Assalamualaikum,
Terbuka hati untuk menyertai peraduan ini. Bukan kemenangan yang di cari tapi ianya menarik minat kerana peraduan ilmiah yang bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan meningkat daya kreativiti dalam menjawab soalan berkaitan ilmu dan pengetahuan ber'blog'.
Tidak disangkal juga antara sebabnya adalah kerana ianya dianjurkan oleh seorang blogger yang cukup berilmu dan disegani dalam dunia blog yang menjadi panduan dan rujukan buat saya seorang blogger baru dan hijau di dunia blog ini. Terima kasih Hasrul Hassan.
Soalan2nya juga cukup menarik untuk di kupas kerana ianya isu yang cukup mencabar dan memeningkan bagi seorang blogger. Berikut adalah jawapan untuk ketiga-tiga soalan tersebut...
Google Pagerank (PR)... Adalah satu sistem pengkelasan oleh Google dalam menilai sesebuah blog melalui entri yang berkualiti serta hasil dari memberi dan menerima pautan yang bertepatan dan berkualiti. Ianya dinilai dari skala 0 hingga 10. Semakin tinggi nilainya semakin baik kedudukannya dan menjadi rujukan utama dalam enjin carian Google. Umpama di sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kelas. Pasti semua inginkan kelas yang pandai yang semestinya menjadi tumpuan dan mendapat layanan istimewa.
Begitulah juga pentingnya PR ini kepada saya kerana enjin carian Google adalah enjin carian terunggul dimasa kini yang pastinya PR yang tinggi akan mendapat perhatian istimewa dari enjin carian Google lalu menjana trafik yang tinggi. Selain itu ianya juga mencabar saya dalam mengolah entri agar lebih berkualiti dan mengikut panduan yang ditetapkan (tidaklah terlalu hentam keromo mengikut naluri) disamping di sukai ramai. Pastinya PR yang tinggi menjadi idaman dan matlamat yang ingin di capai untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
SEO satu lagi rahsia blogging yang sungguh menarik. Bagi saya, salah satu tip terpenting dalam menepati cirian SEO adalah tajuk sesuatu entri. Biasanya tajuk yang mesra SEO adalah tajuk yang mengandungi perkataan terhangat atau kata kunci popular yang dicari di dalam enjin carian. Ia biasanya berkait dengan isu-isu hangat semasa.
Tapi saya lebih suka dengan perkatan atau kata kunci yang sentiasa relevan dicari sepanjang masa. Ianya akan memberi trafik yang berterusan tanpa had masa. Biasa ianya adalah tajuk bagi entri bersifat ilmiah, informasi, sejarah dan agama. Isi kandungan entri juga haruslah bertepatan dengan tajuk agar tidak di anggap sebagai 'menumpang' lalu tersisih dari enjin carian. Begitu juga perkataan utama yang digunakan dalam ayat serta pautan yang sertakan adalah relevan dengan entri dan tajuk anda.
Apakah tujuan anda membina dan menulis sesebuah blog. Pastinya salah satu sebab utama, anda mahukan pengunjung yang ramai dan setia. Untuk menarik minat pengunjung selain daripada entri yang berkualiti dan disukai ramai adalah penampilan blog itu sendiri. Pentingnya penampilan sesebuah blog ianya berkait rapat dengan isi kandungan sesebuah blog tersebut. Kesesuaian penampilan seperti penggunaan template, header, tajuk, warna, widget, font dan susun atur amat penting agar pengunjung tidak rasa asing dan janggal antara penampilan dan kandungan entri. Kesalahan dalam membuat penampilan.....umpama berbaju seksi tetapi mendendangkan irama nasyid. Berminatkah anda untuk menjadi peminat yang setia?
Pandangan pertama itu penting. Jika anda menghadiri sesi temuduga, pastinya penampilan adalah kriteria penting yang perlu anda utamakan. Walaupun entri anda berkualiti tapi anda kerugian pembaca setia kerana disaat pandangan pertama, pengunjung sudah tidak menyukainya apatah lagi mahu membaca atau menikmati entri berkualiti anda. Jelaslah bahawa penampilan blog yang kemas, cantik, ringan dan mesra pengguna pastinya menjadi 'X factor' untuk menarik pengunjung melekat untuk mengenali dan menikmati entri anda dan seterusnya menjadi pembaca yang setia.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar