Jumat, 22 Maret 2013

Pandangan Anda Terpedaya - Ilusi Optik Distorsi...



Assalamualaikum...Hari ini kita pelajari sesuatu tentang kelemahan pandangan mata kita. Tidak semua yang kita lihat mampu di tafsirkan oleh otak kita dengan tepat. Apabila ini berlaku, pandangan kita ini di panggil Ilusi Optik.

Salah satu illusi optik adalah bila mata kita tertipu dengan dimensi dan perspektif. Mata kita melihat seolah-olah ada perbezaan tapi sebenarnya ia adalah sama. Ini dipanggil ilusi distorsi. Selalunya ilusi distorsi ini mengelirukan di sebabkan oleh perspektif, iaitu dimensi rupa antara dekat dan jauh. Oleh itu jangan tertipu dengan jarak, saiz dan bentuk sesuatu objek tanpa anda mengukurnya terlebih dahulu. 

Anda lihat gambar-gambar berikut dan anda dapat lihat bagaimana mata kita memberi informasi yang salah lalu minda mentafsirkan ianya tidak seperti realiti.

Gambar 1
ilusi optik relaks minda
Point A-B kelihatan lebih panjang dari Point A-C. Cuba anda ukur...ianya adalah sama. 

Gambar 2
ilusi optik relaks minda
Kedua-dua bola tersebut adalah sama saiz.
Mata kita diperdaya dengan perspektif dimensi jarak. 

Gambar 3
ilusi optik relaks minda
Apa perbezaan antara 2 gambar ini? Ya...Tiada beza sebenarnya.
Cubalah ukur kepanjangan dan jarak antara garisan lurus tersebut untuk kepastian.

Gambar 4
ilusi optik relaks minda
Menara Pisa sebelah kanan kelihatan lebih condong dari yang sebelah kiri...
Anda terpedaya dengan mata anda sendiri!
Sebenarnya gambar kedua-duanya adalah sama.
Ukurlah kecondongan kedua-duanya anda pasti dapat jawapannya.

Jangan pula risau...Mata anda tidak rosak, ianya adalah kelemahan semulajadi pandangan mata yang ada pada setiap insan. Ada hikmah di sebalik kelemahan ini... Ia sebenarnya mengajar kita agar tidak terlalu mudah untuk membuat kesimpulan dan keputusan tanpa mengambil pendekatan dan penelitian yang sewajarnya.

Setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna...hanya kita perlu tahu akan hikmah dan keistimewaan disebalik kekurangan yang diberi kerana kekurangan itu sebenarnya adalah kelebihan!



Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar