Selasa, 26 Maret 2013

Wajah-Wajah Ilusi...


Assalamualaikum... Kita Relaks Minda sambil menguji pandangan dengan Ilusi Optik. Ilusi optik memang amat menarik dan menghiburkan. Ianya mengelirukan dan memperdaya pandangan mata anda. Ianya juga menguji bagaimana otak anda mampu mengecam, mentafsir dan memberi fokus keatas apa yang anda perhatikan. (klik gambar untuk besarkan agar lebih jelas)

Anda lihat gambar di bawah ini. Nampak seperti tiada apa yang berbeza atau luar biasa. 
Benarkah? Cuba anda terbalikkan kedua2 gambar ini...
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda

Gambar ini pula menampakkan wajah pada gambar di sebelah kanan nampak pelik.
Cuba anda terbalikkan gambar ini...Hah! jangan tidak percaya! 
optical illusion relaks minda
Sebenarnya gambar kiri dan kanan itu adalah sama...pelik kan? 
Mata kita mempunyai kelemahan. Ianya tidak mampu memberi gambaran sebenar
kepada otak jika objek atau gambar itu di ubah bentuk dan kedudukan dari kebiasaannya.

Sekarang kita uji mata... Berapa wajah yang anda dapat jumpa...
1....2....atau 3 wajah?

Ini adalah hasil seni lukis yang sebenarnya tidak pun melukis gambar wajah tetapi dengan kreativiti... lukisan yang di hasilkan membentuk wajah dari subjek lukisan tersebut. 
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda 
optical illusion relaks minda
Lukisan dua ekor tupai di dahan pokok.... atau wajah gadis yang ayu

Jika anda perhatikan betul-betul gambar ini... Tiada pun sebenarnya muka lelaki itu... optical illusion relaks minda
Ianya hanyalah lukisan pemandangan sebuah desa.

Gambar di bawah juga menggunakan ilusi pandangan mengelirukan otak anda 
untuk melihat bahawa ada gambar wajah pada lukisan tersebut.                                        
optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda
                   Ilusi wajah lelaki                                   Ilusi wajah pasangan orang tua      

optical illusion relaks minda
Ilusi gambar tengkorak yang sebenarnya tidak ada pun tengkorak!

Pada gambar-gambar di bawah ini pula menguji berapa jumlah wajah dan orang yang boleh anda temui...
Uji kecekapan mata anda dan kebolehan otak anda mengecam wajah-wajah yang tersembunyi.
optical illusion relaks minda
ada 9 wajah

optical illusion relaks mindaoptical illusion relaks minda
                     Ada berapa wajah agaknya?                              Ada 6 wajah    

Teknologi kamera digital sekarang mampu mengecam wajah pada gambar...seperti telefon bimbit LG ini. Ia mampu mengesan 16 wajah manusia...Dapatkah anda mengesan kesemuanya...Cubalah! Kalau anda dapat lebih dari itu anda lagi hebat! (klik gambar untuk besarkan)
optical illusion relaks minda

Berikut adalah ilusi optik gambaran pandangan bagi seseorang yang mabuk.
Anda juga akan pening melihatnya.
optical illusion relaks minda

Lihat gambar ini, kiri wajah wanita dan kanan wajah lelaki...
optical illusion relaks minda
Sebenarnya kedua gambar wajah ini adalah sama yang membezakannya 
hanyalah tahap kegelapan dan kecerahan gambar sahaja...

Ini pula hanyalah selonggok kepingan permainan cantuman gambar
yang membentuk seakan-akan wajah harimau... 
optical illusion relaks minda

Mata kita sering menipu otak...oleh itu berfikir panjang dan mendalam dengan apa yang anda lihat sebelum mulut anda mengeluarkan kata-kata. Andai anda tidak pasti, dapatkan maklumat lanjut atau lebih baik diam. 


Ini pula bukan lah ilusi... Sekadar hiburan,
Lihatlah photoshop wajah Mr. Bean yang kreatif menjadi begitu menggelikan hati... 
Senyum sikit, Relaks Minda anda!
optical illusion relaks minda

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar