Tampilkan postingan dengan label Ilusi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ilusi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 29 Oktober 2013

Optical Illusion by "Honda Illusions" - New Honda CRV Video



Ilusi Optik Dari "Honda Illusions" - New Honda CRV VideoOptical illusion atau Ilusi Optik memang menarik dan mengujakan. Ianya satu teknik penggunaan dimensi yang dapat mengelirukan pandangan mata anda. Ia bukan mudah untuk di lakukan kerana ianya memerlukan daya imaginasi dan ketepatan dalam sudut dan situasi. 

Sudah lama label ilusi ini tidak di update...tetapi baru-baru ini saya terlihat iklan Honda CRV terbaru ini. Ianya sangat menarik kerana menggunakan teknik optical illusion atau ilusi optik dalam iklannya. Ianya sungguh menarik dan mengagumkan.

Sungguh kreatif dan terserlah idea dan imaginasi team "Honda Illusions" dalam merealisasikan iklan ini. Anda saksikan sendiri video yang menarik ini untuk "New Honda CRV".

New Honda CRV fourth gen.
Honda CRV Fourth Generation



Pasti anda terpegun dengan daya kreativiti yang di tonjolkan oleh team "Honda Illusions" dalam iklan "New Honda CRV Video"...Inilah salah satu contoh terbaik Optical Illusion atau Ilusi Optik!

Bagaimana mereka melakukannya? Anda boleh saksikan pula video INI

Admin...

Selasa, 03 September 2013

The Hanging Rock (Batu Terapung)


What do you see at the first glance? The hanging rock? Or....

the hanging rock
Amazing optical illusion photo!


....it may seem like the rock is about to fall on the poor raccoon, but upon closer inspection you’ll see it’s actually a perfectly timed photo and perfectly captured reflection of the sky in the pond behind. The photograph was taken at the Hinckley Reservation in Northern Ohio and the photographer says the image is completely unedited and the water that day was very still. Photo source from HERE

Apa pandangan pertama anda pada gambar di atas? Pasti anda terlihat sebuah batu yang sedang terapung atau sedang jatuh hendak menimpa anak rakun tersebut... Perhatikan betul-betul dengan lebih teliti kerana gambar ini pada persektif sebenar; batu tersebut adalah batu di permukaan air kolam yang amat tenang dan berbayangkan langit yang berawan. Rakun tersebut pula sedang berjalan menaiki tebing kolam!

Sebuah gambar mampu memberi anda pelbagai kisah dan gambaran. Fikirkanlah apa yang boleh anda pelajari, cerita dan simpulkan di sebalik gambar yang menakjubkan ini?

p/s: klik gambar untuk saiz sebenar
Admin...

Selasa, 26 Maret 2013

Wajah-Wajah Ilusi...


Assalamualaikum... Kita Relaks Minda sambil menguji pandangan dengan Ilusi Optik. Ilusi optik memang amat menarik dan menghiburkan. Ianya mengelirukan dan memperdaya pandangan mata anda. Ianya juga menguji bagaimana otak anda mampu mengecam, mentafsir dan memberi fokus keatas apa yang anda perhatikan. (klik gambar untuk besarkan agar lebih jelas)

Anda lihat gambar di bawah ini. Nampak seperti tiada apa yang berbeza atau luar biasa. 
Benarkah? Cuba anda terbalikkan kedua2 gambar ini...
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda

Gambar ini pula menampakkan wajah pada gambar di sebelah kanan nampak pelik.
Cuba anda terbalikkan gambar ini...Hah! jangan tidak percaya! 
optical illusion relaks minda
Sebenarnya gambar kiri dan kanan itu adalah sama...pelik kan? 
Mata kita mempunyai kelemahan. Ianya tidak mampu memberi gambaran sebenar
kepada otak jika objek atau gambar itu di ubah bentuk dan kedudukan dari kebiasaannya.

Sekarang kita uji mata... Berapa wajah yang anda dapat jumpa...
1....2....atau 3 wajah?

Ini adalah hasil seni lukis yang sebenarnya tidak pun melukis gambar wajah tetapi dengan kreativiti... lukisan yang di hasilkan membentuk wajah dari subjek lukisan tersebut. 
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda 
optical illusion relaks minda
Lukisan dua ekor tupai di dahan pokok.... atau wajah gadis yang ayu

Jika anda perhatikan betul-betul gambar ini... Tiada pun sebenarnya muka lelaki itu... optical illusion relaks minda
Ianya hanyalah lukisan pemandangan sebuah desa.

Gambar di bawah juga menggunakan ilusi pandangan mengelirukan otak anda 
untuk melihat bahawa ada gambar wajah pada lukisan tersebut.                                        
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda
                   Ilusi wajah lelaki                                   Ilusi wajah pasangan orang tua      

optical illusion relaks minda
Ilusi gambar tengkorak yang sebenarnya tidak ada pun tengkorak!

Pada gambar-gambar di bawah ini pula menguji berapa jumlah wajah dan orang yang boleh anda temui...
Uji kecekapan mata anda dan kebolehan otak anda mengecam wajah-wajah yang tersembunyi.
optical illusion relaks minda
ada 9 wajah

optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda
                     Ada berapa wajah agaknya?                              Ada 6 wajah    

Teknologi kamera digital sekarang mampu mengecam wajah pada gambar...seperti telefon bimbit LG ini. Ia mampu mengesan 16 wajah manusia...Dapatkah anda mengesan kesemuanya...Cubalah! Kalau anda dapat lebih dari itu anda lagi hebat! (klik gambar untuk besarkan)
optical illusion relaks minda

Berikut adalah ilusi optik gambaran pandangan bagi seseorang yang mabuk.
Anda juga akan pening melihatnya.
optical illusion relaks minda

Lihat gambar ini, kiri wajah wanita dan kanan wajah lelaki...
optical illusion relaks minda
Sebenarnya kedua gambar wajah ini adalah sama yang membezakannya 
hanyalah tahap kegelapan dan kecerahan gambar sahaja...

Ini pula hanyalah selonggok kepingan permainan cantuman gambar
yang membentuk seakan-akan wajah harimau... 
optical illusion relaks minda

Mata kita sering menipu otak...oleh itu berfikir panjang dan mendalam dengan apa yang anda lihat sebelum mulut anda mengeluarkan kata-kata. Andai anda tidak pasti, dapatkan maklumat lanjut atau lebih baik diam. 


Ini pula bukan lah ilusi... Sekadar hiburan,
Lihatlah photoshop wajah Mr. Bean yang kreatif menjadi begitu menggelikan hati... 
Senyum sikit, Relaks Minda anda!
optical illusion relaks minda

Admin...

Sabtu, 23 Maret 2013

Mata Anda Penipu??


Assalamualaikum...Mata anda menipu atau mengelirukan otak! Tidak mungkin...tapi terimalah hakikatnya yang ianya adalah realiti! Itulah yang di namakan ilusi optik. 

Sesuatu gambar yang di lukis atau di ambil begitu unik sehingga adakalanya ia membuatkan anda terkeliru sejenak. Ianya menjadi satu ujian yang cukup menarik untuk anda melihat dan mentafsir sesuatu. Ianya juga dapat memberikan penilaian terhadap diri dan cara pemikiran anda.

Sesetengah dari kita menggunakan otak sebelah kiri yang membuat tafsiran secara terus tetapi fungsi otak sebelah kanan lebih abstrak...mampu memberi tafsiran yang lebih mendalam. Mata yang melihat juga perlukan penelitian yang lebih mendalam untuk mendapatkan sesuatu gambaran yang berbeza dan jelas. 

Kita cuba beberapa ujian ilusi optik yang memerlukan anda membuat sedikit pemerhatian yang teliti agar fungsi otak anda dapat memberi tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu gambar atau tulisan.


ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Perhatikan kedua-dua gambar tingkap ini. 
Gambar kiri : Adakah tingkap itu di kiri atau kanan dinding? 
Gambar kanan : Adakah tingkap tersebut di sudut/bucu dalam atau luar dinding?
Pada pandangan yang pertama anda menilai, otak sebelah mana yang berfungsi dahulu. Jika anda nampak dinding kiri dan sudut luar bermakna otak sebelah kanan anda yang memberi tafsiran tersebut.
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Gambar kiri : Anda melihat sekumpulan unta sedang bergerak...Mungkin anda menyangka ianya sebuah lukisan kerana unta tersebut berwarna hitam, perhatikan betul2...ianya adalah gambar unta yang di ambil dari udara...bentuk unta hitam itu adalah bayang-bayang unta tersebut! 
Begitu juga gambar kanan...ianya gambar burung merpati dan bayang-bayang. Teknik fotografi yang sungguh menarik dan unik. 
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks minda 
ilusi optik relaks minda
Kedua-dua ini pula adalah gambar pemandangan...namun ianya memberi gambaran bentuk yang tersembunyi dan anda hanya dapat lihat apabila ianya bersatu dengan bayang di air. Ini mungkin mudah untuk anda kenal pasti.
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Ini pula merupakan hasil kreativiti seni yang membentuk sesuatu objek atau lukisan yang mustahil. Ianya adalah hasil dari pembentukan dimensi yang salah namun memberi satu karya seni yang menarik. 
Gambar kiri : Lihat bagaimana terkelirunya pandangan kita dengan rupa bentuk set lego tersebut.
Gambar kanan : Bolehkah anda mengira berapa batang pensil yang terdapat pada gambar tersebut?
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Mata kita tidak dapat memberi pandangan yang betul dan tepat kepada otak jika ianya mempunyai warna dan bentuk yang mampu mengelirukan pandangan. Lihat kedua-dua gambar di atas...sesiapa sahaja akan melihat ianya tidak lurus!..Namun realitinya ianya lurus! Ambil pembaris dan uji sama ada ianya lurus atau tidak...anda pasti teruja dengan keputusannya!
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks minda 
ilusi optik relaks minda
Ini pula satu ujian yang menunjukkan sesuatu benda atau bentuk yang sama tetapi jika di susun dalam cara yang berbeza, ianya akan memberi nilai dan jawapan yang berbeza
Sama seperti kita dalam membuat sesuatu keputusan, anda perlu membuat pelbagai teknik dan ujian agar anda mendapat keputusan yang berbeza sama ada ianya lebih baik atau sebaliknya agar anda dapat menilai yang terbaik sebelum keputusan muktamad di buat. 
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Gambar apa yang anda lihat... Kiri : seekor anjing yang sedang di hurungi serangga...tidak! ianya adalah gambar anjing di lantai...serangga tersebut adalah manusia! pengiklanan yang sungguh kreatif.
Kanan : Gambar seekor kucing sedang melompat...tidak! ianya hanyalah gambar seekor kucing yang sedang terbaring di lantai! teknik fotografi yang kreatif membuat kita tertipu...huhu.  
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Ini merupakan trik biasa bagi sesuatu lukisan atau gambar yang memerlukan pemerhatian anda kerana terdapat gambar tersembunyi...Dapatkah anda jumpa gambar tersebut dalam 5 saat? Ianya menguji kecekapan otak anda mentafsir apa yang anda lihat.
Kiri : gambar bayi
Kanan : ada dua gambar muka 
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks minda 
ilusi optik relaks minda
Lebih kurang sama seperti lukisan sebelum ini, tetapi ini dalam bentuk gambar pula...
Di dalam kedua-dua gambar ini terdapat satu wajah. 
Dapatkah anda mencari wajah yang sedang memerhati anda itu?
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks mindailusi optik relaks minda
Gambar kiri : Ini adalah ujian yang menarik untuk melihat bagaimana otak anda mampu mentafsir apa yang anda sebut sama dengan yang anda lihat...cubalah...adakah anda menyebut sama seperti warna yang anda lihat tanpa terpengaruh dengan perkataan tersebut? (Sebut dalam english juga)
Gambar kanan : Tidak kira bagaimana susunan huruf, yang penting huruf permulaan dan akhir mesti betul...anda pasti mampu membacanya...canggihkan otak kita!
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks minda 
ilusi optik relaks minda
Gambar berikut ini merupakan ilusi yang di beri oleh pandangan mata yang di tafsirkan oleh otak. Otak kita tidak dapat memberikan gambaran sebenar kerana mata terkeliru dengan rupa dan warna yang membuatkan otak mentafsir yang ianya bergerak. (klik gambar untuk efek yang jelas)

ilusi optik relaks minda
Ini merupakan satu hasil seni yang sungguh mengagumkan! Ianya adalah satu lukisan yang di potong kepada tiga bahagian. Apabila 2 bahagian sebelah atas di tukar tempat, perhatikan perbezaanya. Kira jumlah 'wizard' sebelum (gambar atas) dan selepas pertukaran (gambar bawah). Bagaimana jumlahnya boleh berbeza??
(klik gambar untuk besarkan)

ilusi optik relaks minda
Cari kesalahan pada ayat di atas dalam masa 5 saat... 

Semoga anda terhibur sambil menguji pemerhatian mata dan pemikiran otak anda. Perlu anda ingat...jangan cepat membuat sebarang keputusan tanpa sebarang penilaian. Buatlah penilaian dan ujian dengan teliti dan pelbagai agar anda mendapat pelbagai jawapan supaya anda dapat satu kesimpulan dan akhirnya tercapai satu keputusan yang terbaik... Dan jangan lupa memohon petunjuk dari Allah SWT...

Teruskan berilusi :
Ilusi Optik Distorsi
Optical Illusion...Words
Optical Illusion

Admin...