Assalamualaikum...Mata anda menipu atau mengelirukan otak! Tidak mungkin...tapi terimalah hakikatnya yang ianya adalah realiti! Itulah yang di namakan ilusi optik.
Sesuatu gambar yang di lukis atau di ambil begitu unik sehingga adakalanya ia membuatkan anda terkeliru sejenak. Ianya menjadi satu ujian yang cukup menarik untuk anda melihat dan mentafsir sesuatu. Ianya juga dapat memberikan penilaian terhadap diri dan cara pemikiran anda.
Sesetengah dari kita menggunakan otak sebelah kiri yang membuat tafsiran secara terus tetapi fungsi otak sebelah kanan lebih abstrak...mampu memberi tafsiran yang lebih mendalam. Mata yang melihat juga perlukan penelitian yang lebih mendalam untuk mendapatkan sesuatu gambaran yang berbeza dan jelas.
Kita cuba beberapa ujian ilusi optik yang memerlukan anda membuat sedikit pemerhatian yang teliti agar fungsi otak anda dapat memberi tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu gambar atau tulisan.
Perhatikan kedua-dua gambar tingkap ini.
Gambar kiri : Adakah tingkap itu di kiri atau kanan dinding?
Gambar kanan : Adakah tingkap tersebut di sudut/bucu dalam atau luar dinding?
Pada pandangan yang pertama anda menilai, otak sebelah mana yang berfungsi dahulu. Jika anda nampak dinding kiri dan sudut luar bermakna otak sebelah kanan anda yang memberi tafsiran tersebut.
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar kiri : Anda melihat sekumpulan unta sedang bergerak...Mungkin anda menyangka ianya sebuah lukisan kerana unta tersebut berwarna hitam, perhatikan betul2...ianya adalah gambar unta yang di ambil dari udara...bentuk unta hitam itu adalah bayang-bayang unta tersebut!
Begitu juga gambar kanan...ianya gambar burung merpati dan bayang-bayang. Teknik fotografi yang sungguh menarik dan unik.
(klik gambar untuk besarkan)
Kedua-dua ini pula adalah gambar pemandangan...namun ianya memberi gambaran bentuk yang tersembunyi dan anda hanya dapat lihat apabila ianya bersatu dengan bayang di air. Ini mungkin mudah untuk anda kenal pasti.
(klik gambar untuk besarkan)
Ini pula merupakan hasil kreativiti seni yang membentuk sesuatu objek atau lukisan yang mustahil. Ianya adalah hasil dari pembentukan dimensi yang salah namun memberi satu karya seni yang menarik.
Gambar kiri : Lihat bagaimana terkelirunya pandangan kita dengan rupa bentuk set lego tersebut.
Gambar kanan : Bolehkah anda mengira berapa batang pensil yang terdapat pada gambar tersebut?
(klik gambar untuk besarkan)
Mata kita tidak dapat memberi pandangan yang betul dan tepat kepada otak jika ianya mempunyai warna dan bentuk yang mampu mengelirukan pandangan. Lihat kedua-dua gambar di atas...sesiapa sahaja akan melihat ianya tidak lurus!..Namun realitinya ianya lurus! Ambil pembaris dan uji sama ada ianya lurus atau tidak...anda pasti teruja dengan keputusannya!
(klik gambar untuk besarkan)
Ini pula satu ujian yang menunjukkan sesuatu benda atau bentuk yang sama tetapi jika di susun dalam cara yang berbeza, ianya akan memberi nilai dan jawapan yang berbeza.
Sama seperti kita dalam membuat sesuatu keputusan, anda perlu membuat pelbagai teknik dan ujian agar anda mendapat keputusan yang berbeza sama ada ianya lebih baik atau sebaliknya agar anda dapat menilai yang terbaik sebelum keputusan muktamad di buat.
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar apa yang anda lihat... Kiri : seekor anjing yang sedang di hurungi serangga...tidak! ianya adalah gambar anjing di lantai...serangga tersebut adalah manusia! pengiklanan yang sungguh kreatif.
Kanan : Gambar seekor kucing sedang melompat...tidak! ianya hanyalah gambar seekor kucing yang sedang terbaring di lantai! teknik fotografi yang kreatif membuat kita tertipu...huhu.
(klik gambar untuk besarkan)
Ini merupakan trik biasa bagi sesuatu lukisan atau gambar yang memerlukan pemerhatian anda kerana terdapat gambar tersembunyi...Dapatkah anda jumpa gambar tersebut dalam 5 saat? Ianya menguji kecekapan otak anda mentafsir apa yang anda lihat.
Kiri : gambar bayi
Kanan : ada dua gambar muka
(klik gambar untuk besarkan)
Lebih kurang sama seperti lukisan sebelum ini, tetapi ini dalam bentuk gambar pula...
Di dalam kedua-dua gambar ini terdapat satu wajah.
Dapatkah anda mencari wajah yang sedang memerhati anda itu?
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar kiri : Ini adalah ujian yang menarik untuk melihat bagaimana otak anda mampu mentafsir apa yang anda sebut sama dengan yang anda lihat...cubalah...adakah anda menyebut sama seperti warna yang anda lihat tanpa terpengaruh dengan perkataan tersebut? (Sebut dalam english juga)
Gambar kanan : Tidak kira bagaimana susunan huruf, yang penting huruf permulaan dan akhir mesti betul...anda pasti mampu membacanya...canggihkan otak kita!
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar berikut ini merupakan ilusi yang di beri oleh pandangan mata yang di tafsirkan oleh otak. Otak kita tidak dapat memberikan gambaran sebenar kerana mata terkeliru dengan rupa dan warna yang membuatkan otak mentafsir yang ianya bergerak. (klik gambar untuk efek yang jelas)
Ini merupakan satu hasil seni yang sungguh mengagumkan! Ianya adalah satu lukisan yang di potong kepada tiga bahagian. Apabila 2 bahagian sebelah atas di tukar tempat, perhatikan perbezaanya. Kira jumlah 'wizard' sebelum (gambar atas) dan selepas pertukaran (gambar bawah). Bagaimana jumlahnya boleh berbeza??
(klik gambar untuk besarkan)
Cari kesalahan pada ayat di atas dalam masa 5 saat...
Teruskan berilusi :
Ilusi Optik Distorsi
Optical Illusion...Words
Optical Illusion
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar