Jumat, 19 April 2013

Keindahan Warna-warni - Keceriaan dan Ketenangan Diri


Assalamualaikum... Terima kasih kerana bersama Relaks Minda. Tempat dimana anda berehat seketika di alam maya..di dunia Blog yang sungguh pelbagai ragam dan rupa adakala sampai pening kepala..hihi

Sungguh indah alam ini. Dipenuhi dengan pelbagai warna. Pastinya keindahan ini untuk tatapan kita. Tidak terbayang andai alam ini hanya hitam dan putih. Pasti seperti di dunia filem P.Ramlee...hehe. Ceriakan diri anda...janganlah sentiasa dibebani tekanan dan kesibukan. Luangkan sedikit masa untuk berehat walaupun seketika. Cari ketenangan dan kesegaran di luar kepompong anda. Jadilah rama-rama yang bebas berterbangan.

keindahan warna warni

Nikmati dunia yang indah dan berwarna-warni ini. Segarkan diri anda dengan keindahan warna-warni yang memberi keceriaan dan ketenangan diri  :)

keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
 
keindahan warna warni ceria

Selain nikmat pandangan dan kebebasan... Makanan juga adalah satu sumber yang dapat memberi anda ketenangan. Khasiat yang terkandung didalam makanan tersebut dapat menstabilkan tekanan darah dan degupan jantung lalu meredakan ketegangan. Memberi ada kesihatan dan kesegaran

makanan penghilang tekanan

Setelah itu... berehat seketika. Teruskan menjamu pandangan anda dengan menikmati warna-warni alam dan kehidupan. Betapa bertuahnya kita hidup di dunia yang aman lagi mempersonakan ini. 

keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceriakeindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceriakeindahan warna warni ceria

Jika anda masih tertekan, Mohonlah bantuan dari yang Maha Esa. Hanya Dia yang dapat memberikan anda ketenangan. Anda boleh cuba amalkan doa ini. 

doa hilang tekanan

Jangan sesekali anda mengeluh dan kesal. Sesungguhnya segala tekanan dan kesibukan itu adalah satu kurniaan darinya. Hikmah dari Ilahi agar anda sentiasa mengingati dan memohon hanya dariNya agar di permudahkan segala urusan. Tanda betapa kasih dan sayang yang Maha Esa, agar anda tidak terlalai dari mengingatiNya. 

Pasti ada jalan penyelesaian yang akhirnya memberi anda kepuasan dan kegembiraan.

keindahan warna warni ceria
Bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa... Keindahan Warna-warni alam dan kehidupan, penyeri dan pencetus kecerian dan ketenangan.... Alhamdulillah...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar