Senin, 29 April 2013

Kecantikan Burung Setanding Keistimewaannya


Kita kenali dan nikmati kecantikan makhluk Allah yang menarik ini. Relaks Minda anda dan nikmati kecantikan burung-burung yang pelbagai warna dan rupa... Haiwan yang boleh terbang ini mempunyai kecantikan bulu yang cukup menawan. Disamping kita menikmati keindahannya, ketahuilah jua keistimewaan haiwan yang bernama burung ini.

kecantikan burung
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung
 Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun di kenalpasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.


kecantikan burungkecantikan burung
 Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya.

kecantikan burungkecantikan burung
  Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Warna-warna bulu pelepah inilah yang menyerlahkan kecantikan burung ini

kecantikan burung
Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

kecantikan burung
 Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
Mempunyai sisik pada kakinya.
Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
Bernafas melalui peparu.
Berdarah panas.

kecantikan burungkecantikan burung
 Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung
 Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut.
kecantikan burungkecantikan burung
 Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat. 

kecantikan burung
Kecantikan burung merupakan pelengkap bagi hidupan di alam ini kerana ianya satu-satunya spesis yang menguasai ruang udara. Begitulah kuasa dan kebesaran ilahi yang mencipta burung yang berkarekter unik dan istimewa lalu melengkapkan keseluruhan alam ini....  Subhanallah...

Thx : info dari wikipedia


Tidak ada komentar:

Posting Komentar