Assalamualaikum... Anda tahu, apa definasi kitar semula?
Dari wikipedia, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula akan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Menurut kedua-dua definasi ini...ianya membawa pengertian yang sama, iaitu bahan buangan di guna semula. Bagaimana ianya di guna semula? Selain di proses semula...bahan terbuang tersebut boleh di ubah fungsi kegunaan...ia juga adalah kitar semula. Itulah yang kita akan fokuskan kerana ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keperluan.
Jadilah sebahagian dari penyumbang kepada pemeliharaan alam dan sumbernya. Jom kita kitar semula! Nikmati beberapa hasil kreativiti kitar semula yang boleh anda cuba....
Kita mulakan dengan kreativiti yang berguna ketika banjir, botol-botol
air yang terbuang di jadikan sampan. Jimat belanja dan tidaklah ianya
terbuang hanyut mencemar sungai.
Ini kaedah kitar semula paling mudah... Ambil sahaja penyepit pada
penggantung baju yang rosak. Macam-macam boleh di sepit...hehe
Sudu plastik biasanya...pakai buang. Berapa banyak ianya digunakan
satu hari...sebanyak itulah ianya di buang. Ruginyalah....membazir!
Lihat hasil kreativiti seperti diatas, tidakkah ianya menarik?
Anda dapat kenal pasti apakah bahan yang di gunakan untuk membuat
hasil hiasan yang menarik dan unik ini? Ianya adalah tin semburan racun serangga!
Tray lama anda kelihatan sudah tidak menarik lagi...cuba gunakan
kreativiti ini. Penutup botol di susun dan di lekatkan di permukaannya,
Bagaimana? Menarik?
Bekas gulungan kabel dan pallet terbuang menjadi satu perabot
lengkap di ruang rehat di luar rumah anda.
Ini pula kreativiti untuk anak-anak remaja...Gelang dari botol plastik.
Mungkin ianya boleh menjana pendapatan.
Bagaimana dengan bekas pelbagai guna ini...menarik? Kalau berminat,
bolehlah cari tin pelbagai saiz yang terbuang...susun sahaja ikut suka anda.
Pinggan polisterin adalah satu lagi bahan pakai buang yang banyak
dibuang begitu sahaja. Kreativiti yang sesuai untuk bilik anak anda
atau buat aktiviti kanak-kanak di sekolah. Kitar semula pinggan polisterin
untuk sesuatu yang menarik dan berguna.
Ini pula perlukan kesabaran untuk mengumpulnya baru boleh dihasilkan.
Namun hasilnya sungguh menarik dan tinggi nilainya.
Ini adalah hasil kreativiti kitar semula dari penutup botol yang sungguh
menarik...warna-warni dan menawan. Bilik air kelihatan berbeza sekali!
Penyangkut baju dawai tidak sesuai lagi digunakan...jangan dibuang.
Begitu juga penyepit baju...Gabungkan mereka menjadi satu alat
pemegang surat dan memo yang menarik...cubalah!
Gelas polisterin, plastik dan kertas...sekali guna terus di buang. Sungguh
tidak mesra alam. Gunakan ia semula, lihat bagaimana ia menjadi
lampu hiasan yang sungguh menawan dan eksklusif!
Casing CPU dulu yang besar gedabak...sudah tidak releven
untuk digunakan lagi sekarang. Jangan pula di buang...Lihatlah
hasilnya, sebuah peti pos yang sungguh menarik dan canggih.
Elok di warnakan merah...nanti posmen tak kenal pula..hehe!
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar