Assalamualaikum... Kini saya hidangkan lagi kepada anda koleksi bunga-bunga desa yang terdapat di rumah mertua saya. Tapi kali ini, saya cuma fokuskan kepada spesis bunga orkid. Ya... orkid desa atau anggerik desa, mungkin tidak secantik dan segah orkid-orkid di kedai-kedai bunga dan nursery. Namun keindahan bunga orkid desa mempunyai kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.
Saya pun hairan juga, mudah sekali pokok orkid ni tumbuh, di celah-celah batang sawit pun hidup subur. Kata ibu mertua saya, Pokok orkid yang ada disini di ambil dari batang sawit atau di celah-celah dahan mati di dalam kebun dan di tanam di dalam pasu. Tak ada sepokok pun yang di beli. Senangnyalah....
Begitulah mudahnya jika tinggal di kampung... Pepohon hiasan dan bunga-bungaan yang subur mekar di halaman dan keliling rumah tanpa perlu dibeli. Penjagaannya pun senang. Saya ni...beli sepokok bunga ros, punyalah jaga...dibaja, disiram, dibelai...habis sahaja berbunga, dengan pokoknya sekali mati kering.
Relaks Minda anda dan nikmatilah kecantikan dan keunikan gambar-gambar bunga orkid desa yang menjadi kesayangan ibu mertuaku hasil dari lensa kamera murah ku...
Terima kasih bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh ketenangan dengan menikmati keindahan bunga orkid desa ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai. Masih banyak lagi dalam simpanan gambar-gambar bunga di rumah ibu mertua saya dan jika anda sukakannya... nantikan entri koleksi seterusnya
Selamat berhujung minggu... Semoga anda semua berbahagia dan ceria selalu =)
Selamat berhujung minggu... Semoga anda semua berbahagia dan ceria selalu =)
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar