. Tentulah setiap orang tidak mahu diumpamakan kebodohannya seperti binatang. Kiranya orang dulu-dulu berpada-pada juga...memilih lembu dijadikan perumpamaan. Kalau disamakan dengan bintang b*** .....nampak sangat pula keterlaluan.

Oleh itu jangan sesekali kita menggunakan perumpamaan yang menilai manusia seperti binatang kerana taraf manusia tidak akan sesekali sama dengan binatang tetapi ingatlah juga... taraf manusia itu boleh jadi lebih rendah dari binatang.


Sabtu, 14 Desember 2013

Kebiruan Dan Kehijauan Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri santai di hujung minggu. Relaks minda sambil menikmati keindahan alam yang kebiruan dan kehijauan... Anugerah Allah SWT tanda kebesarannya untuk kita nikmati sambil bersyukur...

Kebiruan Dan Kehijauan Alam


Nikmati keindahan dan kedamaian. 
Rasakan juga kesegaran dan tenangkan fikiran.
Sambil mata memandang... lafazkan jua dihati...

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Subhanallah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Alhamdulillah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Wa Laailahailallah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Allahuakbar

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Laa haulawala quwwata illabillah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Subhanallah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Alhamdulillah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Wa Laailahailallah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Allahuakbar

Kebiruan Dan Kehijauan Alam
Laa haulawala quwwata illabillah

Kebiruan Dan Kehijauan Alam

Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa dari mu...Ya Allah.
Maha Pencipta yang mencipta sekalian makhluk dan alam yang indah ini.

Kebiruan Dan Kehijauan Alam

Semoga anda beroleh ketenangan dan kedamaian di hujung minggu.
Nikmat kehijauan dan kebiruan alam menjadi tatapan pandangan mata
sambil berzikir untuk santapan hati.

Selamat menikmati hujung minggu yang indah dan bahagia dimana jua anda berada di samping insan-insan tersayang... :)  Terima kasih bersama Relaks Minda.


Author by Bin Muhammad

Selasa, 26 November 2013

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif


Menilai Diri


Adakah diri anda berada dalam keadaan berikut :
1. Denyutan nadi melebihi 80 getaran seminit
2. Mudah marah
3. Rasa malas
4. Cepat bosan
5. Rasa kecewa dan hampa
6. Suka menyendiri
7. Sedih tidak menentu

Serta mengalami tingkahlaku berikut :
1. Sukar memahami perkara baru
2. Sukar menyelesaikan masalah
3. Sukar membuat keputusan
4. Kurang kreativiti
5. Sukar mengingati
6. Mudah terlupa
7. Selalu berkhayal
8. Sukar tidur
9. Merokok berlebihan
10. Minum minuman berkafein berlebihan
11. Selera makan berkurang atau berlebihan
12. Lambat bertindak
13. Memandu melulu

Jika anda mengalami kebanyakan perkara diatas,
 ini bermakna anda berada dalam situasi tertekan atau stress

Relaks Minda

Relaks Minda anda seketika...Nikmati gambar-gambar yang menarik ini.
Pabila binatang bersama bunga...kecantikan ciptaan Ilahi terserlah nyata.

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 

Ladybird menawan merah dan hitam,
Si tupai comel termanggu sendirian,
Tidak terlawan sempurnanya alam, 
Insan kamil mengagumi ciptaan.

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu PositifRelaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 

Masa untuk muhasabah diri seketika... 
Jadikan tekanan itu kepada sesuatu yang positif.

Tanpa tekanan, hidup anda tiada variasi. Tiada rencah yang memberikan perisa dalam kehidupan.
Tekanan memberi anda ransangan sebagai cabaran untuk anda lebih bermotivasi, bersemangat dan menyeronokkan.
Tekanan membuatkan anda aktif, berinspirasi dan mengembalikan kesedaran dalam diri.

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu PositifRelaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 

Tekanan membuatkan anda lebih rapat dengan ahli keluarga dan teman-teman.
Tekanan membuatkan kita kembali mendekati diri dengan Tuhan.
Tekanan menguji kesabaran dan keimanan anda.
Jadikan tekanan itu satu nikmat yang terkandung hikmah disebaliknya.

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu PositifRelaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 

Gerimis mengundang basah sekata,
Dingin berahi semakin terasa,
Mata memandang hati berkata,
Memuji Ilahi yang Maha Esa.

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu PositifRelaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 

"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan" 
Surah Ash Sahrh (Alam Nasroh)

Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif 
 Hanya dengan ketenangan hati dan jiwa mampu mengatasi tekanan.
Dapatkan tip-tip ketenangan disini :

Terima kasih bersama Relaks Minda...
Admin...

Sabtu, 23 November 2013

Percutian Indah Masa Cuti Sekolah


Cuti Sekolah

Assalamualaikum... Cuti sekolah tiba lagi. Selain dari pulang ke kampung dan menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin, pasti ada yang menggunakan masa cuti sekolah ini untuk pergi bercuti. Percutian sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk lebih meluangkan masa-masa indah bersama anak-anak.

Percutian Masa Cuti Sekolah Lokasi tumpuan pastinya di kawasan taman-taman tema, tempat-tempat bersejarah, tempat membeli-belah dan sebagainya. Lokasi yang pastinya sering dalam ingatan adalah sudah tentunya yang berkaitan dengan alam semulajadi. 

Percutian Bersama Alam

Percutian masa cuti sekolah di tepian pantai dan pulau-pulau peranginan, air terjun yang menawan, tasik- tasik yang nyaman dan tenang, di tanah tinggi pergunungan dan di kehijauan alam sudah tentu menjadi pilihan idaman.

Keindahan alam semulajadi lebih menjadi pilihan kerana ianya memberi ketenangan dan kedamaian untuk kita menikmati dan meluangkan masa di bersama anak-anak di masa cuti sekolah ini.

Bagi yang belum atau tidak dapat menikmati cuti-cuti di cuti sekolah ini, nikmatilah keindahan lokasi-lokasi indah ini. Pandangan mata juga mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Jika tidak pun ianya membangkit perasaan untuk menikmatinya lalu menjadi realiti... :)

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Insyaalllah...mungkin percutian idaman anda akan menjadi nyata...

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Sambil menjamu mata...jamulah juga hati anda...

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Percutian Masa Cuti Sekolah

Selamat Bercuti

Semoga percutian anda di masa cuti sekolah ini berjalan lancar dan menjadi kenyataan. Percutian yang membawa keceriaan dan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga di samping menikmati keindahan alam semulajadi. Kedamaian dan ketenangan menjadi bonus buat anda dalam mengagumi keagungan Maha Pencipta.


Selamat bercuti dan berhujung minggu...rindu pd sahabat2 semua
Admin...