Rabu, 10 April 2013

Kreativiti Kitar Semula - Kerusi Meja Pallet Terbuang


Assalamualaikum... Seringkali kita lihat pallet kayu selepas digunakan, di buang begitu sahaja. Tidakkah anda ketahui bahawa ianya di hasilkan dari pokok yang penting buat kita dalam mengitar semula udara untuk kehidupan semua makhluk. Oksigen yang di keluarkan oleh tumbuhanlah membolehkan kita hidup di muka bumi ini.

Pallet kayu terbuang ini boleh kita kitar semula untuk mengurangkan penggunaan sumber kayu untuk kegunaan lain seperti kerusi dan meja untuk perabot rumah kita. Dapatlah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam semulajadi. Pallet terbuang...Itulah yang kita ingin fokuskan dalam kreativiti kitar semula kali ini. 

kitar semula pallet recycle idea

Mungkin ianya memerlukan sedikit kemahiran namun dengan contoh-contoh yang di paparkan di sini dapatlah kita meniru untuk membentuk kerusi dan meja yang di inginkan. Nikmati kreativiti kitar semula ini...semoga ada diantaranya yang memikat hati anda untuk mencubanya... Jom kitar semula!

Contoh-contoh kreativiti kitar semula kerusi dari pallet terbuang.
Pastinya hasil yang eksklusif. Tiada duanya...
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea

Contoh-contoh kreativiti kitar semula meja dari pallet terbuang
Lihatlah betapa menarik dan anggunnya meja-meja ini. 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea

Contoh-contoh kreativiti kitar semula kerusi bersama meja dari pallet terbuang.
Set perabot untuk didalam dan diluar rumah anda. Jimat belanja dan unik 
hasilnya...pasti tetamu anda akan terpikat.
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea 
kitar semula pallet recycle idea

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar