Lama juga artikel koleksi senibina masjid ini tidak di terbitkan. Sebelum ini setiap minggu pasti akan ada satu artikel dalam label masjid ini di terbitkan. Sudah banyak rupanya dan kini telah sampai ke entri yang ke 24...
Pelbagai rekabentuk dan senibina masjid yang indah telah kita lihat. Seluruh dunia telah kita terokai. Jika di perhatikan...senibina masjid kebanyakannya mengikut rekabentuk senibina dari Timur Tengah. Walaupun begitu rekaannya di ubah suai serta di adun dengan senibina tradisi tempatan. Ini menjadikan senibina masjid menjadi sungguh menarik dan unik.
Ciri-ciri sesebuah masjid tidak lari dari binaan kubah dan menara. Walaupun banyak rekaan bangunan mempunyai ciriciri ini, simbol bulan sabit di puncak kubah dan menara menjadi identiti unik untuk mengenali bangunan tersebut sebuah masjid.
Ini merupakan artikel terakhir di bawah koleksi senibina masjid di seluruh dunia. Dalam perancangan, ingin membuat koleksi senibina masjid di seluruh Malaysia pula, tapi.... tengoklah nanti...
Masjid di Ayutthaya, Thailand
Masjid merupakan simbol keagungan, kekuatan, dan perpaduan umat Islam di sesuatu kawasan. Senibina yang indah dengan bangunan yang gah cukup penting untuk melambangkan kebesaran agama Islam. Ia juga menjadi lambang kemajuan dan kemahiran umat Islam di dalam bidang senibina dan kesenian rekacipta.
Anda nikmati keindahan senibina masjid yang amat mempersonakan ini yang menjadi lambang keagungan Islam di seluruh pelusuk dunia.
Masjid Lao Huasi di China
Masjid di Kobe, Jepun
Masjid Baitul Mukarram di Dhaka, Bangladesh
Masjid Pusat Islam di Samarinda, Indonesia.
Masjid E-Aqsa di Rabwah, Pakistan
Masjid Terapung di Jeddah, Arab Saudi
Masjid merupakan rumah Allah, Jangan biarkan ianya sunyi tanpa penghuni.
Rumah Allah ini sentiasa terbuka untuk kita kunjungi dan mengimarahkannya.
Masjid Umayyad di Damascus, Syria
Masjid Cheng Ho di Surabaya, Indonesia
Masjid Agung Kota Batam di Riau, Indonesia
Masjid Niujie di Beijing, China
Masjid Lama Jumma, di Kilakarai, India
Masjid...Tempat terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian
jiwa dan minda.
Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, UAE
Masjid Sultan Hassan di Kaherah, Mesir
Masjid Mutiara di Lahore, Pakistan
Masjid Besar di Djenne, Mali
Masjid Mohabbat di Penshawar, Pakistan
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #23 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
- Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
- Post #21 - Keindahan Senibina Masjid
Tidak ada komentar:
Posting Komentar