Assalamualaikum...
Anak-anak yang sudah mula membesar pastinya perlu diasingkan dari tidur bersama anda dan memerlukan bilik tidur mereka sendiri. Takkan nak tidur selamanya sebilik dengan anda. Anda harus bersedia untuk memisahkan mereka dari bilik tidur anda.
Berapa umur yang sesuai?...Sebaiknya selepas umur 2 tahun. Lagi awal lagi bagus. Jangan sampai terlalu lama kerana ianya akan memberi kesan yang negatif kepada anak-anak. Mereka harus di beri penerangan mengenai keperluan sesebuah bilik dan keseronokan mempunyai bilik sendiri.
Sebelum anda pisahkan mereka mulakan dengan mengasingkan mereka tidur di tilam lain iaitu tidak sekatil tapi masih sebilik. Bila tiba masanya barulah disuruh tidur di bilik mereka sendiri.
Biasakan mereka bermain atau tidur di siang hari di bilik mereka kemudian barulah di suruh bemalam. Pada permulaan pastinya begitu sukar kerana mereka akan merasa takut dan kesunyian. Jangan di ikutkan rayuan mereka, pujuk dengan baik dan jika terpaksa, temankan mereka seketika di bilik mereka sehingga mereka terlena.
Alah bisa tegal biasa... Kita dulu pun macam tu juga.. hehe. Salah satu cara untuk memujuk anak-anak untuk tidur di bilik mereka sendiri adalah dengan susun atur dan menghiaskan bilik tidur mereka dengan menarik.
Bilik tidur untuk si maja perempuan yang pastinya memikat hati mereka.
Berikut beberapa lagi contoh susun atur dan rekaan katil dan bilik untuk si manja anda. Pasti mereka dengan sendirinya akan berpindah secara sukarela... Relaks minda dan nikmatinya....mungkin ada diantaranya memberi ilham untuk anda...
Rekaan yang simple dan kemas tetapi mempunyai tarikan tersendiri
Bilik untuk anak-anak yang ramai. Kemas dan susunan yang teratur.
Warna juga tampak tenang.
Bilik tidur juga tempat bermain.
Jangan hairan jika anak anda tidak mahu keluar dari bilik pula.
Satu lagi contoh katil yang menggabungkan keseronokan dan keselesaan.
Ciri keselamatan penting dititik beratkan dalam rekaan sebegini.
Bagi anak lelaki yang aktif dan sukakan bersukan.
Rekaan ini amat sesuai buat mereka.
Rekabentuk yang luar dari kebiasaan juga bagus buat mereka.
Ianya akan membuka minda mereka untuk menjadi kreatif.
Rekaan katil yang ringkas tapi bentuk dan warna cukup memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian mereka. Tidak perlu perabot yang banyak di bilik mereka.
Rekaan unik dan menarik.
Pastinya mereka tidak menolak untuk tidur di bilik seperti ini.
Rekaan yang sesuai untuk ruang bilik yang terhad.
Ruang di dalam bilik yang bukan sahaja untuk mereka tidur tapi juga untuk
mereka bermain, berehat dan belajar.
Rekaan ini pastinya memberi keselesaan untuk mereka melakukan aktiviti tersebut.
Perlukan sesuatu yang luar biasa...Mungkin ini boleh dijadikan pilihan.
Jangan sampai si manja takut nak masuk bilik sudah le..hehe.
Ianya hanya contoh...mungkin anda boleh tukar kepada bentuk lain yang di sukai oleh si manja anda. Tapi saya tidak menggalakkan rekaan sebegini tapi terpulang kepada anda...
Ajarkanlah anak anda berdoa sebelum tidur.
Dalam mengubah suai bilik untuk si kecil, pastikan rekaan dan susun atur bilik tidur mereka tidak terlalu padat dengan perabot agar mereka bebas bergerak. Ciri keselamatan seperti tiada bucu-bucu tajam dan palang diperlukan di tempat yang sesuai serta pencahayaan yang mencukupi.
Warna dan perhiasan juga penting, pastikan mereka menyukainya dan tidak terlalu banyak, pelbagai dan terang. Warna ini akan mempengaruhi emosi dan mood mereka. Jangan asyik syok sendiri pula...lihatlah akan kegemaran dan pendapat mereka juga dalam menghias agar mereka lebih selesa. Itukan bilik mereka...
Semoga anda mendapat sedikit manfaat dan ilham dari artikel ini.. Ianya hanyalah pendapat saya dan hasil dari pembacaan. Jika ada yang terkurang atau terlebih dan sekiranya memberi masalah...silalah rujuk kepada yang pakar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar