Sabtu, 05 Oktober 2013

Aksi Lucu Di Luar Kewarasan



Aksi Lucu Di Luar Kewarasan


Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera...
Mungkin anda pernah lihat gambar-gambar ini. Aksi yang sungguh lucu dan kelakar.
Anda saksikan satu persatu dan pasti anda tersenyum...
Pasti ada yang mengatakan ianya aksi yang merbahaya dan di luar kewarasan.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Lucunyalah muka makcik tu...

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Opp!..Aksi lucu ke lucah...huhu

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Muka tak bersalah je lelaki tu

Anda sudah puas tersenyum dan ketawa? Jika belum...teruskan, hehe

Positifkan Pandangan Anda

Ok...cukup-cukuplah tersengeh tu. Kini, kita lihat pula secara positif. Lihatlah betapa sukarnya kehidupan mereka ini. Realiti kehidupan bagi mereka yang hanya mempunyai motorsikal sebagai pengangkutan, apalah pilihan yang mereka ada. Mungkin ianya merbahaya tetapi bila keadaan memaksa, pastinya faktor keselamatan tidak difikirkan lagi. Hidup mesti diteruskan, bersyukurlah kita yang tidak melalui keperitan hidup sebegini. 

Yang lebih mendalam disini jika anda lihat betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Demi mencari rezeki, mereka sanggup membantu suami. Berkorban keselamatan agar sama-sama merasa hasilnya untk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak. Jika seorang lelaki...belum tentu mereka hendak duduk di belakang tu...saya berani gerenti!!

Seorang isteri yang baik adalah pelengkap kepada suami. Saling membantu dan bertolak ansur akan kekurangan masing-masing. Setia bersama di kala susah dan senang. Sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kesempurnaan dan keseimbangan dalam rumahtangga agar sentiasa bahagia.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Kelebihan yang digunakan sebaik mungkin

Lihat pula bagaimana jika tiada keseimbangan dan kesefahaman. Apabila kelebihan yang ada di salah gunakan. Jika tiada pertimbangan dan tolak ansur...lebih kepada kepentingan diri sendiri. Pasti berlaku bencana dan rumahtangga pasti tidak aman dan bahagia. 

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Apabila kelebihan disalah gunakan

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Omak kau! Terangkat keldai tu!

Penghargaan Buat Isteri

Maka...dalam mengharungi hidup berumahtangga, suami dan isteri itu saling perlu memerlukan. Kelebihan, sama-sama saling menghormati... Kekurangan, sama-sama saling melengkapi barulah mendapat keseimbangan dan pastinya kebahagiaan akan menjelma.

Terima kasih isteriku dan semua wanita yang sanggup bersama dikala susah dan senang bersama suamimu. Kasih sayang dan pengorbanan mu amat-amat dihargai dan semoga kekal bersama hingga ke syurga...Insyaallah. Apa pula pengorbanan sorang suami kepada isteri? Hanya isteri yang layak membicarakannya...

Janganlah memandang sesuatu itu atas faktor pandangan mata dan luaran... kerana ianya sentiasa membawa kepada pandangan negatif dan hiburan semata-mata tetapi lihatlah dari sudut berbeza dan secara positif...pasti anda akan menghargainya.

Terima kasih bersama Relaks Minda...Bukalah minda, positifkan fikiran.

p/s: Entri khas buat menunaikan permintaan Yumida dalam Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta satu entri kelakar tetapi ada mesej... Tidak pandai sangat membuat entri yang kelakar, agak-agak bertepatan ke entri ini Yumida...

Admin...

Jumat, 04 Oktober 2013

Tips Mencari Pasangan Hidup Yang Baik

Tips Mencari Pasangan Hidup Yang Baik, Mencari pasangan hidup dalam hubungan suatu pacaran atau pernikahan harus dijalankan dengan sungguh-sungguh dan benar, karena dalam mencari pasangan hidup yang baik itu adalah sepasang kekasih yang bisa menerima pasangan mereka masing-masing dari kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh pasangan hidup kita.




Disini saya akan berikan beberapa Tips

Tips Mengetahui Pacar Yang Melakukan Selingkuh

Tips Mengetahui Pacar Yang Melakukan Selingkuh, Perselingkuhan seringkali terjadi dalam menjalin hubungan cinta kepada wanita yang kita cintai, karena faktor pacar kita selingkuh juga bisa di akibatkan karena kamu dan pasangan kamu terlalu jarang berkomunikasi dan kamu terlalu posesif terhadap pasangan, yang membuat si doi jadi kepingin selingkuh dengan orang lain yang membuat dirinya nyaman.



Tertunai Sudah Permintaan Anda - Episod 3


Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Saya akan cuba menyelesaikan semua permintaan di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda ini secepat mungkin. Maaflah kerana lambat sedikit dalam menunaikan permintaan anda...yang penting saya tetap cuba tunaikan. Bagi yang terlupa...Anda boleh lihatnya semula di SINI

1. Minta Relaks Minda buat Giveaway (GA) - Adhie Sunan, Hijau Zamrud dan Ummiarissa
BM - Insyaallah...jika saya mempunyai banyak masa, saya akan lakukan. Untuk menganjurkan Segmen atau GA memerlukan komitmen dan masa. Tidak mudah sebenarnya kerana ianya akan melibatkan banyak pihak dan perlukan strategi dan persediaan yang rapi agar ianya berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak.
JIN - "Giveaway tu apa...'Bagi Dan Blah!' Tak bagus oooo..."

2. Mahu jadi popular dan trafik seperti Relaks Minda - Ummi Kami, Asyifa, Kakizan dan Fizi
BM - Saya belum cukup layak untuk memberikan tips dan panduan. Saya cuma boleh kongsikan pengalaman sahaja ya. 
i) Setkan niche untuk blog anda. Ianya akan menjadikan blog anda unik dan tersendiri. Jika anda tiada niche pun tak apa, cuba dapatkan satu atau dua topik yang anda boleh jadikan ianya satu entri berterusan dan berkait. Ianya membantu membina jenama blog anda. Personaliti anda juga penting. Anda perlulah mesra dan kalau unik lagi bagus. Ikhlas dan jujur serta beretika ketika berbelog.
ii) Pastikan blog anda menepati ciri-ciri SEO (penggunaan h tag). Mempunyai sitemap dan sebagainya. Ilmu ini anda boleh pelajari dari banyak tutorial mengenainya oleh blogger ternama.
iii) Entri yang berkualiti dan juga memenuhi ciri-ciri SEO seperti keyword dan teknik mengarang.
iv) Daftar dengan pengindek enjin carian seperti Google webmaster dan Bing
v) Rajin update entri (sekurang-kurangnya 1 entri sehari) dan mesra dengan pembaca. Rajin blogwalking.
vi) Promosi blog anda sekerap yang boleh di media sosial seperti FB dan Twitter. Gunakan perkhidmatan Ping untuk lebih berjaya. Ianya penting di permulaan...bila sudah stabil anda tidak perlu lagi melakukannya dengan kerap, hanya sesekali sahaja.
vii) Lakukan semua diatas dengan minat tanpa memaksa diri kerana 3 bulan pertama anda bersemangat...tapi lepas itu anda akan rasa bosan! Hanya dengan semangat dan minat sahaja akan membawa anda ke mercu kejayaan. Setkan target anda setiap 3 atau 6 bulan dan fikirkan strategi untuk mencapainya.
Ini yang saya lakukan... Semoga anda berjaya!
JIN - "Buat segmen dan bagi hadiah rumah banglo, kereta bmw, tv led 60", tiket melancong ke Eropah...mesti populer punyalah!"


3. Mengharapkan saling menegur dan Jangan rahsia identiti - PakcikLie PCL
BM - Ya..saya juga mengharapkan yang sama, sesamalah kita saling menegur dalam berblogging kerana kita kadang kala terlupa atau tidak tersedar yang kita telah melampaui batas. Menegur dengan cara yang betul demi untuk kebaikan dan peningkatan bersama. Pasal identiti tu, maafkan saya... biarlah identiti sebenar kurang dikenali kerana saya kurang selesa untuk dikenali di dunia realiti sebagai Bin Muhammad. 
JIN - "Ini... pakcik yang menang moto ke?"

4. Mahu Internet laju - Blogger Lelaki
BM - Macammana saya nak tolong ni...saya guna streamix pun OK je... Apa yang penting anda mesti ada duit, segalanya anda boleh dapat! hehe 
JIN - "Tikar terbang aku lagi laju...hohoho!"


5. Mahu semua berkongsi kegembiraan, positif dalam hidup dan muhasabah diri - NorSalina
BM - Hidup ini tidak boleh sentiasa gembira, ada masanya kita perlu rasa sedih dan duka kerana tanpanya tiada rencah perisa nikmat kehidupan. Ya...perlu bersikap positif dalam apa jua keadaan dan muhasabah sentiasa agar kita tidak terlalai dan terleka akan matlamat kehidupan ini. Sama-samalah kita saling mengingati.
JIN - "Jadi jin juga senang..."

6. Kongsikan mengurus masa blogging - Yumida
BM - Bagi saya masa blogging hanya di lakukan pada masa terluang. Ianya bukan satu kewajipan dan kemestian. Lakukan sebagai satu hobi dan minat. Lainlah jika anda blogger sepenuh masa dan menjana pendapatan... mungkin punyai banyak masa. Dengan masa yang anda ada, cuba tulis sebanyak mungkin entri dan simpan sebagai draft. Publish hanya bila perlu. Oleh itu bagi saya..anda sendiri yang tahu bila masa yang anda ada dan gunakan ianya sebaik mungkin untuk menulis entri, reply comments dan blogwalking.
JIN - "Mengurus masa lagi mudah dari menguruskan badan...hahaha"

7. Mahu entri mengenai keluarga BM - Bunda a.k.a KN
BM - Bunda...kalau tak dapat nak penuhi tak pa ka? Maafkan saya...ada perkara yang tidak perlu saya dedahkan. Tapi kalau bunda mahukannya juga, saya boleh ceritakan khas buat Bunda. Sila bagi e-mail address.
JIN - "Ini orang tak boleh dedah2 nanti ramai cari...mahu aku lah! dia punya JIN!"


8. Cara pilih tajuk - Amanina
BM - Tajuk entri jangan terlalu panjang. Mesti rigkas dan padat. Ianya mesti berkait dengan entri atau sebagai pembayang entri. Perkataan sebaik-baiknya yang selalu menjadi carian di enjin carian. Selalu anda guna carian di  google... perkataan dan ayat bagaimana yang anda tulis? Maka itulah panduan untuk anda menulis tajuk. Elakkan perkataan penyambung ayat seperti dan, yang, ke, dari dan sebagainya. Tajuk merupakan keyword utama dalam enjin carian...ketepatan dan pemilihannya amat penting!
JIN - "Cuba letak tajuk JIN...mesti popular, haha"

9. Ajar buat Giveaway (GA) - Zana Fahmi
BM - Saya tiada pengalaman dan pengetahuan untuk mengajar anda buat GA. Ada beberapa blog yang memberikan tips...cuma anda perlu google. Maaf...sesuatu benar2 yang saya tidak mampu berikan. Dah pandai nanti ajar saya pula  ya!
JIN - "Buat GA kasi hadiah RM ribu-ribu ya..."


Cukuplah setakat ini... Tulis panjang-panjang, nanti bosan pula nak baca. Kepada anda diatas...diharapkan berpuashati dan maaf jika ada yang tidak menepati kehendak dan tidak mampu saya tunaikan. 

Kepada anda yang masih belum ditunaikan permintaannya, diharap bersabar...Tidakkan lari gunung di kejar. Insyaallah...minggu hadapan, semua permintaan akan selesai di tunaikan.


Admin...

Kamis, 03 Oktober 2013

A New Face...Relaks Minda


Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera,

Kini Relaks Minda berwajah baru, 
Dari semalam cuba menukar template dan bermain dengan coding, akhirnya inilah hasilnya.
Semoga anda suka akan penampilan baru ini sempena setahun usia Relaks Minda.
Hijau masih menjadi pilihan.

Template lama Relaks Minda


Mata melihat....dan hati pun berbicara.


Teruskan bersama Relaks Minda... 
Terima kasih diatas kunjungan Sahabat dan Tetamu...Tanpamu siapalah aku.


 p/s: entri ringkas, dah pening bermain koding & xsempat pun BW... Apa komen anda?
Admin...

Selasa, 01 Oktober 2013

September 2013 Yang Bersejarah...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

September 2013 Yang BersejarahBulan September 2013 sudah berlalu. Bulan yang cukup istimewa buat Blog Relaks Minda. Bulan yang mencatat pelbagai sejarah dan rekod baru buat blog ini.

Terima kasih diatas kunjungan Sahabat dan Tetamu yang sentiasa memberi sokongan dan menikmati entri di sini. Kehadiran anda walaupun seketika amat-amat saya hargai. Respect kepada anda semua!


Catatan Bersejarah di Bulan September

1. 9 Sept 2013 Blog ini mencatat Pageview sebanyak 500,000 PV
2. 10 Sept 2013 Blog ini genap berusia setahun.
3. 18 Sept 2013 Merupakan hari di mana jumlah Unique Visitor tertinggi iaitu sebanyak 1,790 UV
4. 24 Sept 2013 Merupakan hari di mana jumlah Pageview tertinggi iaitu sebanyak 4,774 PV 
3. Bulan September 2013 Merupakan bulan catatan tertinggi Pageview iaitu sebanyak 115,833 PV
4. Bulan September 2013 Merupakan bulan catatan tertinggi Unique Visitor iaitu sebanyak 35,547 UV

Saya tidak pernah menjangkakan yang blog ini mampu mencatat PV melebihi 100K sebulan tapi dengan sokongan dari anda semua, ianya menjadi realiti. 

September 2013 Yang Bersejarah
Graf pengunjung Relaks Minda, September 2013 dari Google Analytic

September 2013 Yang Bersejarah
Data Summary Relaks Minda, September 2013 dari Google Analytic

Setahun blog ini beroperasi, saya cuba perlahan-lahan untuk mempelajari teknik SEO kerana target saya untuk mendapatkan sumber utama trafik dari enjin carian. Kini ianya terbukti, sumber kedatangan trafik utama blog ini adalah dari enjin carian Google.

September 2013 Yang Bersejarah
Selain dari Google, Perkhidmatan Ping juga penyumbang besar kepada jumlah trafik

September 2013 Yang Bersejarah
Ini adalah keyword utama carian di blog Relaks Minda

September 2013 Yang Bersejarah
Senarai entri paling popular di Relaks Minda

September 2013 Yang Bersejarah
Lokasi visitor Relaks Minda datang dari seluruh dunia

September 2013 Yang Bersejarah
Ranking Alexa masih kekal di sekitar 131K manakala di Malaysia sedikit penurunan. Sukar untuk meningkatkan ranking kerana saya hanya mampu menerbitkan satu entri sehari, itupun kadangkala tercicir.

Terima Kasih

Sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat anda semua yang sudi menjadi penyumbang kepada statistik di atas. Semoga September 2013 menjadi titik tolak kearah yang lebih cemerlang, Insyaallah. 

Syukur Alhamdulillah... diatas segala nikmat dan kurniaan dariNya. Ampun dan maaf juga ku pohon andai ada sebarang salah silap, kekhilafan dan gurauan yang mengguris hati anda semua. Semoga anda semua beroleh keberkatan dan kebahagiaan.

Dengan ikhlas hati saya memohon dan memberi peluang buat sahabat semua untuk review blog ini. Titipkanlah segala apa yang terpendam di hati, komen, kritikan, pendapat dan pandangan anda terhadap blog Relaks Minda diruangan komen ini. Saya sedia menerimanya demi untuk mempertingkatkan dan memperbaiki kekurangan.

September 2013 Yang Bersejarah

Terima Kasih bersama Relaks Minda...."Semoga bulan ini lebih baik dari bulan lepas...Insyaallah"


Admin...