Senin, 04 Maret 2013

Count Adam's Books Giveaway - Thanks Mama Liza

Assalamualaikum...

Entri kali ini khas buat Mama Liza atau Norlizayati Othman... Tuan tanah blog "Life As Mama Liza" sebuah blog personal yang berkisar tentang kehidupan Mama Liza sebagai seorang guru dan seorang ibu bagi sebuah keluarga yang bahagia. 

http://lizayati.blogspot.com/

Pada bulan Januari 2013 yang lepas beliau telah menganjurkan satu peraduan atau Giveaway yang bertajuk "Count Adam's Book Giveaway" yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu : 

Kategori A - Perlu follow blog dan tulis satu entri berkenaan tajuk dan meneka jumlah buku kepunyaan Adam (lihat gambar di bawah)
Kategori B - Kira dan teka jumlah buku kepunyaan Adam.

Peraduan berakhir pada 31 Jan 2012 jam 11.59 malam.

Kira buku Adam sahaja tau!

Kerana peraduan bagi Kategori B teramat mudah, maka saya pun membuka mata sebesar-besarnya untuk mengira buku kepunyaan Adam... Payah juge, agak2 anda mampu mengiranya dengan tepat? Apatah lagi bila di bagi tau buku Adam bercampur dengan buku kepunyaan Mama Liza....Perg!! 

Mana satu buku Adam nih? Betul-betul mencabar! Oleh kerana penyertaan hanya untuk meneka, maka saya pun menyertai peraduan bagi kategori B. Apalagi...Tembak jer laa...guna sniper.. hehe

Hadiah yang di tawarkan juga amat menarik iaitu satu set One Touch Rainbow jenama Tupperware! (Saya ulangi...Tupperware!). 5 pemenang dipilih bagi kategori A dan 1 pemenang bagi kategori B.

set Tupperware comel sebagai hadiah

Pada 1 Februari 2013... Entri pengumuman pemenang di siarkan. Berdebar-debar juge ye nak mengetahui keputusan...macam nak ambil keputusan SPM jer...hehe. 

Bagaikan tidak percaya apabila terlihat nama saya  terpilih memenangi peraduan bagi kategori B! Syukur...Alhamdulillah.  Gembira tak terkata...Yang lebih menakjubkan...jumlah tekaan saya adalah tepat! Ya....TEPAT

Anda ingin tahu berapa jumlah buku Adam... sila lihat entri pengumuman di sini  :

Tapi sebelum tu anda cuba-cubalah teka...hehe

Hari ini sebuah van bising meng "hon" di depan rumah... Rupanya van Pos Laju dan satu bungkusan di hulurkan, gembiranya bila melihat nama penghantar adalah Norlizawati Othman. 
Sebagai yang telah di janjikan, Alhamdulillah... hadiah peraduan selamat sampai. Hanya ucapan ribuan terima kasih buat Mama Liza di atas hadiah yang di beri. 

Berikut adalah gambar hadiah yang telah saya menangi... Menarik dan comel sekali dan yang lebih terujanya, ianya adalah orginal produk Tupperware! Pasti mahal juge kan... Terima kasih sekali lagi Mama Liza.

Botol air tu bukan hadiah...saje letak untuk posing sekali....hehe

Original Tupperware beb!

Anda jangan jeles pula ye... Rajin-rajinlah ke Blog Mama Liza, mana tau dia bermurah hati untuk menganjurkan peraduan lagi. Pasti hadiahnya lumayan. 

Tapi sebelum tu marilah berkenalan dengan Mama Liza di blognya..  .>>Life As Mama Liza<<   Jom kita terjah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar