Assalamua'laikum....
Hujung minggu tiba lagi....Pastinya waktu yang di nantikan untuk keluar dari kepompong kerja harian anda. Anda berada di tempat yang paling sesuai untuk anda menikmati ketenangan di hujung minggu. Tiada tempat lain selain Blog Relaks Minda untuk anda nikmati rehat seketika di alam siber ini...
Nikmati keindahan alam semulajadi yang pastinya mendamaikan, menenangkan dan mempersonakan pandangan. Hayati satu persatu keindahan alam ciptaan Ilahi ini... Kesempurnaan ciptaan yang tiada bandingan...
Keindahan alam yang pelbagai rupa dan warna sungguh mengagumkan.
Memukau pandangan...terpaku dengan ciptaan Ilahi.
Jangan sekali kita tidak bersyukur di atas nikmat kecil yang kita nikmati seperti
pandangan mata yang dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi.
Bersyukurlah....di kala senang, semoga Allah melindungi kita pabila ujian besar menimpa.
Pencipta seluruh alam dan makhluk yang hidup di dalamnya...Allah SWT.
Sambil menikmati dan mengagumi keindahan alam ciptaan Ilahi...lafazkanlah
kalimah suci tanda syukur dan mengagungkan kekuasaanNya.
Warna-warni alam sungguh menawan dan mengasyikkan.
Dari bermulanya terbit mentari, alam disinari cahaya...hingga ianya tenggelam
di ufuk barat menukarkan suasana alam menjadi malam.
Indah dan sempurnanya putaran alam yang tidak jemu-jemu mengikut jadual
yang telah di tetapkan....Tidak tercepat mahupun terlewat walaupun sesaat
Jangan buta hati...Jika hati buta, pandangan anda juga buta.
Sungguh indah alam ciptaan ilahi. Hanya dengan memandangnya dapat menenangkan dan mententeramkan hati, jiwa dan minda. Nikmat percuma yang tidak ternilai harganya.
Semoga anda mendapat sedikit ketenangan di samping mengagumi akan kekuasaan Maha Pencipta. Berehat dan bertenang walau seketika penting untuk kesegaran dan ketenangan hati dan minda dan nikmatinya di Relaks Minda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar