Tampilkan postingan dengan label Peraduan..Segmen & GA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Peraduan..Segmen & GA. Tampilkan semua postingan

Senin, 02 Desember 2013

Contest SEO Eridy - Mencabar Blogger

Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy
Contest SEO Eridy - blogger kecil berjiwa besar
"Contest SEO Eridy" merupakan satu contest yang mencabar blogger untuk bersaing kata kunci atau keyword untuk berada dimuka hadapan enjin carian. Contest yang dianjurkan oleh Blog Eridy ini bukan sekadar menawarkan hadiah yang lumayan tetapi dapat menyerlahkan kemahiran blogger untuk mengadaptasikan teknik SEO dalam artikel.

"Contest SEO Eridy"  ini juga memberi peluang terbaik kepada blogger untuk menyerlahkan kreativiti, mencabar minda serta menilai ilmu dan bakat seseorang blogger dalam penulisan SEO di blog agar lebih mesra enjin carian.

Berikut adalah informasi ringkas mengenai "Contest SEO Eridy" ini:

Syarat-syarat 'Contest SEO Eridy'...

  • Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
  • Entri mengikuti kreativiti tersendiri .

Hadiah 'Contest SEO Eridy'...

Hadiah untuk contest SEO ini berupa wang tunai yang berjumlah RM500.00
  1. Tempat pertama : RM200 x 1
  2. Tempat kedua : RM 100 x 1
  3. Tempat ketiga : RM 80 x 1
  4. Saguhati : RM 20 x 6
(Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keywordContest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.)

Tempoh 'Contest SEO Eridy'...

  • Tarikh mula pendaftaran / penyertaan  : 1.12.13 .
  • Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
  • Contest bermula : 12.12.13 ~ 30.12.13

Belajar Ilmu SEO Melalui "Contest SEO Eridy"

Jika anda seorang blogger yang sukakan cabaran, seronok bersaingan serta dahagakan ilmu, "Contest SEO Eridy" merupakan satu contest SEO yang amat sesuai untuk anda. Bagi blogger baru pula, inilah peluang untuk anda belajar serta menambah ilmu pengetahuan dalam mempelajari SEO.

Contest SEO Eridy

Apa itu SEO dan kenapa teknik SEO itu penting dalam sesebuah artikel? SEO atau Search Engine Optimization  merupakan ilmu yang penting untuk anda mempertingkatkan kualiti artikel dan blog agar mudah di indeks dan berada di muka hadapan enjin pencari. Bagi seorang blogger yang pentingkan trafik, ilmu SEO adalah satu kemestian kerana enjin pencari adalah lubuk peningkatan trafik yang paling utama yang mesti dikuasai. Oleh itu "Contest SEO Eridy" dapat menilai pengetahuan anda dalam teknik SEO ini.

Mencabar Diri dan Menilai Ilmu SEO Melalui "Contest SEO Eridy"

Selain dari tawaran hadiah yang menjadi rebutan, "Contest SEO Eridy" juga dapat menjadi kayu ukur terbaik untuk anda menilai tahap ilmu pengetahuan dan teknik SEO dalam artikel sama ada ianya berjaya atau perlukan lagi penambahbaikan agar anda berupaya meningkatkan diri untuk menjadi seorang blogger yang berjaya!

Contest ini di anjurkan oleh oleh eridy.com dan sekiranya anda berminat, mahukan cabaran, suka bersaing serta ingin menilai sejauh mana keupayaan artikel SEO anda, Contest SEO oleh Blog Eridy ini memberi anda peluang keemasan ini disamping tawaran hadiah yang lumayan.

Contest SEO EridySyarat penyertaan Contest SEO oleh Eridy ini amat mudah dan ringkas juga memberi ruang dan peluang yang tidak terhad untuk anda mengolah mengikut kreativiti dan kemahiran untuk menghasilkan sebuah artikel yang tinggi nilai SEO.

Jangan berlengah lagi...  Sertai contest ini disini - "Contest SEO Eridy"


p/s : orang kata blogspot kurang berjaya dalam contest SEO...ye ke? tunggu dan lihat pd 30.12.13...

Author by Bin Muhammad

Rabu, 21 Agustus 2013

Segmen Gempak Mieza Jhaa K


Dah lama tidak menyertai segmen... tapi jemputan dari adik manis ini tidak mampu ku tolak. Terlalu gempak untuk aku mengabaikannya cuma aku mengharapkan adalah hadiah sebuah kek hasil dari tangannya... tapi hampa, huhu... "Segmen Gempak Mieza Jhaa K" segmen yang kesekian kalinya kusertai.

Wahai si cantik manis yang ayu berkaca mata hitam...(bodek lagi tapi takut juge bikin panas si abe berbaju belang merah hitam tu...hehe) Semoga berjaya ya! 



Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Masih ada masa lagi...Jom kita meriahkan segmen ini!


Admin...

Senin, 29 April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

Assalamualaikum... Rasa bersalah jika tak joint segmen ni... Keramahan dan keistimewaan Mialiana membuatkan aku bagai dipaksa-paksa untuk turut serta. Sebagai tanda persahabatan... aku post juga entri ini. 



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Admin...

Senin, 22 April 2013

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG


kontes panduan blogger hasrulhassan.com
Assalamualaikum,
Terbuka hati untuk menyertai peraduan ini. Bukan kemenangan yang di cari tapi ianya menarik minat kerana peraduan ilmiah yang bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan meningkat daya kreativiti dalam menjawab soalan berkaitan ilmu dan pengetahuan ber'blog'. 

Tidak disangkal juga antara sebabnya adalah kerana ianya dianjurkan oleh seorang blogger yang cukup berilmu dan disegani dalam dunia blog yang menjadi panduan dan rujukan buat saya seorang blogger baru dan hijau di dunia blog ini. Terima kasih Hasrul Hassan.

Soalan2nya juga cukup menarik untuk di kupas kerana ianya isu yang cukup mencabar dan memeningkan bagi seorang blogger. Berikut adalah jawapan untuk ketiga-tiga soalan tersebut...


Google Pagerank (PR)... Adalah satu sistem pengkelasan oleh Google dalam menilai sesebuah blog melalui entri  yang berkualiti serta hasil dari memberi dan menerima pautan yang bertepatan dan berkualiti. Ianya dinilai dari skala 0 hingga 10. Semakin tinggi nilainya semakin baik kedudukannya dan menjadi rujukan utama dalam enjin carian Google. Umpama di sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kelas. Pasti semua inginkan kelas yang pandai yang semestinya menjadi tumpuan dan mendapat layanan istimewa. 

Begitulah juga pentingnya PR ini kepada saya kerana enjin carian Google adalah enjin carian terunggul dimasa kini yang pastinya PR yang tinggi akan mendapat perhatian istimewa dari  enjin carian Google lalu menjana trafik yang tinggi. Selain itu ianya juga mencabar saya dalam mengolah entri agar lebih berkualiti dan mengikut panduan yang ditetapkan (tidaklah terlalu hentam keromo mengikut naluri) disamping di sukai ramai. Pastinya PR yang tinggi menjadi idaman dan matlamat yang ingin di capai untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.


SEO satu lagi rahsia blogging yang sungguh menarik. Bagi saya, salah satu tip terpenting dalam menepati cirian SEO adalah tajuk sesuatu entri. Biasanya tajuk yang mesra SEO adalah tajuk yang mengandungi perkataan terhangat atau kata kunci popular yang dicari di dalam enjin carian. Ia biasanya berkait dengan isu-isu hangat semasa. 

Tapi saya lebih suka dengan perkatan atau kata kunci yang sentiasa relevan dicari sepanjang masa. Ianya akan memberi trafik yang berterusan tanpa had masa. Biasa ianya adalah tajuk bagi entri bersifat ilmiah, informasi, sejarah dan agama. Isi kandungan entri juga haruslah bertepatan dengan tajuk agar tidak di anggap sebagai 'menumpang' lalu tersisih dari enjin carian. Begitu juga perkataan utama yang digunakan dalam ayat serta pautan yang sertakan adalah relevan dengan entri dan tajuk anda.


Apakah tujuan anda membina dan menulis sesebuah blog. Pastinya salah satu sebab utama, anda mahukan pengunjung yang ramai dan setia. Untuk menarik minat pengunjung selain daripada entri yang berkualiti dan disukai ramai adalah penampilan blog itu sendiri. Pentingnya penampilan sesebuah blog ianya berkait rapat dengan isi kandungan sesebuah blog tersebut. Kesesuaian penampilan seperti penggunaan template, header, tajuk, warna, widget, font dan susun atur amat penting agar pengunjung tidak rasa asing dan janggal antara penampilan dan kandungan entri. Kesalahan dalam membuat penampilan.....umpama berbaju seksi tetapi mendendangkan irama nasyid. Berminatkah anda untuk menjadi peminat yang setia?

Pandangan pertama itu penting. Jika anda menghadiri sesi temuduga, pastinya penampilan adalah kriteria penting yang perlu anda utamakan. Walaupun entri anda berkualiti tapi anda kerugian pembaca setia kerana disaat pandangan pertama, pengunjung sudah tidak menyukainya apatah lagi mahu membaca atau menikmati entri berkualiti anda. Jelaslah bahawa penampilan blog yang kemas, cantik, ringan dan mesra pengguna pastinya menjadi 'X factor' untuk menarik pengunjung melekat untuk mengenali dan menikmati entri anda dan seterusnya menjadi pembaca yang setia. 


Admin...

Minggu, 10 Maret 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com



Assalamua'laikum...

Segmen di anjurkan oleh Mialiana, blogger peramah dan populer ini sungguh mudah. Tak perlu perah otak dan bersusah payah menerbitkan entri. Hanya Copy Coding yang disediakan kemudian Paste ...dan Publish! Saya sudah...anda? Jom ler..




Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Admin...

Sabtu, 09 Maret 2013

Segmen Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com



Assalamua'laikum...

Support Sahabat Relaks Minda... Jom! Sertai Segmen bloglist 24 jam oleh AkuPenghibur.com. Segmen bermula dari jam 10.00pagi ini dan berakhir jam 10.00pagi esok. 15 Blog bertuah akan di pilih untuk di senaraikan di Bloglist Blog Aku Penghibur iaitu Blog Top 3 Finalis Sosial Media Award 2013 kategori Lifestyle ini....

Klik gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat2 penyertaan :





Saya sudah...anda? Jangan ketinggalan...

 Admin...

Senin, 04 Maret 2013

Count Adam's Books Giveaway - Thanks Mama Liza

Assalamualaikum...

Entri kali ini khas buat Mama Liza atau Norlizayati Othman... Tuan tanah blog "Life As Mama Liza" sebuah blog personal yang berkisar tentang kehidupan Mama Liza sebagai seorang guru dan seorang ibu bagi sebuah keluarga yang bahagia. 

http://lizayati.blogspot.com/

Pada bulan Januari 2013 yang lepas beliau telah menganjurkan satu peraduan atau Giveaway yang bertajuk "Count Adam's Book Giveaway" yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu : 

Kategori A - Perlu follow blog dan tulis satu entri berkenaan tajuk dan meneka jumlah buku kepunyaan Adam (lihat gambar di bawah)
Kategori B - Kira dan teka jumlah buku kepunyaan Adam.

Peraduan berakhir pada 31 Jan 2012 jam 11.59 malam.

Kira buku Adam sahaja tau!

Kerana peraduan bagi Kategori B teramat mudah, maka saya pun membuka mata sebesar-besarnya untuk mengira buku kepunyaan Adam... Payah juge, agak2 anda mampu mengiranya dengan tepat? Apatah lagi bila di bagi tau buku Adam bercampur dengan buku kepunyaan Mama Liza....Perg!! 

Mana satu buku Adam nih? Betul-betul mencabar! Oleh kerana penyertaan hanya untuk meneka, maka saya pun menyertai peraduan bagi kategori B. Apalagi...Tembak jer laa...guna sniper.. hehe

Hadiah yang di tawarkan juga amat menarik iaitu satu set One Touch Rainbow jenama Tupperware! (Saya ulangi...Tupperware!). 5 pemenang dipilih bagi kategori A dan 1 pemenang bagi kategori B.

set Tupperware comel sebagai hadiah

Pada 1 Februari 2013... Entri pengumuman pemenang di siarkan. Berdebar-debar juge ye nak mengetahui keputusan...macam nak ambil keputusan SPM jer...hehe. 

Bagaikan tidak percaya apabila terlihat nama saya  terpilih memenangi peraduan bagi kategori B! Syukur...Alhamdulillah.  Gembira tak terkata...Yang lebih menakjubkan...jumlah tekaan saya adalah tepat! Ya....TEPAT

Anda ingin tahu berapa jumlah buku Adam... sila lihat entri pengumuman di sini  :

Tapi sebelum tu anda cuba-cubalah teka...hehe

Hari ini sebuah van bising meng "hon" di depan rumah... Rupanya van Pos Laju dan satu bungkusan di hulurkan, gembiranya bila melihat nama penghantar adalah Norlizawati Othman. 
Sebagai yang telah di janjikan, Alhamdulillah... hadiah peraduan selamat sampai. Hanya ucapan ribuan terima kasih buat Mama Liza di atas hadiah yang di beri. 

Berikut adalah gambar hadiah yang telah saya menangi... Menarik dan comel sekali dan yang lebih terujanya, ianya adalah orginal produk Tupperware! Pasti mahal juge kan... Terima kasih sekali lagi Mama Liza.

Botol air tu bukan hadiah...saje letak untuk posing sekali....hehe

Original Tupperware beb!

Anda jangan jeles pula ye... Rajin-rajinlah ke Blog Mama Liza, mana tau dia bermurah hati untuk menganjurkan peraduan lagi. Pasti hadiahnya lumayan. 

Tapi sebelum tu marilah berkenalan dengan Mama Liza di blognya..  .>>Life As Mama Liza<<   Jom kita terjah!

Sabtu, 23 Februari 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum wbt...
Buat pertama kali penyertaan dalam sesebuah segmen. Itu pun dah saat2 akhir...


Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Admin...