Kamis, 02 Januari 2014

pepatah orang tua dulu



Maaf... macam kasar sangat tajuk entri ini. 
Anda biasa dengarkan...orang bodoh di umpamakan seperti lembu.
Kenapa mesti lembu...bukan binatang lain?

Sedarkan kita binatang yang diumpamakan bodoh itulah yang memberi sumber kehidupan dan kesihatan buat kita. Susunya kita minum dan dagingnya kita makan. Syukurlah ada lembu...

bodoh macam lembu?


Mungkin inikah yang dikatakan bodoh macam lembu...

Bodoh macam lembu?


Bodoh macam lembu hanya perumpamaan. Tentulah setiap orang tidak mahu diumpamakan kebodohannya seperti binatang. Kiranya orang dulu-dulu berpada-pada juga...memilih lembu dijadikan perumpamaan. Kalau disamakan dengan bintang b*** .....nampak sangat pula keterlaluan.

Oleh itu jangan sesekali kita menggunakan perumpamaan yang menilai manusia seperti binatang kerana taraf manusia tidak akan sesekali sama dengan binatang tetapi ingatlah juga... taraf manusia itu boleh jadi lebih rendah dari binatang.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar