Minggu, 02 Februari 2014

Kreativiti Kitar Semula - Pasu Daripada Barang Terbuang


pasu kitar semula dari barang terbuang
Sudah lama label kitar semula tidak mempunyai entri terbaru. Topik yang menjadi tunjang utama blog ini. Kali ini kreativiti kitar semula kembali dengan satu tema iaitu pasu daripada barang terbuang. Sebelum itu, sudahkah anda menjadikan amalan kitar semula sebahagian dari kehidupan anda? 

Begitu banyak kebaikan dan kepentingan yang boleh anda peroleh dengan mengitar semula, Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia, malahan kepada semua hidupan dan alam sekitar. 

Kebaikan Kitar Semula

Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.

Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.

Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Pasu Kitar Semula Dari Barang Terbuang

Anda juga boleh menyumbang kepada semua kebaikan dan kepentingan kitar semula ini. Kali ini anda boleh mencuba kreativiti kitar semula ini yang menggunakan barang terbuang untuk dijadikan pasu bunga yang menarik, unik dan mengujakan. Jimat belanja dan alam terpelihara...Marilah menyumbang ke arah kebaikan bersama untuk masa kini dan masa depan.

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada tayar terbuang

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada bekas tin. 

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu gantung daripada botol plastik

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada kasut 'Croc' dan bakul

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada rak dan beg tangan

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada pallet dan cerek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada botol kaca dan almari solek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut tumit tinggi dan kasut

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada baldi atau tong

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut 'boot"

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kereta!

Tidakkah kreativiti kitar semula ini menarik? Jika anda ada barang-barang terbuang seperti diatas, cubalah kitar semula dan jadikan pasu untuk pokok bunga anda. Pasti ramai yang teruja dengan keunikan dan keistimewaannya. Menjadi tarikan untuk menarik minat orang lain juga untuk melakukan kitar semula.

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.


Ide Nama Calon Bayi Perempuan Islami Terbaru

Cara Alami Cepat Hamil kali ini share kembali mengenai Ide Nama Calon Bayi Perempuan Islami Terbaru – kumpulan nama bayi wanita atau perempuan Islami terbaik yang kami berikan ini adalah kumpulan nama bayi dalam bahasa Arab beserta artinya.

Di bawah ini adalah Ide Nama Calon Bayi Perempuan Islami Terbaru Beserta Artinya

Abbasah : Yang banyak memberengut; Singa
Abidah : Ahli ibadah ; Yang taat beribadah
Abir : Bau minyak wangi yang sedap; Orang banyak
Abiyyah : Menolak kehinaan; Terhindar dari hal-hal yang tak terpuji
Ablah : Yang besar
Banan : Jari; Ujung jari; Jari telunjuk
Badilah : Pengganti
Badiyah : Perkampungan penduduk di padang pasir
Bahijah : Cantik ; Molek ; Elok ; Senantiasa gembira
Bahirah : Elok ; Enak dipandang mata; Indah
Daimah : Tetap lestari ; Langgeng
Dalal : Pembuktian; Kewibawaan; Petunjuk
Dalilah : Bukti; Jalan yang terang
Danah : Batu mulia
Daniah : Buah yang mudah dipetik
Dhahhakah : Yang banyak tertawa ; Periang
Dhahikah : Batu berwarna putih di gunung; Yang tersenyum
Dhari”ah : Yang kecil mungil
Dhawiyah : Lembut; Tipis; Halus
Dhaifah : Tamu
Dina : Agama
Durrah : Mutiara
Dzihni : Pemahamanku ; Pengertianku
Dzikra : Ingatan; Ketenangan; Zikir
Dzimam : Perjanjian
Fadiyah : Menyelamatkan; tebusan; Yang terlindung
Fahimah : Memahami
Faidah : Kegunaan ; Manfaat; Faidah; Tambahan
Faiha” : Taman yang semerbak harum
Faiqah : Baik ; Istimewa ; Unggul; Yang paling menonjol
Hafidzah : Penghafal ; Penjaga
Hafshah : Istri Nabi ; Harimau betina ; Pemberani
Haibah : Wibawa
Hajar : Istri Ibrahim as dan Ibu Ismail as
Hajidah : Senang sholat tahajud
Ibtihaj : Keceriaan; Kegembiraan
Ibtihal : Memohon kepada Alloh
Ibtisam : Senyuman
Inas : Baik hati; Jinak
Inayah : Perlindungan
Jaizah : Boleh ; Liburan
Jalalah : Kemuliaan
Jannah : Surga
Jullanar : Nama suatu bunga yang berwarna merah
Juman : Mutiara
Kalimah : Yang disukai
Kaltsum : Wajah yang cantik
Kamilah : Sempurna
Karmah : Satu buah anggur
Kasibah : Yang beruntung
Khaulah : Sahabat wanita terkenal, rusa betina
Kharidah : Anak gadis; Mutiara yang belum dilubangi
Khashibah : Banyak kebaikan
Khasyi”ah : Yang khusyu dalam shalat
Khutwah : Langkah ; Tujuan
Laila : Malam yang gelap
Laimun : Buah jeruk yang manis
Lathimah : Kesturi
Lauhah : Lembaran
Layyanah : Kehalusan, kegemulaian
Mahdiyah : Yang mendapat hidayah
Maimah : Kenikmatan
Maimanah : Keberkahan
Malihah : Cantik; Indah
Nuha  :  Akal; Pikiran
Nujud  :  Cerdik; Pandai; Leher yang jenjang
Nu’ma  :  Hidup yang enak
Nur  :  Cahaya
Nuzhah  :  Rekreasi; Bepergian
Qabilah  :  Yang menjaminkan ; Yang menanggung
Qadriyyah  :  Yang selalu mampu; Yang beriman kepada Qadha dan Qadar
Qafilah  :  Yang kembali dari perjalanan
Qaidah  :  Aturan
Qariah  :  Pembaca
Qasidah  :  Yang menyengaja ; Mempunyai tujuan
Qasamah  :  Keindahan dan kecantikan
Rabi’ah  :  Yang keempat
Radhiyyah  :  Menurut tatanan; Resmi
Radhwa  :  Keridhaan; Nama bukit yang terletak antara Madinah dan Yanbu’
Rafilah  :  Anggun ; Mewah
Rafiqah  :  Teman dekat ; Kekasih; Istri; Pendamping
Rahilah  :  Yang lemah lembut
Rahimah  :  Kasih sayang; Berhati lembut
Raqwan  :  Kemajuan
Sa’adah  :  Kebahagiaan
Sa’danah  :  Burung dara; Bahagia
Sadidah  :  Benar ; Tepat
Sakinah  :  Ketenangan, ketentraman
Salamah  :  Keselamatan
Satirah  :  Orang yang menutup aib dan dosa
Saudah  :  Harta melimpah; Nama istri Nabi Saw
Sausan  :  Bunga lili
Shaimah  :  Yang berkuasa
Shalihah  :  Baik
Syadiyah  :  Pandai menyanyi
Taghrid  :  Kicau burung; Senandung
Tahani  :  Ucapan selamat
Tahiyyah  :  Kehormatan
Tahiyyah  :  Keselamatan; Kesejahteraan; Kebaikan
Thawaf  :  Tawaf mengelilingi kabah
Thayyibah  :  Baik ; Lezat ; Halal
Thifal  :  Lemah dan halus
Tsarwah  :  Kekayaan
Tsawab  :  Pahala
Ula  :  Tinggi; Kemuliaan
Ulayya  :  Puncak gunung; Langit
Ulfah  :  Kemesraan ; Kasih sayang
Usrati  :  Keluargaku
Ustadzah  :  Guru ; Pengajar
Uswatun  :  Teladan
Wadhiah  :  Yang bagus dan bersih
Wahibah  :  Yang diberi anugerah
Waliah  :  Penolong ; Pelindung
Walidah  :  Ibu ; Orang tua
Watsiqah  :  Yang benar; Yang berwibawa
Yamnah  :  Sebelah kanan
yaqut  :  Permata Yaqut
Yusriyyah  :  Yang muda; Yang kaya
Zahidah  :  Rendah hati
Zahra’  :  Berseri-seri; Bercahaya
Zainab  :  Pokok yang indah dan wangi
Zakiyah  :  Bagus ; Suci
Zamzam  :  Air zam-zam ; Air yang banyak / berkumpul
Zanbaqah  :  Untaian kalung
Zubaidah  :  Inti sesutu yang terbaik; Istri Harun Ar Rasyid
Zulfa  :  Kedudukan yang dekat

Itulah artikel mengenai Ide Nama Calon Bayi Perempuan Islami Terbaru. Baca juga Nama Untuk Calon Bayi Menurut Hari Lahir dan Bulan Lahir di blog ini

Carta Carian Popular Google di Malaysia


Carta Carian Popular Google di Malaysia - Kata Kunci (keyword)... Itulah yang menjadi perkataan yang paling dikehendaki oleh seorang blogger yang pentingkan trafik. Ianya adalah salah satu teknik SEO yang paling berjaya untuk berada di muka hadapan enjin carian. Kata kunci yang menjadi carian terbanyak dienjin carian dapat meningkatkan trafik blog secara mendadak. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013Untuk mendapatkan kata kunci yang menjadi topik terhangat semasa tidak sukar sebenarnya. Topik-topik hangat yang terpampang dimuka hadapan akhbar adalah sumber rujukan terbaik. Begitu juga topik-topik berita terkini di lawan-laman web berita semasa.

Kepantasan anda menerbitkan entri cukup penting kerana isu-isu seperti ini hanya mencuri perhatian untuk jangkamasa yang pendek. Kepelbagaian mengolah kata kunci menjadi tajuk entri yang menarik perhatian menjadi amat penting untuk anda bersaing. Namun jika jumlah pencari teramat tinggi sehingga puluhan ribu, anda pasti berjaya juga mendapat sebahagian darinya. 

Carta Carian Popular Google Malaysia 2013

Untuk tahun 2013, Google telah mengeluarkan carta carian tertinggi dan popular untuk setiap negara. Berikut adalah beberapa carta kata kunci carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 mengikut kategori. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Ini hanyalah sebahagian kategori sahaja, jika anda ingin melihat dengan lengkap carta yang menjadi carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 ini, anda bolehlah ke sini : Google Trends. Anda juga boleh lihat carian tertinggi dan popular untuk negara-negara lain dan untuk seluruh dunia.

Google Trends bukan sahaja mengeluarkan carta tahunan, tetapi untuk anda yang sentiasa mahukan kata kunci dan topik carian terhangat semasa, ianya adalah rujukan terbaik. Ini kerana Google Trends juga memberikan carta kata kunci bagi topik-topik terhangat dan popular semasa di Google Malaysia setiap hari dengan memaparkan sekali jumlah cariannya.

Jika anda mahukan trafik yang tinggi, tidak kiralah sama ada blog anda mempunyai niche tertentu atau pun sebuah blog peribadi, pasti ada topik-topik berkaitan yang dapat anda jadikan batu loncatan untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kreativiti mengolah cerita beserta tajuk yang menarik perhatian amat penting agar ianya menyerlah dimata pembaca dan pencari. 

Etika dan ciri-ciri blogger yang berkualiti dan berjaya adalah apabila anda mampu mengekploitasi topik terhangat ini menjadi sebuah artikel berkualiti kepunyaan anda dan tidak sekadar hanya sebuah entri "copy dan paste" yang pasti akan berjaya menarik minat ramai pembaca dan seterusnya berada dimuka hadapan enjin carian.

"Untuk menulis sebuah artikel yang baik dan berkualiti memerlukan rujukan tetapi bukan menjadikan bahan rujukan sebagai artikel tapi mengupas apa yang dirujuk." 




Sabtu, 01 Februari 2014

PENTINGNYA DUA TANGAN INI



MENJAGA TANGAN DALAM AJARAN ISLAM

          Anggota badan yg paling berharga dalam membantu pekerjaan anda maupun perbuata setiap orang adalah kedua buah tangan.kedua tangan itu sangat berpungsi sekali bagi setiap orang,baik untukmelakukan perbuatan jahat maupun untuk membantu orang lain .suatu pekerjaan sangat membutuhkan tangan...............              seperti menulis,menyangkul,memukul,menyungkil,menjambak,bahkaan mengambil milik orng lain pun memakai alat yg di sebut tangan .

Maka tahukah anda sekalian !

           Untuk apa sebenarnya anda di beri kenikmatan kedua tangan itu?
Apakah untuk membantu melaksanakan segala perbuatan yg anda inginkan? TIDAK, SEKALI LAGI  TIDAK! Sebab setiap perbuatan pasti ada balasan !

Oleh sebab itu maka jagalah ,sekali lagi jagalah ! jagalah kedua tangan anda,jangan sampai anda pergunakan untuk :

v  Memukul orang islam
v Memperoleh barang yg haram
v Menyakiti salah atu mahluk
v Menghianati sesuatu amanah atau titipan
v Menulis sesuatu yg tidak boleh di ucapkan

Ingatlah ancaman allah dalam firman-Nya :
YG Artinya :’’ pencuri laki-laki dan perempuan maka potonglah tangannya’’.(QS.AL-Maidah:38) 

MEMBANTU SYETAN (SAHABAT SYETAN ITU ADA 10 MACAM)

MEJAGA PERUT DALAM AJARAN ISLAM
                  ISLAM telah memberikan batasan agar anda sekalian dapat membatasi  s’gala rezki yg masuk     Kedalam perut anda .maka dari itu jagalah perut anda ,jangan sampai masuk barang yg haram-haram & syubehat.dan hendaklah anda benar-benar berhati-hati,waspada & teliti dalam memperoleh rejeki yg halal.jika sudah anda proleh yg halal,lalu kekanglahperut anda,janganlah anda makan hingga kenyang.

Sebab dengan kenyang itu dapat mengakibatkan :

a)      Keras hati

b)      Merusak ketangkasan &ke cerdikan

c)      Dapat menghilangkan ingatan hapalan

d)     Malasnya melakukan ibadah

e)      Malas belajar

f)       Menimbulkan kuatnya syahwat

g)                     Membantu syahabat syetan


Sahabat setan itu ada berjumlah 10macam :

v  Dhalim : menganiyaya

v  Khianat : ingkar janji

v  Kufur : mengingkari

v  Tinggal menjaga amanat : meninggalkan amanah

v  Naminah : mengadu domba

v  Munafik

v  Ragu-ragu terhadap allah

v  ,mengingkari perintah allah,

v  & mengabaikan sunah rasul.

v  Sumpah palsu



ALLAH TELAH BERFIRMAN DALAM AL-QUR’AN :
SURAH AN-NISA’:  AYAT 29
29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu 287; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (QS. An-Nisa’:29)