Assalamua'laikum wbt...
Syukur Alhamdulillah kerana masih di panjangkan usia untuk menikmati kehidupan di dunia yang indah ini. Bukan semua orang bertuah dapat berpeluang menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Nikmat yang tidak ternilai... Hargailah dan jagalah pandangan mata anda.
Pernahkah anda terfikir bagaimana jika dunia anda gelap gelita. Cuba balut mata anda dengan kain dan hiduplah selama selama satu jam sahaja dalam kegelapan. Rasakan bagaimana jika Allah menarik nikmat mata ini. Bayangkan betapa susahnya hidup tanpa penglihatan, tetapi kita jarang bersyukur walaupun ketika melihat sesuatu yang indah sekalipun.
Jagalah pandangan mata anda... Jangan memandang sesuatu yang haram dipandang. Marilah kita menjaga pandangan mata. Apabila ada potensi akan berlaku pemandangan yang haram, nyalakan penggera taqwa di minda dan segeralah berpaling. Sabda Rasullullah SAW : Daripada Jarir bin Abdillah, "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya". (HR Muslim) Kalau tidak sengaja pun disuruh berpaling, apatah lagi kalau dengan sengaja.
Keindahan dan warna-warni ciptaan Ilahi.
Cukuplah bebelan hari ini... Kini kita beri santapan buat pandangan mata. Nikmati kecantikan dan keindahan bunga-bungaan ciptaan Ilahi yang pastinya memukau. Bersyukurlah kerana kita dapat melihat dan menikmatinya.
Lapangkan minda dan tenangkan jiwa... Relaks seketika dan biarkan hanya mata anda menikmati keindahan ini... Rasakan keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta... Dalam hati Bertasbihlah... mulakan dengan "Bismillahirahmanirrahim"
"Subhanallah"
"Alhamdulillah"
"Laa ilaha ilallah"
"Allahu akbar"
"Masyaallah"
"La haulawala quata ilabillah"
"Innalilahi wainna ilahirajiun"
"Nauzubillah"
"Amiin"
Semoga anda beroleh ketenangan. Pandanglah ciptaan Allah yang indah dan sempurna ini dan bertasbihlah. Insyaallah...pasti ada ganjaran buat anda. Teruskan bersama Relaks Minda...Terima Kasih
Tidak ada komentar:
Posting Komentar