Assalamualaikum... Anda Stress! Inginkan ketenangan dan kedamaian... Itu mudah sahaja, Ikutlah sahaja petua ini. Hanya dengan 2 langkah...
Anda sudah lakukannya?...Kini, rehatkan mata anda seketika, nikmati keindahan ciptaan Allah yang berwarna-warni ini... Sesungguhnya ia diciptakan untuk tatapan mata kita sambil mengingati dan mengagungi kebesaran yang Maha Esa. Sambil mata menjamu santapannya, dihati berzikirlah...
Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah
Alhamdulillah
WaLaailahailallah
Allahuakbar
Subhanallah
Alhamdulillah
WaLaailahailallah
Allahuakbar
Bila hati anda tenang, degupan jantung menjadi stabil dan pengaliran darah juga menjadi lancar. Kini barulah fikiran anda mampu berfikir dengan waras. Jasad pun menjadi cergas dan segar. Bersyukurlah di atas nikmat yang di beri.
Jangan biarkan diri anda dikuasai oleh tekanan...Ianya akan membinasakan diri dan fikiran. Masalah pasti akan sentiasa berkunjung datang, hanya dengan hati yang tenang anda mampu mencari jalan penyelesaian dengan mudah... Dekatkan diri dengan Allah dan Berdoa. Mintalah petunjuk darinya.
Semoga anda beroleh ketenangan... Relaks Minda barang seketika, sedangkan mesin pun perlukan rehat inikan pula kita... Insan yang lemah, kerdil lagi tiada berdaya... Sentiasa bersikap positif dan jangan biarkan kelemahan menguasai diri anda. Jadilah insan yang mempunyai keyakinan dan jati diri!
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar