Jumat, 05 April 2013

Keindahan Alam - Nikmat Untuk Merawat Jiwa dan Minda


Assalamualaikum...
Relaks seketika...Santai sambil menikmati keindahan alam ini... 
Berilah santapan buat pandangan mata anda sepuas-puasnya.

keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda

Indah, cantik dan mempersonakan... Itulah yang mampu kita ucapkan pabila melihat keindahan alam yang terbentang luas. Bagaikan ada kuasa yang mampu memberikan kita satu nikmat ketenangan dan kedamaian jiwa dan minda. Tidak terfikir oleh akal fikiran...bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam mampu menghadirkan satu emosi dan perasaan tenang... Merawat jiwa yang kacau dan tertekan.

Itulah tanda kebesaran Allah SWT... Tanda KekuasaanNya yang tidak termampu kita rungkaikan. Alam yang terbentang indah ini adalah ciptaan Ilahi, Kurniaannya kepada kita sebagai syurga di dunia, untuk kita nikmati sambil mengagungi KebesaranNya dan mensyukuri nikmat yang di beri olehNya.

keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda

Bersyukurlah diatas segala nikmat pemberian DariNya. 
relaks minda

keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda

Berzikirlah sebagai tanda Mengingati, Memuji dan Mengagumi KebesaranNya
 relaks minda

keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks mindakeindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda 
keindahan alam relaks minda

Ketenangan yang perlu buat setiap insan hanya diberi percuma oleh Allah SWT dengan cara yang paling mudah. Nikmati keindahan alam semulajadi yang mempersonakan. Dari saat sinaran mentari mula menyinar menyinar menerangi alam, langit yang membiru di selaputi pula gumpalan awan. Laut yang terbentang luas, Angin menghembus lalu ombak menghempas pantai menandakan sempadannya dengan daratan. 

Bukit dan gunung bagaikan memaksi bumi, dari ketinggian mengalirnya sungai membentuk tasik dan lembah. Pepohon menghijau di selikan pula dengan bebunga yang mekar berwarna-warni. Pabila mentari beransur menghilang, suasana kelam kemerahan lalu gelaplah alam. Dilangit munculnya bulan dan bintang menyeri kegelapan. Seluruh isi alam berehat menanti munculnya kembali mentari di ufuk Timur.

Begitulah indahnya suasana alam yang sentiasa berubah setiap detik dan ketika. Nikmati ketenangan, kedamaian dan kesegaran untuk merawat jiwa dan minda dari sebarang tekanan dan kekusutan. Hargailah alam semulajadi, peliharalah ia kerana janganlah sampai ia bertukar membawa kepada bencana.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar