Senin, 15 April 2013

Keindahan Bunga Desa - Koleksi 1


Assalamualaikum... Tinggal di kampung memang menyeronokkan. Anda tidak terkongkong dengan ruang tanah yang terhad. Bila ruang tanah terhad...barulah terasa betapa bernilainya tanah sekangkang kera itu. 

Aku sering pulang menemui ibu ku dan kelurga mertua. Sebulan sekali pasti kedua2nya aku kunjungi.  Namun bila pulang berjumpa ibuku...aku hanya singgah di rumah kakak ku kerana ibuku tinggal bersamanya di Sungai Manik, Perak. Jika ingin melihat bagaimana rupa sebenar kampungku...anda boleh lihat di SINI.

Berbeza pula dengan sebelah ibu bapa mertua ku. Mereka masih menetap di kampung halaman di Kg. Sri Tiram, Tanjung Karang. Di sini suasana berbeza pula, ada sawah padi dan kebun kelapa sawit. Jika ingin melihat keindahan sawah padi di Tanjung Karang, anda boleh lihatnya di SINI. Walau pun mengusahakan kedua-duanya, rumah mertua ku tidaklah di tengah sawah tapi di kebun kelapa sawit. Inilah yang ingin aku kongsikan bersama anda semua.

Ibu bapa mertua ku ini memang sangat rajin bercucuk tanam. Keliling rumah di penuhi dengan pelbagai tanaman sana ada pokok buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pokok bunga...usah cakap le. Sama ada di tanam mahu pun yang tumbuh sendiri. Asalkan pokok tersebut berbunga pasti di jaga dengan baik oleh ibu mertuaku.

Anda jangan terkejut dengan koleksi bunga-bungaan yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Terlalu banyak dan pelbagai. Jangan tanya saya nama-namanya kerana memang banyak yang saya tidak tahu. Kerana terlalu banyak...saya pecahkan dalam beberapa entri. 

Nikmati kecantikan dan keunikan bunga-bunga desa yang menarik untuk tatapan anda. Semua gambar-gambar ini adalah hasil tangkapan saya dengan kamera digital Nikon Coolpix S2500 dengan setting close up.

keindahan bunga desa
Gambar 1
keindahan bunga desa
Gambar 2
keindahan bunga desa
Gambar 3
keindahan bunga desa
Bunga Senduduk Ungu
keindahan bunga desa
Gambar 4
keindahan bunga desa
Gambar 5
keindahan bunga desa
Bunga Ulam Raja
keindahan bunga desa
Gambar 6
keindahan bunga desa
Bunga Kaktus
keindahan bunga desa
Bunga Teratai Putih
keindahan bunga desa
Gambar 7
keindahan bunga desa
Gambar 8
keindahan bunga desa
Gambar 9
keindahan bunga desa
Gambar 10
keindahan bunga desa
Gambar 11
keindahan bunga desa
Gambar 12

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera. Terima kasih bersama Relaks Minda...Kehadiran anda amat-amat saya hargai.  = )

Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Keindahan Bunga Desa - Koleksi 2
- Keindahan Bunga Desa - Koleksi 3


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar