Banyaknya Tayar Terbuang!
Di Malaysia, pada tahun 2011 terdapat 21,401,269 buah kenderaan berdaftar. Cuba kita ambil hanya suku daripada jumlah tersebut menukar tayar baru iaitu sebanyak 5 juta buah . Dan jika setiap kenderaan hanya menukar 2 biji tayar, maka terhasillah lebih kurang 10 juta tayar terbuang hanya di bumi Malaysia.
Jumlah itu hanya untuk tempoh setahun. Kalau 10 tahun, akan ada 100 juta tayar terbuang terhasil! Satu data yang sungguh mengerikan! Pasti penuh bumi ini dengan tayar...
Ini hanyalah anggaran, tapi realitinya ia sebenarnya lebih dari itu. Dimanakah hendak kita buang semua tayar-tayar tersebut? Sebenarnya tayar-tayar terbuang ini boleh dikitar semula. Ianya akan di proses untuk di jadikan bahan asas semula untuk kegunaan industri pembuatan. Namun ianya biasanya di beli secara pukal dan diborong terus dari kedai-kedai tayar.
Bagaimana jika anda mempunyai 2 atau 3 biji tayar terpakai? Pasti susah untuk menjualnya. Nak disimpan pun tiada gunanya. Jika terdedah pasti mudah air bertakung, masalah lain pula timbul...
Kreativiti Dari Tayar Terbuang Dan Terpakai
Kreativiti kitar semula kali ini memberi fokus kepada tayar terbuang untuk di kitar semula. Mari kita nikmati beberapa hasil kreatif dari tayar terbuang untuk anda cuba...
Paling biasa anda lihat, pastinya tayar terbuang ini di buat pasu bunga.
Janganlah terlalu biasa, cuba kreatif sedikit. Susunan dan warna akan
memberikan impak yang menarik terhadap pasu bunga tayar terpakai anda
Sebuah taman bunga mini juga boleh anda hasilkan...
Lihatlah! Betapa cantik hasilnya.
Selain pokok bunga anda juga boleh tanam pokok sayuran dan herba.
Anda juga boleh mengubah tayar tersebut kepada bentuk pasu yang
menarik seperti ini. Ikut sahaja cara-caranya....Hasilnya sebuah pasu bunga
yang unik dan menarik. Warnakan ia mengikut warna kesukaan anda.
Jika anda mahukan pasu bunga yang bergantung, ini salah satu
contoh yang boleh anda tiru.
Jika mahukan pasu gantung yang lebih kreatif, anda boleh ambil contoh
ini. Memang cantik, menarik dan kreatif.
Selain dari itu, tayar terbuang juga boleh dijadikan hiasan menarik untuk taman mini
di halaman rumah anda. Ianya memerlukan daya kreativiti yang tinggi.
Tayar terbuang sesuai untuk kegunaan di luar rumah kerana ianya tahan lama dan lasak
terhadap pelbagai suhu dan cuaca.
Ini pula contoh kerusi dari tayar terbuang untuk kegunaan di taman
mini anda. Sungguh menarik sekali hasilnya
Ini pasti menjadi kesukaan anak-anak anda. Satu mainan ringkas untuk
mereka bermain di halaman rumah.
Tidak lengkap sesebuah taman tanpa ada kolam air. Gunakan tayar terbuang
untuk menghasilkan sebuah kolam mini yang comel dan menarik sebagai
pelengkap taman mini anda. Ikut sahaja tutorial bergambar diatas.
Seringkali tong sampah anda hilang atau beralih tempat? Ini adalah
jalan penyelesaiannya. Kalau masih beralih dan hilang juga...pastinya
orang itu berkenan sangat dengan tong sampah anda yang cantik ini...hehe
Jangan ingat tayar terbuang hanya sesuai untuk kegunaan di luar rumah. Anda lihat pula bagaimana kreatifnya kreativiti kitar semula tayar terbuang ini untuk di jadikan barangan kegunaan di dalam rumah pula... Tapi pastikan ianya dibersihkan dan di samak sebelum ia digunakan.
Tempat duduk yang sungguh menarik. Jika tidak di ruang tamu, pasti ianya
sesuai diletakkan di beranda atau ruang rehat. Pastikan ianya dilengkapi
dengan roda! jika tidak, pasti masalah besar untuk anda mengalihkannya.
Lagi contoh tempat duduk dari tayar terbuang. Jika kena dengan warna dan tema,
pasti ianya tampak menarik dan eksklusif sekali.
Lihatlah betapa anggun dan eksklusifnya meja ini. Jika dapat tayar yang
bercorak seperti tayar untuk kenderaan 4WD, pasti tampak lagi gempak.
Sungguh kreatif! Jika anda mengatakan yang meja ini dibeli di IKEA
pasti semua orang akan percaya...hahaha! (gelak dalam hati jer ye)... :)
Kitar Semula Demi Alam Semulajadi
Bagaimana? Masih hendak dibuang tayar-tayar terbuang itu? Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar