Senin, 20 Januari 2014

kereasi botol sampu yang unik & menarik


Sebelum ini anda telah dikenalkan dengan jenis-jenis plastik. Jika sesiapa yang masih belum mengenali lagi jenis-jenis palstik, sila ke Entri INI. Salah satu jenis plastik yang paling selamat untuk digunakan semula adalah Plastik Kelas 2. Salah satu produk plastik ini adalah bekas syampu.

Walaupun bekas syampu ini dari jenis plastik yang selamat diguna semula tetapi ianya tidak boleh digunakan semula sebagai bekas makanan atau minuman. Tiada jaminan yang cucian anda itu benar-benar dapat membebaskan bekas tersebut dari bahan kimia syampu tersebut.

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula
Kreativiti DIY Bekas Syampu Kitar Semula

Kitar Semula Pilihan Terbaik

Membuang bekas syampu di tempat pembuangan sampah bukanlah satu tindakan yang bijak kerana tempoh pereputan plastik ini akan memakan masa ratusan tahun untuk terlerai sepenuhnya secara semulajadi. Memusnahkannya dengan membakar pula akan menghasilkan asap hitam dan bertoksid yang sudah pastinya akan mencemarkan udara.

Oleh itu...kitar semula adalah kaedah terbaik. Sama ada anda kumpul dan jual bekas plastik di pusat kitar semula ataupun anda gunakan kreativiti DIY untuk guna semula sebagai satu benda/peralatan lain tetapi pastikan ianya tidak berkait dengan bahan makanan dan minuman.

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula

Kreativiti DIY Kitar Semula mengajar anda untuk menggunakan semula bekas syampu menjadi satu bekas serbaguna yang menarik dan memikat hati. Tidak sukar...anda pun boleh lakukannya.

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula

Peralatan yang di perlukan :

1. Pisau
2. Gunting
3. Gam untuk plastik
4. Double sided tape
5. Kertas warna untuk hiasan
6. Bekas syampu kosong
7. Pen atau marker

Cara-cara membuat bekas serbaguna :

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar SemulaKreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula 
1. Bentuk bekas syampu dengan pisau
2. Gunting bekas syampu melalui bekas tebukan pisau kepada dua bahagian. 

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar SemulaKreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula 
3. Gunakan bahagian atas bekas syampu dan lukis bentuk yang anda inginkan
4. Gunting bentuk tersebut dan lekatkan pada bahagian bawah bekas syampu.

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar SemulaKreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula 
5. Gunakan kertas warna dan bentukkan rupa yang anda inginkan
6. Lekatkan bentuk-bentuk tersebut pada bekas syampu.
7. Lekatkan double sided tape pada sebelah belakang bekas syampu

Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula
Bekas serbaguna DIY kitar semula
Siaplah sebuah bekas plastik DIY kitar semula yang serbaguna. Lekatkan bekas serbaguna kitar semula anda pada dinding atau mana-mana lokasi yang anda inginkan atau perlukan. Ianya pasti memikat dan menarik perhatian sesiapa sahaja!

Tips : Ikut kreativiti rupa bentuk yang anda inginkan. Kalau tak ada idea, ikut sahaja contoh yang diatas... :)

Aktiviti DIY kitar semula yang boleh anda berikan kepada anak-anak atau sebagai aktiviti di sekolah. Disamping meningkatkan daya kreativiti mereka, dedahkan juga ilmu serta pengetahuan akan pentingnya amalan kitar semula terhadap alam sekitar. Amalkanlah amalan kitar semula dan fikir dulu sebelum guna dan buang! Utamakan kesihatan dan peliharalah alam semulajadi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar