Assalamualaikum... Siapa yang tidak menggemari bunga ros...bunganya cantik dan berbau harum. Pelbagai warna tapi bagaimana jika sekuntum bunga ros berbagai warna kelopaknya?....Tentulah ianya memukau jiwa...
Baru tadi anak buah hantar satu gambar di FB... Bunga ros kelopak berwarna-warni. Sungguh menarik sekali dan mempersonakan. Terus cari kat internet, rupanya ianya bukan photoshop atau edited picture...ianya boleh di buat!
Lihatlah... Anda pasti terpikat...
Bagaimana hendak membuat bunga ros ini berwarna-warni kelopaknya? Anda berminat? OK..Mudah sahaja..ikut langkah-langkah berikut :
Begini caranya :
1. Dapatkan bunga ros berwarna putih segar yang baru berkembang.
2. Potong dahannya lebh kurang sejengkal dari bunga.
3. Belah pangkal dahan tersebut kepada 4 bahagian.
4. Sediakan 4 gelas berisi air yang berlainan warna.
5. Masukkan setiap belahan dahan tadi kedalam setiap satu gelas.
6. Biarkan ianya...sehinggalah anda dapat lihat lelopak putih bertukar menjadi warna
(tempoh masa tidak dinyatakan...rasanya dalam 24jam sudah ada perubahan)
Jika kurang jelas, ikut sahaja tutorial bergambar ini :
Pastikan bunga ros yang segar dan cecair pewarna tidak beracun!
Lihatlah hasilnya.... Kalau tidak menjadi jangan pula salahkan saya ye...Cubalah...
Kongsikan hasilnya...Jadi ke?
Sungguh indah bunga ros ciptaan Ilahi... Ditambah pula dengan kreativiti manusia yang kreatif mencantikkannya dari hanya putih kepada berwarna-warni.
Bunga Ros seindah namanya, berwarna-warni menawan kaum hawa... Pemberian istimewa dari si jejaka.
Istimewa buat semua peminat Relaks Minda...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar