Sabtu, 06 April 2013

Hobi Belek Bunga Rumput??


Mungkin anda kurang nak perhatikan dengan lebih dekat sesuatu tumbuhan terutamanya rumput kerana...Ye lah! Apalah perlunya nak belek rumput tu kan...Ape lah menariknya..?? Setiap kali pulang ke kampung, sekarang aku ada hobi baru iaitu...membelek bunga rumput. Hehe...mesti korang kata, "apalah punya hobi, macam dah tak ade benda nak buat jer." Itulah aku... yang sukakan sesuatu yang unik.

Ianya berlaku secara tidak sengaja. Suatu pagi tu, sewaktu di kampung...Biasalah, kat kampung barulah rajin nak basuh kereta, korang pun biasa buat kan...Maklumlah, ape lagi aktiviti yang boleh dibuat di waktu pagi kat kampung. Siap jer basuh kete aku pun kunci kereta dan hiburkan hati bersiul sambil lambung2 kunci kereta, tiba2 jatuh la pulak kunci tu...jatuh ke bawah...tak kan keatas pulak ek!

Sewaktu aku nak ambil kunci kereta aku yang jatuh tu, baru aku perasan yang aku sedang memijak rumput yang agak pelik dan cantik pulak...ianya tengah banyak berbunga, berwarna putih dan biru. Di sinilah bermula minat aku untuk membelek bunga rumput...kerana baru ku tahu bahawa rumput yang biasa kita pijak itu rupanya mempunyai bunga yang sangat cantik dan unik. Apalagi aku pun ambil kamera dan mulalah mengambil gambar bunga rumput tersebut.

bunga rumput relaks minda
Beginilah rupa bunga rumput tersebut. Kecik jer bunganye...besar sikit je dari sebiji beras!

Aku pun upload dalam komputer... Bila aku crop dan besarkan gambar2 yang aku ambil...beginilah hasilnya...Untuk lebih menarik...klik gambar untuk besarkan.
bunga rumput relaks minda
Titisan embun di bunga menambahkan kecantikan dan keunikannya
bunga rumput relaks minda
Unik...menarik sekali rupanya 
bunga rumput relaks minda 
bunga rumput relaks minda 
bunga rumput relaks minda
Kombinasi warna bunga dan daun yang menghijau sungguh mempersonakan

Terkejut gak aku melihat gambar-gambar ni. Macam tak percaya jer. Sungguh cantik dan unik. Semua orang kat rumah tanya..."bunga apa tu...cantiknye!" Dengan selambe je aku jawab, "bunga rumput kat laman rumah yang korang pijak hari-hari tu..." Ada juga yang siap keluar rumah pergi cari bunga ni...ha!ha!... 
Pendapat anda bagaimana...Cantik dan menarik ke?

Selepas itu aku mulalah mencari lagi...Habis keliling rumah, siap masuk kebun lagi...Wah! banyak rupanya rumput yang berbunga, pelbagai jenis dan bentuk...Bunganya unik, cantik, macam-macam warna dan menarik...Dari situlah bermula nya hobi aku membelek bunga rumput. Pantang jumpa bunga rumput, pasti akan aku ambil gambarnya...

Jumpa lagi di artikel akan datang....nak tengok ke koleksi gambar bunga-bunga rumput aku?

Artikel mengenai taman yang menarik :


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar