Lama sudah tidak update entri berkenaan senibina masjid. Kini saya mulakan dengan entri beberapa buah masjid yang dapat saya kumpulkan di dalam koleksi masjid di Negeri Johor Darul Takzim. Nikmati keindahan senibina masjid di Negeri Johor yang indah dan menarik ini.
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. (sumber wikipedia)
Masjid Jamek Sultan Ibrahim ke 2, Bandar Maharani Muar ini telah di bina di tapak yang bertentangan dengan Masjid Jamek yang pertama dulu. Ianya direka menyamai rekaan masjid lama tapi lebih besar dan luas. Ianya dibuka pada tahun 2002.
Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, Muar
Masjid Al Ghafirin di Punggur, Rengit
Masjid Felda Bukit Ramun di Kulai
Masjid Iskandar di Kem Iskandar, Mersing
Masjid Jamek di Kota Tinggi
Masjid Jamek di Mersing
Masjid Jamek di Skudai Baru
Masjid Jannatul Firdaus di Kg. Jawa, Segamat
Masjid Kg. Istana di Batu Pahat
Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail di Kulai
Masjid Pasir Gudang
Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai
Masjid Tun Hussein Onn di Larkin
Masjid Jamek di Pekan Pontian
Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Muar
Masjid Jamek Sultan Ismail di Batu Pahat
Masjid Ghani Othman di Kota Tinggi
Jika di lihat...kebanyakan senibina masjid di negeri Johor sinonim dengan warna kubah atau bumbung berwarna biru. Rekabentuk kolonial diadun dengan senibina Timur Tengah. Sungguh menarik sekali.
Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di negeri Johor yang indah senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di negeri Johor. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul...
P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar