Senin, 22 April 2013

Rekaan Kreatif Hasil Idea dan Kreativiti


Kreatif... satu perkataan yang menarik. Apa maknanya? Mengikut kamus dewan, makna kreatif adalah satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif juga dikaitkan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. 

Oleh yang demikian bolehlah dikatakan bahawa kreatif itu adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi diri. Fitrah hanya akan terserlah apabila seseorang individu berusaha keras mengetengahkannya atau dibimbing oleh orang lain. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan, kemampuan serta daya yang ada pada dirinya. Untuk itu perlulah seseorang itu mempunyai ilmu. 

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Rekaan kreatif...2 dalam 1 yang menarik, unik dan anggun

Beruntunglah mereka yang mempunyai daya kreativiti kerana ianya dapat memberi faedah dan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memggunakannya. Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik sedekah itu apabila seseorang muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim".  Jangan kedekut akan ilmu...mencarinya adalah kewajipan namun ianya bukan milik kita dan sebarkanlah kerana ianya adalah amal jariah yang berterusan buat kita apabila kita sudah tiada kelak. Bekalan untuk kita di alam barzakh dan di akhirat.

Nikmati pelbagai idea rekaan kreatif yang memberikan kita kemudahan, penyelesaian masalah dan kesenangan. Idea dan Kreativiti yang menarik untuk kita cuba mahupun sebagai idea dalam memperbaiki dan memudahkan kehidupan seharian kita. 


rekaan kreatif hasil idea kreatif
Kreativiti mudah namun tidak ramai yang terfikir. Tidak semua orang
mampu menggunakan chopstick dengan baik, ini adalah jalan penyelesaiannya.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Meja unik untuk kegunaan anda. Mungkin sesuai digunakan di kedai
cermin mata. Jika anda sukakannya...kenapa tidak di bilik anda :)

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Sukar menghiris tomato? Peralatan istimewa ini di reka untuk kemudahan anda 
menghiris apa sahaja yang bulat agar sama tebalnya dan mudah. Tidak perlu
risau akan terluka.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Bersiar-siar bersama anak anda ditaman sambil berbasikal. Rekaan ini
amat sesuai tanpa perlu meninggalkan anak anda di rumah. Bersantai
bersama anak sambil mengeluarkan peluh.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Idea...itulah yang diperlukan. Menyembunyikan sesuatu yang berharga dari 
pengetahuan sesiapa. Tapi lepas ni ramai pula yang tahu...hehe

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Tapak kasut anda kehausan sedangkan ianya masih elok. Hendak
dibuang sayang...Gunakan idea kreatif ini. Nah! elok seperti sedia kala.
Belanja pun jimat! Ianya juga salah satu kreativiti kitar semula.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Tempat parking sering menjadi masalah yang besar ditengah kotaraya.
Kadarnya pula kadangkala tidak masuk akal, termasuklah motorsikal.
Takut kecurian juga suatu yang sering tidak mententeramkan jiwa. 
Motorsikal ini adalah penyelesaiannya...

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Bagi saya..ianya rekaan sesuai untuk anda membeli belah di hari Sabtu.
Tiada beg plastik...tiada masalah buat anda. Idea yang sungguh kreatif
dan berguna.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Ruang rak yang terlalu besar kadangkala penggunaannya terhad pada
permulaannya namun semakin lama tidak muatlah pula. Rekaan ini untuk
jangkamasa panjang. Sekali sahaja membeli...alah membeli menang memakai.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Meja yang unik dan kreatif. Ruang tersembunyi diantaranya. 
Anda sukakannya?

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Laci mungkin tidak sesuai untuk menggunakan ruang menyimpan kasut secara 
maksimum. Idea ini mungkin boleh di jadikan pilihan. Kemas dan rapi.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Mengembara, mendaki dan berbasikal. Rekaan sesuai buat mereka yang
meminati aktiviti beriadah ini. Sungguh kreatif!

Mungkin anda juga mempunyai idea yang kreatif...cubalah, mana tahu bakat terpendam anda mampu menghasilkan sesuatu yang amat menarik dan berguna... Terima kasih bersama Relaks Minda. Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi kesegaran minda buat anda  = )

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
- Pelbagai Idea Rekaan yang Kreatif


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar