Assalamua'laikum...Entri kali ini pasti di gemari oleh pencinta makhluk Allah yang comel ini iaitu kucing. Kucing merupakan binatang peliharaan yang paling banyak di pelihara. Sifatnya yang manja dan riang disamping rupanya yang comel membuatkan ianya menjadi binatang peliharaan yang popular dan di gemari ramai.
Kucing juga merupakan binatang peliharaan yang menjadi kesayangan Rasulullah. Diberi nama Mueeza, kucing kesayangan Baginda ini akan di kendong bersama tatkala bertemu tetamu yang datang ke rumah Baginda. Begitu sayangnya Baginda dengan Mueeza. Kucing yang paling bertuah di dunia.
Itu hanya secebis kisah dan banyak sekali posting yang berkaitan Rasulullah dan kucingnya yang anda boleh dapat apabila anda membuat carian di Google.
Apabila anda memelihara kucing, pastikan anda menjaganya dengan baik. Jangan sesekali menyeksa mereka. Makan dan minumnya harus terjaga. Jika anda pelihara di dalam rumah, pastikan tempat tidur atau rehat yang selesa buat mereka.
Kesian kucing-kucing ini terpaksa berhimpit di dalam kotak yang kecil.
Janganlah siksa mereka begini....
Saya ingin memperlihatkan kepada anda beberapa kreativiti rekaan dan contoh tempat tidur dan bermain buat si comel anda ini yang sungguh menarik, praktikal dan eksklusif. Mungkin ada diantaranya menarik minat anda untuk di hadiahkan buat si manja ini. Kalau dah sayang...apa salahnya...
Siap ada tangga lagi...Pasti seronok si comel ini mendapat bilik yang selesa.
Ini baru betul...sebuah katil comel buat simanja anda.
Pasti dia nak tidur aje lepas ni.
Ruang rak buku anda juga boleh di gunakan untuk tempat kucing tidur.
Sesuai ke? Terpulang kepada anda...sekadar idea.
Beg lama yang tidak di gunakan pun boleh di jadikan tempat tidur
yang selesa buat kucing anda.
Contoh permainan buat si manja anda. Bermain sambil bersenam.
Macam hamster la pulak...hehe
Jika anda mampu, buat sebuah kabinet khas untuk kucing anda.
Ia juga boleh di letakkan di mana-mana sahaja sebagai kabinet hiasan.
Rekaan katil bujang yang eksklusif untuk si comel anda berehat.
Makin bolat le si manja anda ni...
Rekaan untuk si comel anda bermain panjat-panjat.
Pasti seronok melihat gelagatnya.
Ruang di bawah singki kabinet dapur anda merupakan
tempat yang paling sesuai untuk di jadikan bilik untuk si manja anda.
Anda ada banyak kucing...Rekaan ini amat sesuai dan kelihatan kemas sekali.
Tempat bersantai yang selesa buat mereka.
Kerusi istimewa yang di reka memberi ruang untuk kucing anda berayun bersama.
Agak-agak siapa yang lena dulu...
Tak ada budget...Buatkanlah seekor satu kotak untuk si comel anda berehat.
Kalau malas buat seperti di atas, kalau rajin sedikit...buatlah seperti di bawah ini
Pastinya, jika anda membela kucing...layanlah ia seperti ahli keluarga anda.
Berikan ia keselesaan setakat yang anda mampu.
Kucing amat suka akan perhatian anda.
Jangan jadikan ia alasan jika ia mengganggu anda...tapi sediakan kemudahan buatnya..
.pasti ia juga amat menyenanginya.
Bagaimana? Ada yang menepati citarasa anda. Terpulanglah...kalau tidak dapat mengadakan tempat seperti di atas pun bukannya satu kesalahan. Kerusi sofa anda pun empuk untuk mereka berehat...Yang penting...jangan anda sakiti mereka. Rasullullah pun menyayangi kucing...maka sewajarnyalah ianya menjadi ikutan, panduan dan tauladan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar