Sabtu, 02 Maret 2013

Rehatkan Mata dan Minda Anda Buat Seketika

Assalamua'laikum...

Syukur Alhamdulilah...kerana dapat lagi menikmati hari minggu sambil merehatkan badan, jiwa, hati dan minda. Ketika ini pastinya saat dimana anda dapat berehat setelah seminggu bekerja. Saat di mana anda perlukan ketenangan dan kedamaian untuk mengembalikan kesegaran dan kekuatan jiwa dan minda bagi mengharungi minggu yang seterusnya.

Namun tidak semua mempunyai kesempatan untuk menikmati rehat yang berkualiti. Ya..mungkin dapat lari seketika dari masalah dan beban kerja tetapi terpaksa pula memikul tanggungjawab lain. Namun itulah lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi. Rehat hanya dapat dikecapi pabila lelapnya mata.

Bagaimana pula dengan berbelog?...Adakah masa atau hari khusus untuk anda berehat? Terpulanglah kepada anda untuk menetapkan dan mentafsirkannya. 

Pastinya mata dan minda anda keletihan setelah lama mengadap komputer untuk 'blogwalking' mahupun  meng'update' pelbagai medium media sosial...

Relaks Minda akan cuba memberi sedikit kerehatan buat pandangan anda. Melihat sesuatu yang indah, berwana-warni, santai dan ringan mampu memberi kerehatan dan ketenangan buat mata dan minda anda buat seketika...Insyaallah.

Lapangkan fikiran anda dan biarkan hanya mata anda menikmati pelbagai warna yang menceriakan, menenangkan dan mempersonakan buat ketenangan dan kesegaran pandangan dan minda.

(klik gambar untuk menikmati saiz sebenar yang pastinya lebih mempersonakan)
pesona warna warni
keindahan
pesona warna warni
subhanallah
pesona warna warni
mempersonakan
pesona warna warni
alhamdulillah
pesona warna warni
menenangkan
pesona warna warni
laailaahaillallah
pesona warna warni
mengasyikkan
pesona warna warni
allahuakbar
pesona warna warni
mendamaikan
pesona warna warni
astaghfirullah
pesona warna warni
menceriakan
pesona warna warni
masyaallah
pesona warna warni

Sekarang...Tariklah nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Minumlah segelas air.... Semoga anda kembali segar. Ucaplah...Alhamdulillah tanda syukur kita kepada Allah SWT kerana memberi kesegaran, kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan aktiviti anda seterusnya... 
  
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda.

Admin...

1 komentar:

  1. Twin disasters in 2014, including the disappearance of Flight 370 en route from Kuala Lumpur to Beijing, hurt the airline's reputation. But Mueller said its main problems were an unsustainable network of routes, high operating costs and archaic information technology systems, among Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.

    BalasHapus