Kamis, 18 April 2013

Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, Reuse


Assalamualaikum... Kembali semula dengan satu lagi entri mengenai kreativiti kitar semula. Idea kreatif untuk kitar semula tidak pernah kekeringan idea. Ada sahaja idea baru yang diketengahkan bagi memberi anda kepelbagaian idea untuk mengitar semula bahan terbuang.

Banyak yang boleh anda lakukan untuk kitar semula bahan terbuang. Yang menjadi persoalannya sama ada anda mahu lakukan ataupun tidak. Jika ditanya akan kepentingan kitar semula, pasti ramai yang tahu menjawabnya... Benar! Cakap memang mudah... Tapi untuk melaksanakan...pasti pelbagai alasan yang timbul.

kreativiti kitar semula recycle

Tidak kreatif, tidak berbakat, tiada peralatan, tiada masa dan berbagai lagi... Kalau begitu adakah anda mengambil langkah mengumpul dan menghantar ke pusat kitar semula atau membuangnya di tong kitar semula yang disediakan? Jika tidak... Di manakah tanggungjawab kita dalam mengitar semula barang terbuang ini? 

Bersyarah panjang pun tidak ramai yang suka membacanya... Jadi, adalah lebih baik fokuskan sahaja kepada  hasil kreativiti kitar semula yang saya harapkan ada diantaranya yang dapat menarik minat anda untuk mencuba. Nikmatilah hasil kreativiti ini yang telah diasingkan ia kepada 3 kategori. Jom! kita kitar semula :)


1. Botol Plastik 
Anda juga boleh lihat pelbagai lagi kreativiti dari botol plastik di SINI

kreativiti kitar semula recycle
Ukiran seni kreatif di botol plastik ini pasti memikat sesiapa sahaja.
Yang ini memang memerlukan daya kreativiti dan bakat. Tidak salah
juga untuk anda mencubanya...:D

kreativiti kitar semula recycle
Buatkan pondok dari botol terbuang. Mungkin wakaf lebih sesuai.
Pasti menarik perhatian sesiapa sahaja.

kreativiti kitar semula recycle
Bagi yang aktif..anda boleh mencuba kreativiti ini. Tak perlu berbelanja
mahal untuk sebuah papan luncur...Lagi pun anda bukannya pro...hehe

kreativiti kitar semula recycle
Sebuah katil dan kerusi dari botol terbuang. Hmmm...sekadar idea,
jika ada yang berkenan...boleh saja :)

kreativiti kitar semula recycle
Antara kegunaan mudah botol plastik...jadikan bekas untuk tanaman 
sayuran di rumah anda. Selain kitar semula...dapat juga hasil untuk 
lauk percuma.

kreativiti kitar semula recycle
Tong plastik...menjadi sebuah kerusi lasak untuk halaman rumah anda. 

2. Botol Kaca
Botol kaca merupakan bahan yang paling lama untuk diurai semula 
secara semulajadi iaitu menjangkau jutaan tahun. Maka ia terbukti
tahan lama. Ingin tahu berapa lama bahan terbuang terurai secara
semulajadi... Anda boleh lihat di SINI

kreativiti kitar semula recycle
Pasti ramai yang sukakan pasu ini. Hasil yang sungguh kreatif.

kreativiti kitar semula recycle
Diantara ketiga-tiga lampu gantung ini...Yang mana satu yang paling memikat hati 
anda? Begitu unik dan menawan sekali hasil kreativiti kitar semula ini. Jika di jual,
pasti ramai yang ingin membelinya...Letak sahaja berapa harga yang anda mahu.
kreativiti kitar semula recyclekreativiti kitar semula recycle

kreativiti kitar semula recycle
Pelita di malam tujuh likur anda pasti menggoda sesiapa sahaja melihatnya.
Bukan sekadar cantik di malam hari malah cukup anggun di waktu siang.

kreativiti kitar semula recycle
Rumah kaca...Itulah yang boleh saya katakan. Pastinya tidak termampu untuk kita
lakukan...tapi ideanya yang penting dimana kita boleh selitkan botol di dinding
batu untuk pencahayaan semulajadi. 

3. Tayar Terbuang
Banyak yang boleh anda lakukan dengan tayar terbuang... Lihat di SINI
Cuma di sini saya cuma fokuskan kepada penggunaannya sebagai pasu bunga.
Berbagai cara boleh kita gubah dan susun untuk tampak lebih menarik.

kreativiti kitar semula recycle
Ikut tutorial bergambar ini untuk menghasilkan sebuah pasu bunga
yang amat menarik...cubalah.

kreativiti kitar semula recycle
Kerana pasunya yang unik...Pokok tersebut bertambah menarik..
Ye ke?....terpulanglah kepada anda menilainya :) Sekadar idea.

kreativiti kitar semula recycle
Susunan dan warna juga memainkan peranan penting dalam 
mencantikkan pasu tayar anda. 

kreativiti kitar semula recycle
Apa kata cuba pula kaedah ini...Gantung di dinding. Tampak kelainan
dan unik. Pastikan ianya di lubang agar air tidak bertakung.

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Kerusi Meja Pallet Terbuang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar