Pelantar jalan kaki atau boardwalk merupakan laluan pejalan kaki yang di bina sebagai laluan untuk berjalan kaki sambil menikmati suasana di sekitarnya. Ia di bina di pelbagai lokasi untuk kemudahan laluan.
Anda belum puas menikmati ciptaan Ilahi? Kali ini kita berjalan di pelantar jalan kaki sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Relaks minda anda...nikmati keindahan di laluan buatan manusia di celah-celah alam semulajadi ciptaan Ilahi ini. Rasai ketenangan dan kedamaian alam yang tiada bandingannya...
Berjalan Menikmati Alam Semulajadi
Lihatlah kehijauan pepohon yang subur memayungi anda sepanjang laluan. Berjalan di pelantar jalan kaki dengan suasana yang redup dan udara yang begitu menyegarkan pasti anda akan terasa nikmat ketenangan dan kedamaian yang tiada ternilai harganya. Kehijauan yang menjadi santapan mata memukau pandangan. Bersyukur kita padaNya,,,Alhamdulillah...
Berjalan Di Temani Kebiruan Alam
Berjalan pula di pelantar di pesisiran laut...di bawah sinar mentari sambil ditiup bayu laut yang menyejukkan...fikiran pasti terasa lapang dan tenang.
Warna biru langit dan laut memberi suasana keindahan yang tiada bandingan. Melihat mentari terbit dan terbenam dengan warna alam yang memukau, sungguh sempurna...Indah sekali alam ciptaan mu...Ilahi.
Warna biru langit dan laut memberi suasana keindahan yang tiada bandingan. Melihat mentari terbit dan terbenam dengan warna alam yang memukau, sungguh sempurna...Indah sekali alam ciptaan mu...Ilahi.
Berjalan Di Paya Bakau
Berjalan kita di pelantar pejalan kaki di celah-celah pepohon bakau. Melintasi kawasan paya di pesisir laut mahupun muara sungai. Satu suasana baru yang memberikan pengalaman yang indah dan unik.
Mengharungi kehijauan dedaun dan menikmati hidupan unik di bawahnya merupakan tarikan tersendiri hutan paya bakau. Anda pasti merasa aman dan tenteram...jauh dari segala kesibukan, kesesakan dan tekanan.
Mengharungi kehijauan dedaun dan menikmati hidupan unik di bawahnya merupakan tarikan tersendiri hutan paya bakau. Anda pasti merasa aman dan tenteram...jauh dari segala kesibukan, kesesakan dan tekanan.
Perjalanan Memukau Pandangan
Berjalan pula di pelantar pejalan kaki di pergunungan... Lihat betapa luasnya alam...dan betapa kerdilnya kita ini, ibarat sebutir pasir di gurun Sahara.
Keindahan di ketinggian yang memukau pandangan, saujana mata memandang. Kedamaian dan ketenangan serta kepuasan menikmati keindahan pergunungan ciptaan Ilahi adalah nikmat yang harus anda nikmati. Berjalan sambil mengagungi kuasa Ilahi. Subhanalllah..
Perjalanan Di Percikan Air Yang Menyegarkan
Kini kita berjalan pula di pelantar jalan kaki di pinggir air terjun. Nyaman sungguh...terasa akan kesejukan air yang mengalir tanpa rasa jemu. keindahan air terjun yang jatuh menuruni batu-batuan sungguh menakjubkan.
Indah sungguh ciptaanmu... Ya Allah! Laailahailallah. Berjalan menyusuri sungai yang jernih di iringi pula dengan irama air terjun yang sungguh merdu... begitu mendamaikan dan menenangkan jiwa dan minda.
Perjalanan Yang Menenangkan
Akhir sekali kita berjalan di pelantar jalan kaki melintasi tasik yang indah dan tenang sambil menikmati suasana dan keindahan alam. Tiada gangguan kebisingan dan kesibukan...anda akan berasa tenang setenang air tasik yang tenang...
Begitulah indahnya alam semulajadi yang dapat anda nikmati sambil berjalan di pelantar jalan kaki. Satu contoh bagaimana binaan buatan manusia bergabung dengan alam semulajadi memberi faedah dalam menghargai alam semulajadi sambil mengagumi kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Anda sukakannya... lihat lagi di bawah label: keindahan alam
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar